Tuesday, December 18, 2007

Reverse Mini Triathlon

Aduhai, dah lama aku tak update sampaikan aku hampir lupa password untuk bukak blog ni. Harap-harapnya tak lama lagi aku terus lupa la password aku, supaya aku ada alasan kukuh untuk tak update blog ni. Hehe.

Harini seperti biasa ada spinning class. Spinning class terakhir sebelum masuk tahun baru. Isnin minggu depan gym tutup sebab Christmas eve, Isnin satu lagi pun gym tutup gak sebab new year’s eve. So, first week in 2008 baru ada balik.

Siang hari tadi, aku terasa nak buat benda pelik sikit untuk agenda di gym petang nanti. Kebiasaannya kalau orang buat triathlon, dia akan mula dengan swimming, then cycling, then running. Tapi harini aku buat reverse of triathlon. Oleh kerana aku tak terer triathlon lagi, aku cuba buat reverse triathlon dulu. Mana la tau kot-kot aku ada bakat semula jadi kalau buat reverse triathlon.

Mula-mula, aku lari 5km dalam masa 27minit. Ada orang cakap laju, tapi aku rasa tak laju langsung sebab aku lari statik je kat atas treadmill. Tapi rasa best la, kaki masih rasa kuat lagi. Plus, heart rate didn’t went up too high.

Lepas tu, aku join spinning class lak for 45minit. Yang ni pun aku rasa tak laju, sebab basikal statik, tak gerak ke mana pun. Tapi kaki gerak laju la. By this time baju dah habis basah dek peluh yang bercucuran. Habis air sebotol aku teguk. Pun begitu, harini aku tak ngelat masa spinning.

Lepas habis spinning tu, ada abs workout lak. Workout tu 5 minit je, tapi rasa macam hampir nak kiok urat perut aku. Aku banyak ngelat time ni, sebab memang tak larat dah.

Lastly, aku pergi berenang pulak. Sungguh tak ku sangka, penat gila rupanya nak berenang lepas berlari dan berbasikal ni. Patut la dalam triathlon diorang suruh berenang dulu. Berenang punya berenang, akhirnya ngam-ngam aku buat 500m, life guard cakap kolam renang dah nak tutup, sebab dah pukul 8pm. Nasib baik dia cakap kolam dah nak tutup, ada alasan la aku nak berhenti berenang.

Walaupun harini aku tak rasa macam tak sihat, aku nak pantun sikit. Biasanya time tak sihat je otak aku ligat buat pantun. Terimalah dua rangkap pantun simple sebagai penutup untuk entry harini.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Badanku penat letih dan lesu,
Update blog-ku hanya sekian.

Anak pak lebai sangatlah rajin,
Turun ke laut mencari kerang,
Doakan aku semakin rajin,
Meng-update blog untuk korang.

Thursday, December 13, 2007

Aku memang dah nak update…

Aku memang dah ada niat nak update blog sejak beberapa hari lepas, tapi beginilah alkisahnya,

Ahad,
Aku memang dah nak update, tapi aku rasa macam masih demam sikit-sikit. So, aku tak jadi update blog.

Isnin,
Aku memang dah nak update, tapi sebelum spinning class haritu aku lari 3.2km, then aku spinning 45minit, lepas tu aku lari lagi 1km. Bila balik rumah, aku dah rasa penat sangat. So, aku tak jadi update blog.

Selasa,
Aku memang dah nak update, tapi aku syok layan baca buku pasal Lance Armstrong. So, aku tak jadi update blog.

Rabu (harini),
Aku memang dah nak update, so aku update la walaupun seciput ni je.

Janji aku dah update.

Sunday, December 9, 2007

Demam

Apa khabar orang di sana,
Orang di sini kurang sihatnya,
Blog tak update sudahlah lama,
Kerana aku demam selsema.

Sudah jatuh ditimpa tangga,
Lepas terhantuk mengaduh pula,
Sejak Rabu sudah terasa,
Bagaikan demam akan melanda.

Kalau tuan pergi ke utara,
Singgah sebentar di Tanjung Malim,
Bila demam amatlah kecewa,
Kerana tak boleh pergi ke gym.

Si tukang kayu bertubuh sasa,
Serba lengkap tukul dan pahat,
Berbanyak syukur pada yang Esa,
Aku dah rasa semakin sihat.

Orang berbudi kita berbahasa,
Adat tradisi bersopan santun,
Sedikit pelik aku terasa,
Asal tak sihat aku berpantun.

Terima kasih daun keladi,
Kunjungmu ke sini tidakku lupa,
Semoga kita bertemu lagi,
Di lain masa di lain ketika.

Wednesday, December 5, 2007

Friends Forever...

Tiba-tiba aku terjatuh cinta dengan lagu ni. Teringat kat kawan-kawan lama. Hopefully they still remember me too.

Enjoy the song!

Monday, December 3, 2007

Kronologi hidup

Special posting kalini aku buat sempena permintaan khas kawan aku yang maintain blog schoolmates kitorang, Maresmart 9495. Blog dia dah nak cecah entry ke-1000, so dia nak aku contribute something.

For more stories, read here.

Kat sini takde cerita dah untuk harini, modal dah habis. Semua cerita dah tulis kat blog taiping9495.

Lain kali datang lagi sini lagi ye!