My Instagram

Friday, November 9, 2007

Mim alif lam alif sin

Sesapa yang suka tido dalam kelas masa subjek bahasa jawi time sekolah rendah dulu, confirm tak paham apa tajuk entry harini. Dan kalau sesapa yang tertido bila baca blog aku ni, aku nak pesan la sikit.

“Jangan la macam tu kawan, terasa hina tau kalau korang baca blog ni sampai tertido. Aku tau la blog ni tak best macam buku cerita Harry Porter”.

Lepas balik keje harini, aku layan melentok jap kat atas sofa sambil tengok tv dan sambil nak tunggu masuk waktu Maghrib. Mata dah rasa kuyu semacam je, terus terdetik rasa malas nak pegi gym harini. “Aahhh…. Layan buat taik mata best gak ni”, aku berkata di dalam diriku. Chewah, macam drama swasta la pulak dialog ni.

Kejap pejam, kejap celik. Then, kejap je celik, pejam lama-lama sikit. Lepas tu, terus aku pejam mata. Tapi dalam hati masih dok fikir samada nak pegi gym atau nak teruskan production taik mata. Memang rasa malas gila.

Tiba-tiba, aku teringat pesan seorang kawan. Dia cakap, “Kalau kau tak nak jadi malas, kau buat-buat la rajin”. Mula-mula tu aku rasa macam kelakar pulak pesanan penaja tu. Tapi, bila aku perah otak dan fikir betul-betul, ada betulnya jugak.

Untuk membuktikannya, maka mata yang baru tengah syok terpejam tu aku bukak balik luas-luas macam mata puntianak-harum-sebab-banyak-pakai-bedak. Aku masuk bilik, settlekan apa-apa yang patut, zoom aku keluar pegi gym.

Sesampai kat gym, aku buat spinning setengah jam, lepas tu aku lari pulak kat treadmill 10 minit, lepas tu aku bertungkus-lumus pulak buat abdomen workout untuk break down one big pack to become six smaller packs on my tummy. Tak tau la bila boleh nampak result. Rasa macam nak terkeluar air mata buat workout untuk abdomen ni. Dalam hati sempat gak aku fikir, “Kalau susah sangat nak dapatkan six packs ni, baik aku pegi kedai beli pen marker kaler brown then aku lukis je gambar six packs kat perut aku ni. Habis cerita”.

Rupa-rupanya berkesan jugak pesanan kawan aku tu. Aku buat-buat je rajin nak pegi gym, at last aku pegi jugak gym walaupun rasa malas.

Dan sebenarnya aku rasa malas nak update blog harini. Sebab pertama ialah aku takde idea (alasan sebenarnya malas), sebab kedua ialah aku penat (alasan sebenarnya ialah malas). Tapi aku buat-buat jugak macam orang yang rajin update blog. Hasilnya, terupdate jugak blog aku harini. Niat asal nak tulis satu perenggan je, tengok-tengok dah lebih 120 patah perkataan. Kalau masa PMR dulu dah boleh submit dah karangan ni kat cikgu, sebab dah lebih 120 patah perkataan.

Wei, korang toksah kira la. Memang confirm dah lebih 120 patah perkataan. Kalau tak caya, kira la! Hahaha…

P/s: Mesti ada yang berkata "macam siut je".

4 comments:

Anonymous said...

Memang siut pun... hahahahha...

fajar said...

kalau susah sgt nak dpt six pack tu kan, ko beli je baju getah yg dah siap abdomen segala. ko pakai, then mesti gempak dah dpt body yg meletup. kan senang?

aku ingat, nak pi gym jugak la lps ni. iskkk, aku ni, asik 'nakkk je'. swimming class x pegi2 lagi. ada hati nak pi gym pulak. entah bila la aku nak tunaikan hajat hati ni. hangat2 tahi ayam je. eh kejap, tahi ayam tu mmg hangat ke? x pernah terlintas dan teringin la pulak aku ingin mencubanya.

ko dah rasa ek nik? hahahaha!

..::EnAikAY::.. said...

it depends la, kalau ayam tu cirit birit.. agak hangat sikit. tapi, kalau ayam tu sembelit.. tak hangat sangat, sederhana je. aku rasa macam tu la, based on pemerhatian aku kat riak wajah ayam-ayam tu bila diorang dah sudah melepas. hahaha.

takleh bagitau banyak2 sgt, nanti persatuan ayam sedunia ban blog aku.

[web-mod] said...

macam siut jekk