Tuesday, October 26, 2010

Pantun Hari Kelahiran

26 Oktober hari ini,
Hari lahir saya sendiri,
Usia meningkat satu lagi,
Rasa bersyukur pada Ilahi.

Pejam celik pejam celik,
Rambut putih tumbuh di kepala,
Tiada yang ajaib tiada yang pelik,
Itulah tanda saya dah tua.

Tiada apa yang special sangat,
Cuma terasa sedikit ralat,
Birthday kita orang ingat,
Birthday orang kita tak ingat.

SMS masuk bertubi-tubi,
Ramai yang bagi salam ucapan,
Di Facebook wall pun ada banyak lagi,
Terima kasih saya ucapkan.

Keje pun banyak tak siap lagi,
Eloklah saya mengundur diri,
Terima kasih daun keladi,
Hadiah saya bila nak bagi?

Takyah susah-susah la, kalau nak bagi hadiah, Cervelo P2C yang macam ni pun ok je.

40 comments:

KOOKY KASH said...

OK, tunggu I jadi OKB, insyallah I beli kan satu cervelo. Happy birthday!

..::EnAikAY::.. said...

Ok Kash.. Cervelo punya pasal.. i sanggup tunggu.
Thanks a lot!

reitak said...

eh eh dekat rupenyer our bday!! ;p
Happy Birthday to you!! :)

deo said...

Happy birthday bro! Lepas ni kalau tak nak banyak sangat candles on the cake, boleh letak candles according to the number of marathons you pirated. :-D

..::EnAikAY::.. said...

Reita,
When is yours?
Dah lepas ke belum?
If dah lepas, Happy B'day to you too!

Azrul Deo,
Itu perli ke apa tu? Hihi.
Terima kasih.
Pirate dah tua daa...

Zack Yui said...

Ucap selamat ulang tahun kelahiran untuk bapak ya! Moga dipanjangi umur dimurahi rejeki dan aman selalu ya dong?

ziff71 said...

Kalau dpt hadiah Cervelo tu bagi ler kawan2 tumpang merasa barang 2-3 minggu ker, nak test Dragonback dgn Broga hehehe

Diket said...

Aku bagi cable brake dulu boleh?
Happy birthday bro. Stay cool.

..::EnAikAY::.. said...

Zaki,
Terima kasih pak wibowo.
Bila kau nak letak blog entry dlm bahasa indon pulak dong?

Ziff,
Tak baik tau lepas bagi kau nak ambik balik.. buruk siku tu.

Shakhir,
Ikhlas ke tak ikhlas tu? hahaha.
Thank u bro. Nnti aku copy paste comment ni, letak kat blog kau pulak ye lagi dua hari.

dett said...

Beskal Cervelo hadiah di pinta,
Kalau dapat sure kayuh berdesup giler,
Nik..wa pun nak ucap Happy Birthday juga,
Jumpa kita kat TrailBlazer.

..::EnAikAY::.. said...

Aku mmg suka berbalas2 tembakan pantun..

Secret partner lu wa dah kenal,
Sama berdesup sama mantap,
Kalau nak tau siapa yg handal.
Kat genting nanti kita berentap.

Kalau lah dapat Cervelo dicita,
Kayuh tak mungkin berdesup mana,
Cuma nasibnya lebih terbela,
Takdelah jadi penyidai tuala.

June Malik said...

Pantun Nik mencuit hati
Anak mami tersenyum sendiri
selamat hari lahir sekali lagi
hadiah nanti di beri :) (tapi bukan cervelo laaa

..::EnAikAY::.. said...

Juney,
Hati tercuit terasa geli,
Senyuman ikhlas manis sekali.
Terima kasih sekali lagi,
Melawat blog yg boring ini.

crushhio said...

encik nik lanun pujaan
usia meningkat tiga puluhan
semoga sihat fikiran dan badan
dirahmati, dilindungi dan dikasihi tuhan

*syair okay!

..::EnAikAY::.. said...

Syed,
wakakka.. kalau macam ni la yg dinamakan syair... confirm fail SPM 3 kali berturut2.
(pantun aku lagi dasat, repeat PMR lima kali pun sure tak lulus)
Thanks bro!

Julin Julai said...

nik punya besday
saya ucap selamat
ni pantun haiku

cheyy..saya mmg terer.
sekian terima kasih.

June Malik said...

hahaahah .. good one syed .. and nik mentang2 bday , ular sawa melengkar kat sini yea ? heheeh

..::EnAikAY::.. said...

Julin,
Haiku tu bukan spesis pantun la.. itu spesis sajak purba daa.

Orang bagi haiku,
Kita bagi hai-mu,
Hai ku hai mu,
Tenkiu.

Juney,
Ini semua auto-reply je. Encik Nik tengah pulun buat keje tu sebenarnya.

reitak said...

