Tuesday, September 27, 2011

10 Perkara Dulu Dan Kini

Masa tengah fit dulu…

1) Training hari-hari pun tak kisah. Infact, lagi banyak training lagi terasa ‘high’.

2) Hujan ke, panas ke, tak menjadi faktor penghalang. Kalau hujan boleh training dalam gym. Kalau panas di siang hari, boleh training di waktu malam.

3) Waktu bangun pagi di hari minggu adalah lebih awal daripada waktu bangun pagi di hari kerja. Semata-mata sebab nak keluar awal untuk pergi long rides or long runs.

4) Adakalanya sanggup makan nasi putih dengan ayam rebus je, demi nak dapatkan low fat percentage supaya bertambah fit dan lean.

5) Merata alam sanggup ku jejaki untuk pergi race events.

6) Pilihan makanan dan kuantiti makanan adalah untuk replenish tenaga yang telah diguna semasa training. Sangat berdisiplin.

7) Setiap kali nak masuk race, mesti training betul-betul supaya boleh buat PB baru.

8) Kalau kena muscle cramp semasa race masih boleh senyum sambil berkata, “Aaah.. biasa la tu. Orang kata no pain no gain kan”.

9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri me-maintain berat badan.

10) Orang kata, badan sihat otak cerdas. Nak blogging pun terasa happy, idea flowing like water fall bak kata orang putih.

Bila dah tak fit dan bergelumang dengan virus MALAS…

1) Kalau boleh hari-hari tak nak training. Buat apa nak training kalau tak masuk race, kan?

2) Eish… orang kata tak elok dok kat luar time jerebu ni.. tak gitu?

3) Pagi hari minggu la yang paling tak senonoh. Kalau bukan nyaris-nyaris nak jadi subuh gajah, subuh dinasour la jawabnya… ish ish ish. Teruk betul.

4) Makan ayam rebus? Buang tebiat ke apa? KFC kan ada…

5) Merata alam sanggup ku jejaki bila ada orang ajak makan…

6) I can’t think of any other reason… semua orang makan sebab nak kenyang… kan kan kan? Mana ada sebab lain...

7) Langsung tak tau apa race event minggu depan dan minggu-minggu yang akan datang. Majlis open house raya ada la...

8) Jangankan muscle cramp, baru kena gigit nyamuk pun dah menyumpah seranah tujuh keturunan. Kesian nyamuk tu...

9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, terasa makin menyampah.

10) Orang kata, badan pun lesu lidah pun kelu. Dah lapan kali terasa macam nak tutup terus je blog ni.

Drama betul budak EnAikAY sorang ni... kan?

12 comments:

Anonymous said...

Haha...tetiba I teringat The Incredibles...post-zaman-glory punya kehidupan!

I think you need to reg for something big kot!

Anonymous said...

Lupa nak tinggal trace, it's HZ la.

kookykash said...

Nik, save duit buat 70.3 kat Singapore next year. Jom! hahaha…
BTW, desas desus I dengar TNF ada org nak bagi bib free... mau tak?

Unknown said...

I'm more or less in your situation lah bro, probably worse.. so rileks lah. Nanti ko boleh pulun balik...
Nah ambik pantun 2 kerat ni buat sukasuki..

pagi-pagi makan ayam rebus
restart je enjin, lu bedesup trus

zulhassan said...

Merata alam sanggup ku jejaki bila ada orang ajak makan… ==> aku memang suka yang ni..

rilex bro kita ni macam air laut gak ada pasang surut dan ada masa bergelora dan ada masa tenang. Take your time...

Atau join je aku jadi penyemak majlis hehehe... memang stim.

EnAikAY said...

HZ,
The Incredibles tu.. semua hero2 faveret i tu.
Register for something big? Such as..?

Kash,
Oh my.. i truly deeply madly miss doing triathlon very the so much. I pity my bike.. dah kena upgrade jadi barang perhiasan bilik store dah.
Desas desus TNF apa yg u dengar ni?
Kenapa i tak dengar??

Zaki,
Ayam rebus sambal petola,
Pembasuh mulut si buah manggis,
Nak restart enjin entahlah bila,
Bila dah restart gerenti nangis!

(sebab perit nak start semula from scratch)

Zul-kelakar,
Kau ada race apa lak lepas ni?
Guni pack kau ada 'perkembangan' tak? hehe

June Malik said...

My exact sentiments lol

zulH said...

next race 55k...guni pack memang sedang kembang mekar..

Julin Julai said...

malaih sangat join je short races je brader

EnAikAY said...

Juney,
Biasa la tu.. org kuat drama mmg kuat sentimental sikit.. jgn sampai sakit mental sudah.. hehe

ZulH,
Dasat la lu... lari dlm guni 55k tu... bergaya betul.

JJ,
nanti la dulu.. belum beli grey pants lagi ni.... :)

Diket said...

Ni semua faktor usia ni. Biasalah dah cecah 40. keh keh keh :]

Anonymous said...

Anak sulung, tengah dan anak tunggal,
Semuanya berkawan ngan anak en Daud,
W/pun renang dan basikal dah lama tinggal,
Member la nih dah ganti Tiger Wood