Monday, November 26, 2007

A week in an entry

Pejam celik pejam celik, dah seminggu aku tak update blog rupanya. Kesian korang yang hari-hari datang jengok blog aku ni, aku mintak maaf lah ye. Bukan aku sengaja tak update blog, tapi aku buat-buat macam tak sengaja.

Memandangkan hari dah larut malam, aku nak cuba buat update tentang apa yang berlaku seminggu yang lepas. Macam recap la ni.

Update yang seminggu lepas ialah masa aku baru beli kasut Adidas tu kan. So, a bit recap here.

Sabtu:
Pegi shopping, beli baju, beli seluar, beli kasut. Balik shopping, pegi gym lari for 5km.

Ahad:
Nothing much to do, so aku pegi gym dan lari lagi another 5km.

Isnin:
Seperti biasa, ada spinning class. Kalini, aku gembira sebab akhirnya aku ingat siapa nama instructor tu. Nama dia Jill. Tiba-tiba aku teringat kat kerepek ubi Jack n Jill.

Spinning class kalini kejap aje, sebab Jill ada hal. Biasanya sejam, tapi kali ni 45minit je. Walaupun masanya singkat, tapi penderaannya tak sesingkat yang dijangka. Teruk macam biasa jugak kena siksa atas spinning machine tu. Tapi nasib baik kali ni takde push ups, cuma ada abs workout – a 4 minutes non-stop torture of abs workout yang memeritkan urat saraf perutku yang dah tak berapa boroi ni.

Selasa:
Aku lupa apa aku buat, tapi yang aku ingat aku pegi gym macam biasa untuk berlari. Kali ni cuma larat lari 3.2km je.

Rabu:
Harini last day sebelum thanksgiving holidays. Asalnya memang rasa malas gile nak pegi gym, malas campur ngantuk. Tapi, aku pegi jugak. Mula-mula plan nak lari 5km, tapi tiba-tiba bila kat mileage 3km aku rasa ngantuk dan malas nak lari dah. So, aku bungkus barang-barang dan balik rumah masak, makan dan gedebush tido terbungkang.

Khamis:
Haa, hari Khamis ialah hari Thanksgiving kat seluruh States ni. Company bagi cuti dua hari, Khamis dan Jumaat. Ada sorang colleague kat tempat keje ajak pegi makan ayam belanda panggang kat rumah dia. Kebetulan gym tak bukak harini, so aku pegi je la kat rumah dia. Here are some photos masa kat rumah dia. Sorry guys, rambut aku dah tak nampak tobek sangat sebab dah panjang sikit dah, hehehe.

Tengah melepak kat luar rumah yang sejuk menggigil-gigil.

Tuan rumah berbaju biru dan jirannya sedang bertungkus lumus memanggang ayam belanda yang besar gile. Meleleh air liur aku tengok.

Camera aku ada self timer dan kebetulan aku bawak mini tripod, so boleh la layan posing sorang-sorang.

Posing lagi sekali.

Biasanya time Thanksgiving ni diorang masak ayam belanda, i.e. turkey. Nampak lazat kan? Toksah tanya aku la apa rasa dia, sebab aku tak makan. Camne aku nak makan kalau takde cop HALAL kat bontot ayam belanda tu? Aku cuma makan mashed potato je la sambil telan air liur tengok orang lain melantak ayam belanda panggang tu.

"Posing, posing! Mari kita posing ramai-ramai"

Lagi gambar jejaka-jejaka perasan hensem. Perasan tak aku pakai sweater lain? Itu sebab dah sejuk sangat, aku balik rumah kejap tukar sweater yang tebal sikit. Rumah aku dengan rumah dia dekat je, tak sampai 3 minit naik kereta.

Isn't she cute? I mean, budak kecik tu la.. bukan mak dia.

Jumaat:
Harini cuti lagi. Tak buat apa sangat harini. Petang, pegi gym berenang. Dah lama tak berenang. Punyalah syok dok berendam dalam swimming pool yang hangat tu. Temperature kat luar sekarang dah sejuk gile, almost freezing dah. At the end, aku berenang for 500m aje. Berenang ulang alik 20 laps campur berehat untuk sedut nafas di antara laps, in total I spent half an hour in the water that day. 20 laps x 25m = 500m. Err, betul ke calculations aku ni. Kalau tak betul, korang kira sendiri lah.

Sabtu:
Sabtu yang boring, siang hari takde cerita best kat tv, pastu takde idea nak update blog. At last, aku pegi gym lagi untuk berlari. Harini ok sikit sebab aku boleh lari 5km under 30minit, or actually in 29minit 20saat. Ok la tu kan, masih tak berapa bedesup lagi.

Ahad:
Ahad pun boring gak, so aku pegi gym lagi sekali untuk berenang pulak. Kali ni pun aku berenang 500m. sambil-sambil berenang aku dok senyum-senyum tengok budak-budak dok buat terjun tiruk dari papan anjal kat swimming pool tu. Macam best je, tapi aku segan nak join sebab aku budak besar, depa budak kecik. Nanti kalau aku buat terjun gaya macam nangka busuk jatuh dalam sungai kang, depa gelak guling-guling pulak.

Begitulah ringkasan tentang apa yang berlaku sepanjang seminggu yang lepas. Fuhh, penat jugak nak buat recap seminggu ni. Mungkin kali ni je aku buat recap seminggu macam ni sebab aku ada rasa bersalah sikit-sikit sebab lama tak update. Next time, forget it!

6 comments:

*Jilly* said...

wuishh.. someone has lost some weight. bestnyee!

fajar said...

nik, besarnya ayam turkey tu. anyway, kalau teringin sgt, ko beli je ayam yg halal, then ko roasted sendiri. kalau malas sgt, ko beli tiket ke glasgow, aku buatkan. sbb kami kat sini rajin gak roasted ayam2 ni. cuma turkey je belum cuba sbb besar sgt. takut tak abis. hehehe

[i] said...

nik, amcam rasa ayam tu? sedap dak?

Anonymous said...

U definitely look better than the one in ur blog avatar tu... congrats!

[i] said...

nikfa, time ko dah balik mesia ni ko maybe takde masa nak update.. tapi aku ada idea mcm mana ko bleh update tanpa masuk blogger... jadi ko takde alasan tak update blog.. hahaha

EnAikAY said...

Jilly, bila dah lost weight mmg best. tapi nak bagi lost weight tu nangis dulu laa.

Fajar, nanti kat mesia nanti kita kenduri ayam panggang ye.. kita berdua je. Kita balun makan ayam sampai perut jadi macam belon.

Ihsan, ko nampak ni?? hehehe.

Anynomous, am i really? Takde ahh, special effect je tu kot.

Ihsan, aku reject idea kau tu awal2.. hehehe.