Thanks, t'was yesterday...

tak terror nk berpantun..kang buat malu je ;p

..::EnAikAY::.. said...

Reita,
Skill pantun ni utk orang2 yg tak terer crafting macam saya ni.
Orang lain terer kraftangan.. saya terer keras-tangan.

Diket said...

makan ubi makan rebung
selalu terselit celah gigi
citer genting sudah dilambung
ada apa-apa strategi?

ewah! beli jangan tak beli. hahaha.

..::EnAikAY::.. said...

Ubi terselit celah gigi,
Sapa suruh tak gosok gigi,
Kita punya Genting strategi,
Lari santai geli-geli.

Genting confirm meriah gila,
Ramai RBU terkam menerkam,
Camera di tangan pasti ku bawa,
Aksi terlampau wajib dirakam.

shuklazim said...

dua tiga kucing berlari
nik! selamat hari jadi

sudah gaharu cendana pula
dah dapat cervelo tu, cakap kat kash, kitaorang jangan lupa

sorong papan tarik papan
amik gambar trailblazer yang sopan sopan

pulau pandan jauh ketengah
kita kasik gempak kat genting, nyah!

..::EnAikAY::.. said...

Pergh.. sekali remaja purba kita keluar gurindam dua harakat daaa...

P/s: photographer (yakni aku) mmg sentiasa sopan.. para model lah (yakni korang2 semua) yang kadang2 tu suka buat aksi2 terlampau.. apa boleh buat?

Fong said...

Nik.. happy birthday!! mintak alamat.. nanti i kirimkan cervelo *dlm postcard* kat u....

..::EnAikAY::.. said...

Fong,
I better give u my GPS coordinate..
Takut postcard tu sesat tak jumpa cari alamat.

Diket said...

Remaja purba! Kah! Kah! Kah! Hilang ngantuk beta seketika :P

..::EnAikAY::.. said...

Tuanku sempat berdengkur di tempat kerja?
Ish ish ish.. sungguh kurang sopan la adat istiadat tuanku ni.

P/s: Semalam masa nak beli DVD, depa dok tayang promo DVD konsert Double Trouble.. .terus aku teringat kat member kita remaja purba tu.. ngeh ngeh ngeh

ian yusof said...

Bila dah jadi lanun bionik,
semua race masuk menjadi rahsia,
Selamat Hari Jadi Saudara Nik,
tak lama lagi jadi remaja purba ... macam saya, dan dia, dan dia, especially dia!

..::EnAikAY::.. said...

Ian,
Bukan rahsia sebarang rahsia,
Rahsia terjadi tanpa sengaja,
Remaja purba pun ok juga,
Si Shuk boleh jadi ketua.

Organisasi Persatuan Remaja Purba:
Ketua: Shuk
Timbalan Ketua: Shakhir
Tukang masak: Ian
Tukang buat lawak: Ijam
Tukang lambung: zaki, deo, rayzif, ziff dan ramai lagi.

Saya jadi tukang gelak je...

ruby said...

selamat hari jadi
kepada saudara nik
semoga lepas ni
makin terror lagik.. :D

rusfarizal rusli said...

wa paling last...selamat hari jadi bro semoga sihat dan ceria selalu..nanti wa kirim sticker carvelo.

tsar said...

rusfarizal: aku yg last. hahaha

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Tapi akhirnya dilenyek kereta
Harap-harap aku tak terlambat
Nak ucapkan Selamat Hari Jadi
Laa, ekau pun Scorpio gak ke?

..::EnAikAY::.. said...

Ruby,
Terima kasih.
Harini hormon pantun saya merudum, tarak idea nak bersastera.

Hanchik,
Kalau sticker 2nd hand wa tak mau.
Wa mau yg ori je.. hihi.
TQ bro.

Zarin,
Itu kau buat pantun mazhab apa tu?
Ye, saya mmg berbintang kala jengking dan saya sgt takut pada Bear Grylls (Man vs Wild) sbb dia pantang tengok scorpio mesti dia NGAP!

IJAM said...

selamat hari jadi nik
mandi lumpur kat genting satu amalan mulia

..::EnAikAY::.. said...

Ijam,
We'll see... :)
TQ.

tsar said...

mazhab pakai boh je. keh keh keh

Dancing Ciken said...

beskal cervelo idaman kalbu...
kalaulah modal ASB cantik sekali...
jika tuan mengidam yang itu...
bubuhlah 'siti/nik cervelo' nama baby

tepuk tepuk, mekacih :D

happy birthday!

..::EnAikAY::.. said...

Jaja,
Bayangkan senario akad nikah ni..
"Aku nikahkan dikau Nik Cervelo dengan Siti Nur Specialized dengan maskawin nya wheel Zipp 404 clincher tunai!!"

Dancing Ciken said...

amboi meletop kau!