My Instagram

Monday, September 26, 2011

Entahlah Belalang

Dahulu asalnya nak rehat sehari
Konon nak rest kaki dan sendi
Sebelum badan terkena injury
Juga nak focus pada family

Semakin lama semakin menjadi
Dulu sehari sekarang dah banyak hari
Berehat terasa hai senang hati
Perut pun mula menambah inci

Kawan-kawan tegar berlari
Menambah mileage setiap hari
Diri sendiri terasa envy
Tetapi malas membukit tinggi

Bila nak re-start susah sekali
Memberi alasan tak henti-henti
Meeting dan travel ke sana ke sini
Hujan, jerebu dan juga busy

Sedar tak sedar badan dah berisi
Lemak dah mula menonjol diri
Masih rasa tak sedar diri
Hari ni pun rasa nak rehat lagi

Marilah berehat lagi sehari
Cuaca pun mendung nak hujan lagi
Terpaksa cari alasan begini
Supaya tak rasa bersalah sendiri

Bergelak ketawa bergeli hati
Sambil tangan menepuk dahi
Sampai bila nak jadi macam ni
Daku bertanya diri sendiri

Entahlah belalang…

13 comments:

Anonymous said...

Faham, faham...

Tapi belalang kata...kalau ikut rasa, binasa, ikut hati mati.

JUST DO IT!

Mari kita mengimbau kembali rasa high dan best selepas berlari itu, atau tgk gambar before-after dulu.

HZ

..::EnAikAY::.. said...

Aik... belalang pandai bercakap??? OMG!! hehehe.

Thanks for dropping by HZ!
Tak ku sangka-sangka, masih ada yg sudi menyinggah...

Gambar 'before' best tengok sbb tengah fit...
Gambar 'after' (i.e. now) maleh nak tengok.. sbb FAT...
:)

Che said...

bro, jom gi penang? hehe..

ramai oo geng kat sana.. jom? jom? ada 54 hari lagi utk training. dan masih blh register :P

deo said...

Bro, orang kata sebelum berlari kena carbo loading dulu. Jom carbo loading! hehehe

Din said...

Gi jangey dok gi. Lamo key jadi serupo kawe - lebih setahun dok berhungga...

June Malik said...

sama lah kita lol .. macam excuse di beri janji tak payah buat apa2 yang menyihatkan diri lol ..but u still ok lah bro :)

..::EnAikAY::.. said...

Daud,
Bila registration PBIM tutup? i can't think of any reason... so kalau registration dah tutup senang sikit nak buat excuse not to race.. hehe.

Deo,
Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh lari saya tak layan,
Suruh carboloading saya lajuuu!!!!

Din,
Kawe hungga jugok sikit2, cumo dok ganah seghupo mulo la.. haha

Juney,
We should sit down and brainstorm for more excuses.. shall we? Hehe :)

Diket said...

Kalau kau nak cable jumper untuk start kereta yang bateri kong tu aku ada. Kompom bleh start training terus & buang lemak terus.

Kita orang gosip kau tadi kat Pelita. Ada tersedak tak masa hayun kayu golf? keh keh keh

Joms! Pawang-man. Kami perlukan athlete berpengalama spt kau untuk motivate Syah & Batmobile nya :]

..::EnAikAY::.. said...

Ahahahahahahaaaaaaaa...... ahahahahahahahahahaaa.......
adoi rasa nak terkentut aku gelak baca komen kau ni....
ahahahahahahhaa...

Julin Julai said...

M-bug ciptaan inche sudah berevolusi menjadi mandom bug.

Captain G said...

Drama, drama :p Jom buat speedwork esok!

..::EnAikAY::.. said...

Doc JJ,
Agak2 lepas ni mandom bug ni berevolusi menjadi apa pulak ye...?
Sama2 kita nantikan di episod yg akan datang.

Captain,
No drama no fun laa.. hehe.

June Malik said...

Jom hehe ..I have tens of thousands of 'em :)