My Instagram

Monday, November 19, 2007

Setahun Jagung

Kadang-kadang, ada kenalan yang cakap macam ni kat aku,

“Eh Nik, best eh kau boleh pegi keje kat oversea. Pegi Jepun la, pegi States la. Mesti seronok dapat pergi negara orang kan? Jeles aku”.

Begitulah kata-kata kebanyakan orang. Tiada apa yang salah dengan apa yang diorang cakap tu. Kalau pada hari-hari biasa, selalunya aku akan jawab macam ni,

“Best ke? Takde la best sangat. Biasa-biasa je, dah terpaksa.”

Tapi, pada hari Jumaat lepas, aku tengok ada satu memo terpampar kat skrin Nokia 6280 aku: “Nov. 16th, Nurin’s 1st Birthday”.

Dan pada hari Jumaat yang lepas, aku masih berada di States dan Nurin berada di Malaysia.

Pada hari itu, kalau ada orang tanya aku samada best ke tak boleh keje kat oversea lama-lama, mungkin ni jawapan aku,

“Best ke kalau kau takleh berada bersama anak pertama kau untuk menyambut hari lahirnya yang pertama?”

p/s: Happy 1st Birthday Nurin, daddy loves you so much!

7 comments:

Anonymous said...

Happy 1st birthday to Nurin! And to Nurin's daddy, be patient yer..soon u'll be with her...Insya Allah...

..::EnAikAY::.. said...

Anonymous, thanks for the wish! Hadiah takde ke? hehe

Anonymous said...

Hadiah for ur doter? Owhh..ada..ada... :D

fajar said...

syahdunya!

Happy birthday Nurin! Semoga Allah memberkati dan merahmati hidupmu wahai si kecil sayang.

sabarlah nik. ini dugaan darinya. jauh terpisah akan mengeratkan lagi kasih sayang. tak gitu? tak dinafikan, berjauhan dengan yg tercinta benar-benar menguji ketahanan jiwa. aku juga pernah merasainya, walaupun sebulan. harunya takleh nak cakap la.

bola2api said...

Daddy ker? bukan 'Abuya'?? hehhehe

happy birthday girl! nanti jangan lupa mintak bapak hang Cervelo mini satu OK? buleh tayang eksyen kat kawan2 tadika hehehe

..::EnAikAY::.. said...

Fajar, thanks. yup, mmg haru biru.

Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Sungguhpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Aini, mekacih!
InsyaAllah, nanti aku ajar anak aku mintak Cervelo mini dari kau bila dia dah masuk tadika nanti ye. Kau kumpul la duit dulu, lagi 4 tahun aku hello-hello kau balik.

sal1506 said...

kasih seorang bapa.. mcm tu lah kasihnya bapa kita pada kita suatu masa dulu. sejak dah ada anak ni, dah jarang aku pegi outstation. apetah lagi ke luar negara, memang selalu mengelak. tak dpt aku bayangkan mcm mana waktu tido malam kalau si anak tiada di sisi...