Thursday, November 8, 2007

Satu rumah, dua iklim

Kalau kita sebut pasal Greenhouse, ramai yang dah tau apa itu Greenhouse. Secara ringkasnya, Greenhouse ni diperbuat daripada kaca dan fungsinya ialah untuk memerangkap haba supaya pokok-pokok yang jenis tak tahan sejuk dan selalu menggigil boleh hidup di dalamnya dengan aman dan damai tanpa sebarang perang saudara sesama mereka. Biasanya, Greenhouse dibina di negara-negara beriklim sejuk. Dengan erti kata lain, kat luar Greenhouse tu sejuk gile, kat dalam Greenhouse tu suam-suam kuku la. Kalau panas sangat, “die hard” (mati keras) la pulak pokok-pokok kat dalam tu. Takde maknanye.

Pun begitu, apartment yang aku duduk kat States ni aku tak tau nak letak nama kaler apa. Kalau nak dikategorikan sebagai Greenhouse, takleh. Sebabnya, apartment cabuk di bandar koboi ni walaupun agak ketinggalan zaman, namun ia ada ciri-ciri canggih yang aku baru discover sejak musim panas haritu. Ciri-ciri canggih yang aku maksudkan itu ialah, kat dalam apartment ni ada dua jenis iklim yang berbeza yang wujud pada waktu yang sama.

Pelik? Atau canggih? Atau, aku saja je buat cerita tipu supaya korang tengok blog aku selalu ada update?

Dalam bulan Ogos yang lepas, kat sini musim panas. Pernah sekali dua suhu kat sini cecah dekat-dekat 40 Celcius. So, paham-paham ajelah kalau kat luar rumah pun dah panas macam tu, kat dalam rumah yang terkurung ni boleh diibaratkan macam oven yang menunggu kuih raya untuk dibakar la. Nak menjadikan cerita ni lebih lemak berkrim disukai ramai, kat dalam apartment ni cuma ada satu je aircond/heater yang dipasang di living hall rumah ni. Rumah ni ada dua bilik, tapi dalam tiap-tiap bilik apa pun tarak. Nasib baik ada lampu, katil dan almari baju.

Masa musim panas haritu, aku belasah je la pasang aircond tu full blast tak ingat dunia. Kat living hall terasa sejuk macam winter la, tapi sedikit habuk pun tak terasa sejuk kat dalam bilik aku walaupun aku dah bukak pintu bilik luas terkangkang. Tapi aku tido takde la terkangkang. Kalau tido malam-malam tu siap berpeluh lagi. Nak tak nak, terpaksa la pegi jumpa Encik Walmart Superstore untuk beli kipas angin untuk letak kat dalam bilik.

Sekarang ni dah masuk musim sejuk pulak. Kalau waktu pagi, suhu tu selambe je mencecah 5 Celcius. Kalau waktu malam, buat masa sekarang ni purata suhu lebih kurang 15 Celcius gitu la. Maka, aircond yang ada kat living hall ni, konon-kononnya boleh bertukar macam transformers menjadi heater la. Tapi, agaknya transformer ni terencat akal gamaknya, tak berapa panas sangat angin yang keluar. Sekadar menghangat-hangatkan-taik-ayam je kat living hall ni. Tapi kat dalam bilik, rasa macam nyaris-nyaris nak turun salji dah. Punyalah sejuk.

Oleh sebab yang sedemikian, maka baru sekejap tadi sekali lagi aku terpaksa pegi jumpa member lama, iaitu Encik Walmart Superstore untuk beli sebijik portable heater fan yang cute supaya aku dah tak terketar-ketar kat dalam bilik macam orang kena sawan. Tapi, bila tengok diri sendiri terketar-ketar kat dalam cermin, rasa macam nak tergelak pun ada.

Sebab tu lah aku cakap apartment aku kat sini ni canggih, sebab ada dua musim dalam satu masa.

Masa musim panas, kat living hall jadi macam iklim winter sonata sebab pasang aircond full blast, dalam bilik masih panas macam oven.

Masa musim sejuk pulak, kat living hall rasa macam iklim hangat-segan-sejuk-tak-mau sebab pasang heater, tapi kat dalam bilik rasa macam tempat tidur beruang kutub je.

3 comments:

Anonymous said...

Bro..citer tu citer la jugak, gambar tarak ka? Taruh arr gambar, baru happening... hehe...

EnAikAY said...

yes boss..

fajar said...

eh nik, kelakar la entri ni. see, walaupun citer pasal dua iklim dalam rumah pun, aku rasa syok gila. menarik beb.

tapi, aku x tahan la kalau mcm tu. panas salah. sejuk pun salah. susah susah, tido je kat living hall tu.