My Instagram

Sunday, December 9, 2007

Demam

Apa khabar orang di sana,
Orang di sini kurang sihatnya,
Blog tak update sudahlah lama,
Kerana aku demam selsema.

Sudah jatuh ditimpa tangga,
Lepas terhantuk mengaduh pula,
Sejak Rabu sudah terasa,
Bagaikan demam akan melanda.

Kalau tuan pergi ke utara,
Singgah sebentar di Tanjung Malim,
Bila demam amatlah kecewa,
Kerana tak boleh pergi ke gym.

Si tukang kayu bertubuh sasa,
Serba lengkap tukul dan pahat,
Berbanyak syukur pada yang Esa,
Aku dah rasa semakin sihat.

Orang berbudi kita berbahasa,
Adat tradisi bersopan santun,
Sedikit pelik aku terasa,
Asal tak sihat aku berpantun.

Terima kasih daun keladi,
Kunjungmu ke sini tidakku lupa,
Semoga kita bertemu lagi,
Di lain masa di lain ketika.

5 comments:

Anonymous said...

Hahahahahhahahahaaaa..!!!
*gelak guling2...aduii..mulut cramp gelak byk sgt...

Anonymous said...

Haru sungguh la NikFa ni.. asal sakit je dia berpantun, asal sakit je terus karang pantun... Jangan later2 berpantun kat spital udah... aduhai... kekekeke....

ahmad kamal zahari said...

salamualikum...oih..Halliburton tak sibuk ke...

bola2api said...

nik... jom aa GE 20k.. training la dari sana wehhh

..::EnAikAY::.. said...

Anonymous, gelak lagi.. gelak lagi..

Yeop, salams.
Kadang2 sibuk, kadang2 tak sibuk.. biasala. lagipun, aku update blog ni time malam2 je.

Aini,
Aku mmg dah niat nak join that GE 20k tu, tapi timing tak ngam la.

Takpe, aku continue training hard core kat sini, nanti kita boleh lumba lari sama2. Tapi, kalau aku lari slow, kau jangan gelak kat aku tau.