My Instagram

Wednesday, December 28, 2011

Pantun Penutup Tahun

Ucapan salam pembuka kata,
Pemanis mulut senyuman diserta,
Blog sendiri dah lama tak buka,
Asyik ber-FB dan Dailymile saja.

Ikan siakap ikan kerapu,
Dimasak sweet sour enak juga,
Sekian lama aku tak merapu,
Rasa dah macam tak pandai pula.

Blog tak update sekian lama,
Rasa rindu terkadang menerpa,
Mood dah hilang entah ke mana,
Idea dan ilham tak kunjung tiba.

Sepanjang 2011 banyak berehat,
Event dan races semua tak hirau,
Seluar dah rasa semakin ketat,
Perut dah buncit jiwa dah kacau.

Bila dah makan terlebih kenyang,
Butang seluar hampir tertanggal,
Nak lari semula bukannya senang,
Penyakit malas sangatlah tebal.

Perlahan-lahan mengorak langkah,
Berlari anak terkinja-kinja,
Baru nak lari memanglah mengah,
Kalau nak terer sangatlah seksa.

Berminggu-minggu berbulan-bulan,
Mileage ditambah hari ke hari,
Letih dan penat tetap ku tahan,
Asal terasa puas di hati.

Bila fitness dah makin meningkat,
Terasa diri semakin semangat,
Kekadang enjin ter-over hangat,
Kaki dah lembik jantung dah penat.

Tahun baru bakal menjelma,
Banyak rancangan banyak acara,
Nak masuk yang mana tak tau nak kata,
Poket dan wallet harus ditanya.

Tahun yang baru lagi seminggu,
Terasa nak buat lah azam baru,
Nak update blog lebih selalu,
Berjaya ke tidak belum ku tahu.

Kepada rakan dan juga kawan,
Yang jauh dikenang yang dekat tak lupa,
Happy New Year saya ucapkan,
Semoga terus gembira hendaknya.

21 comments:

Diket said...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajor
Kalau salah tolong tunjukkan

Apa kata tahun 2012 semua blog post dalam bentuk puisi i.e. pantun, syair, sajak, pentomen. Sure gempak beb :]

dett said...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokan
Enaikay sebenornya pelari tegar
Kat KLCC park hari2 dok tekan :P

K3vski said...

I won't main pantun haha, so just to wish you Happy New Year too!

Anonymous said...

a'kum nik, apa sudah jadi senyap je. btw hr tu lari 34km brp minit?

Julin Julai said...

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Enaikay memang ibarat superstar,
Sampai taiming LSD pun peminat tanyakan.


Eeeewahhh, cakpong cakpong

..::EnAikAY::.. said...

Diket,
Sorong papan tarik papan,
Buang keranji dalam perahu,
Blog aku dah lama disastera-kan,
Penuh 'drama' takkan kau tak tahu?

Dett,
Pergi ke kedai membeli kerang,
Untuk dibuat masak kerabu,
Maybe kau dah salah orang,
Takdelah aku setegar begitu.

Kevin,
Makan cempedak di dalam kantin,
Bersama rakan dan juga cikgu,
I dengar you baru jadi pengantin,
Congratulations i wish for you!

Anonimes,
Jadi senyap sebab tak lari,
Camne nak lari kalau tak fit,
Semasa birthday run tempoh hari,
Total timing 236 minit.

Julin the gray pants,
Buah cempedak sangatlah tinggi,
Nak cari galah tak jumpa pula,
Ibarat superstar jauh sekali,
Berlari sekadar eksesais cuma.

deo said...

Kalau mencari kad ucapan,
Saya pilih brand Hallmark,
Walaupun lama tak berlari-larian,
EnAikAY tetap menjadi benchmark.

..::EnAikAY::.. said...

Deo,
Pilih kad jenama Hallmark,
Dituju pada diri sendiri,
Kalaulah aku dibuat benchmark,
Itu namanya salah strategi... hehe.

deo said...

Biskut merry biskut patsegi
Di pagi LSD dijadikan bekalan
Itu bukan silap strategi
Sekadar taktik mengaburi pihak lawan

heheheh

..::EnAikAY::.. said...

Biskut kering empat persegi,
Enak dimakan bersama kawan,
Dunia larian kecil sekali,
Usah bermusuh usah belawan.

amboi, bertubi2 kau tembak aku pantun ye... bagus bagus, keep it up!! hehe.

deo said...

Gamatnya sungguh dunia larian
Bila The Gs turun beraksi
Lawan bukan sembarangan lawan
Lawan yang sihat, meningkatkan prestasi

..::EnAikAY::.. said...

Pati gamat pati haruan,
Dibuat ubat penyembuh baik,
Memang begini kita galakkan,
Healthy competition memang terbaik!!

amsyah said...

Buah cempedak di luar pagar
Ambik le galah tulong jolokkan
EnAiKaY memang idola sebenar
Atlet sejati, atlet idaman

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Bukan sekadar atlet idaman
Ni pacer terunggul, kau tahu!

..::EnAikAY::.. said...

Dengan galah menjolok cempedak,
Buahnya jatuh di atas bumbung,
Patutlah tadi aku tersedak,
Rupanya ada orang melambung...

Captain G said...

Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Walau berlari sampai berpeluh
Badan dah fit, rasa tak penat

Apa guna pasang pelita
Jika sumbunya sudah tiada
Tahun baru menjelma tiba
Boleh berkongsi azam di dada?

..::EnAikAY::.. said...

Sarang penyengat disuluh-suluh,
Tersalah jolok buruk padahnya,
Tujuan berlari untuk berpeluh,
Badan berpeluh cerdas otaknya.

Pelita di rumah tiada sumbunya,
Malam yang dingin bergelap gelita,
Azam di dada sedikit cuma,
Marilah tunggu dan lihat bersama...

June Malik said...

am in pain, idea tak mari hehe all the best for 2012 to superstar enaikay and all

..::EnAikAY::.. said...

Awan berarak hari nak hujan,
Di bawah wakaf kita berteduh,
Marilah kita sama doakan,
Semoga Kak June lekaslah sembuh.

wan won said...

pergi klcc membawa nasi
nasi dibeli di pelita klcc
kalau tuan pergi klcc
kirim salam kat pak gad dia ye..

..::EnAikAY::.. said...

Kenapa perlu membawa nasi,
Di KLCC dah banyak nasi,
Pak gad dia pun suka nasi,
Nanti saya kirim salam kat dia ye...

June Malik said...

aww terima kasih, masih tak boleh berpantun hihi