My Instagram

Tuesday, September 27, 2011

10 Perkara Dulu Dan Kini

Masa tengah fit dulu…

1) Training hari-hari pun tak kisah. Infact, lagi banyak training lagi terasa ‘high’.

2) Hujan ke, panas ke, tak menjadi faktor penghalang. Kalau hujan boleh training dalam gym. Kalau panas di siang hari, boleh training di waktu malam.

3) Waktu bangun pagi di hari minggu adalah lebih awal daripada waktu bangun pagi di hari kerja. Semata-mata sebab nak keluar awal untuk pergi long rides or long runs.

4) Adakalanya sanggup makan nasi putih dengan ayam rebus je, demi nak dapatkan low fat percentage supaya bertambah fit dan lean.

5) Merata alam sanggup ku jejaki untuk pergi race events.

6) Pilihan makanan dan kuantiti makanan adalah untuk replenish tenaga yang telah diguna semasa training. Sangat berdisiplin.

7) Setiap kali nak masuk race, mesti training betul-betul supaya boleh buat PB baru.

8) Kalau kena muscle cramp semasa race masih boleh senyum sambil berkata, “Aaah.. biasa la tu. Orang kata no pain no gain kan”.

9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri me-maintain berat badan.

10) Orang kata, badan sihat otak cerdas. Nak blogging pun terasa happy, idea flowing like water fall bak kata orang putih.

Bila dah tak fit dan bergelumang dengan virus MALAS…

1) Kalau boleh hari-hari tak nak training. Buat apa nak training kalau tak masuk race, kan?

2) Eish… orang kata tak elok dok kat luar time jerebu ni.. tak gitu?

3) Pagi hari minggu la yang paling tak senonoh. Kalau bukan nyaris-nyaris nak jadi subuh gajah, subuh dinasour la jawabnya… ish ish ish. Teruk betul.

4) Makan ayam rebus? Buang tebiat ke apa? KFC kan ada…

5) Merata alam sanggup ku jejaki bila ada orang ajak makan…

6) I can’t think of any other reason… semua orang makan sebab nak kenyang… kan kan kan? Mana ada sebab lain...

7) Langsung tak tau apa race event minggu depan dan minggu-minggu yang akan datang. Majlis open house raya ada la...

8) Jangankan muscle cramp, baru kena gigit nyamuk pun dah menyumpah seranah tujuh keturunan. Kesian nyamuk tu...

9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, terasa makin menyampah.

10) Orang kata, badan pun lesu lidah pun kelu. Dah lapan kali terasa macam nak tutup terus je blog ni.

Drama betul budak EnAikAY sorang ni... kan?

Monday, September 26, 2011

Entahlah Belalang

Dahulu asalnya nak rehat sehari
Konon nak rest kaki dan sendi
Sebelum badan terkena injury
Juga nak focus pada family

Semakin lama semakin menjadi
Dulu sehari sekarang dah banyak hari
Berehat terasa hai senang hati
Perut pun mula menambah inci

Kawan-kawan tegar berlari
Menambah mileage setiap hari
Diri sendiri terasa envy
Tetapi malas membukit tinggi

Bila nak re-start susah sekali
Memberi alasan tak henti-henti
Meeting dan travel ke sana ke sini
Hujan, jerebu dan juga busy

Sedar tak sedar badan dah berisi
Lemak dah mula menonjol diri
Masih rasa tak sedar diri
Hari ni pun rasa nak rehat lagi

Marilah berehat lagi sehari
Cuaca pun mendung nak hujan lagi
Terpaksa cari alasan begini
Supaya tak rasa bersalah sendiri

Bergelak ketawa bergeli hati
Sambil tangan menepuk dahi
Sampai bila nak jadi macam ni
Daku bertanya diri sendiri

Entahlah belalang…

Tuesday, September 6, 2011

Slim La Sangat

I was chatting with a runner friend, when suddenly we changed topic and started talking about weights and metabolic rate and about me losing 3kg during the fasting month without any exercise. Here goes some of the excerpts... (of course modified, for better dramatization effect).

Me: I langsung tak run sejak start puasa. The last one I ran was at Putrajaya yang time malam Men's Health run tu je. Shockingly, I reduced about 3kg by the end of Ramadhan. Langsung takde run the whole month. Within 1 week of Raya je I dah easily gained back 1.5kg or so... and the number is terrifyingly increasing day by day.
Perut sudah bolaatt...

Friend: Wahhh so good ar turun 3kg. hehe. I think I gained back 1kg ni balik...
Metabolic rate you tinggi ok la. If you lose weight just like that meaning senang for you to control your weight...

Me: The truth is, bukan senang nak tahan nafas lama-lama di depan korang supaya kelihatan slim tau... especially bila ada photographer. Hehehe.

Moral of the story:
Training-training jugak, makan-makan jugak. Tapi jangan lupa training tahan nafas supaya nampak slim ye.

Ngeh ngeh ngeh...

Monday, September 5, 2011

Kot Ye Pun

Kot ye pun kalau nak perli aku, janganlah sampai hantar kad ucapan raya yang sebegini rupa bro.... bergenang air mata woooo...

Bergenang air mata sebab lupa bawak ironing board balik kampung.. huhuhuu

Hahahahaa... don't worry bro (identiti sebenar pengutus kad ucapan ni terpaksa dirahsiakan). I like this very much. Honestly speaking. Tergelak aku sorang-sorang bila bukak email pagi tadi.

Inilah kad raya virtual yang paling sempoi aku pernah dapat sepanjang berkecimpung dalam arena endurance sports ni.

Thank you my friend. Nanti kita training sama-sama lagi.. tengok sapa yang lebih terer iron seluar 2XU...

Not to forget to my dearest readers:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN