Masa zaman aku di sekolah menengah dulu, aku selalu main volleyball. Hampir tiap-tiap petang aku main volleyball, hujan ke panas ke semua aku belasah. Macam yang pernah aku ceritakan dulu, aku minat jugak nak main tennis tapi terpaksa batalkan niat suci tu atas beberapa sebab. Salah satu sebab ialah kerana court tennis tu berada betul-betul di sebelah dorm budak perempuan, dan aku takleh concentrate main tennis sebab aku asyik dengar “feewit, feewwwwiiiiitttt”, pekik sorak penyokong dari belakang langsir dorm diorang.
Ada sekali tu, aku pukul bola tak kena, pastu aku dengar budak-budak pompuan dok gelak terguling-guling dari dalam dorm, terus aku angkat barang-barang dan bagitau member aku, “Wei, jom balik jom, hujan dah turun la”. Member aku tengok langit yang terang benderang masa tu sambil buat muka pelik kat aku. Aku jalan cepat-cepat keluar dari court tennis tu sambil buat-buat tak dengar suara budak-budak pompuan dok gelak.
Sebab tulah aku beralih kepada sukan volleyball, sebab court volleyball jauh dari dorm perempuan. Tapi berbaloi jugak aku main volleyball, sebab aku dilantik jadi kapten pasukan sekolah.
Sebenarnya, aku nak cerita pasal kasut, macamana boleh melencong pasal citer dorm perempuan lak aku pun tak pasti. Ok, masa main volleyball kat sekolah menengah dulu, aku cuma pakai kasut Pallas Jazz je. Kasut tu best, sebab ia ringan, dan murah, dan tak cantik sangat menyebabkan takde orang berminat nak kebas. Sampai koyak-koyak aku pakai kasut tu. Kalau waktu pendidikan jasmani pun, kasut tu jugaklah yang aku pakai. Kiranya kasut Pallas Jazz tu jadi kasut sukan aku la.
Masa zaman universiti, aku tak bersukan sangat maka takde la kasut sukan sepanjang zaman tu. Lepas tu, masa zaman mula-mula kerja aku ada join diorang main badminton. So, aku beli la sepasang kasut badminton ni, kalau tak salah aku jenama Carlton. Setahun sekali, company akan adakan pesta sukan antara jabatan. Inilah peluang aku untuk main volleyball lagi. Tapi, zaman ni dah tak berapa best main volleyball, sebab stamina dah lingkup dan jugak perut boroi tidak mengizinkan aku lompat tinggi-tinggi. Pun begitu, kasut badminton tu jugaklah yang aku pakai untuk main volleyball.
Masa nak datang States ni, aku ada beli sepasang kasut sukan jenama Power. Tak sampai 3 minggu aku pakai untuk berjalan-jalan, tapak dia dah nak tercabut. Terpaksala aku beli kasut sukan lain kat sini. Aku beli jenis yang murah-murah je, sebab aku tak focus untuk sebarang jenis sukan. Just a general type of running shoes yang aku boleh pakai untuk pegi gym, kayuh basikal, jogging dan driving kereta.
Pada hari Sabtu yang lepas, aku pegi shopping. Niat asal nak window shopping je, tapi akhirnya aku terpaksa tenyeh jugak credit card aku sebab aku beli macam-macam pakaian sukan. Shorts Nike sepasang, sweater dua pasang, baju dry fit dua pasang, sepasang Reebok dan sepasang Nike tapi dua-dua kaler hitam, dan yang paling aku tak sangka aku akan beli ialah sepasang kasut running brand Adidas, the AdiZero LT2. Lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni la. Tapi kasut yang aku beli ni pun kaler hitam, with yellow stripes.
Punyalah aku seronok dapat beli kasut ni dengan harga yang amatlah murah. Walaupun perit rasa di hati bila mengenangkan betapa banyaknya nilai yang aku dah gores-dan-menang kat credit card aku tu, tapi mulut aku masih mampu tersenyum sebab happy dapat beli running shoes.
Sampai je rumah, aku tukar sports attire dan pakai kasut AdiZero baru tu, terus pegi gym. Dan aku test power kasut baru tu dengan berlari sejauh 3.1miles (5km) dalam masa lebih kurang 30minit sambil tersenyum kambing.
Harini pun, aku pegi gym sekali lagi sebab nak test power kasut baru tu. Mana tau kot-kot harini lebih power dari semalam. Tapi, aku cuma boleh lari another 3.1miles with same timing as the day before. Still very slow, but I’m happy because at last I could run 5km non-stop.
Aku rasa malam ni baik aku tido sambil pakai kasut tu, supaya power dia boleh menyerap masuk kaki aku banyak-banyak.
p/s: Aduhai, bila la gaji nak masuk ni??
5 comments:
Amboi amboi amboiiiiiiii (nada ala2 Azwan Ali dlm Cit Cat dgn cuit2 kelingking)!!! Sakan ko memborong yerrrr???
teringinnya nak beli kasut lawa2. hehehe. tunggu cari yg betul2 berkenan di hati. skrg beli kasut kat carboot je. huhuhu
cehhhh, aku beli kasut brooke ari tu RM 40 aje weh hahahahah, kasut kau tumcm adidas tangen la nik, tp tahniah kerana berjaya menghabisan duit,
Anonymous,
Kau cakap "amboi, amboi, amboi", tapi aku cakap "aduh, aduh, aduh.. bila gaji nak masuk ni"
Fajar,
Kat sana boleh dapat kasut Clark, Bally dan lain2 brand dgn murah. What u need to do is to ask around, maybe ada org yg tau kat mana boleh beli.
Niefeng,
Aku tak tau la Adidas Tangen ke Adidas kaki ke.. yg aku tau, kasut tu murah dan sama padan dgn kaki aku.. aku belasaahhhh....
Hoho. nice tennis shoes.
Cheers!
new balance tennis shoes
Post a Comment