Thursday, November 29, 2007

Goggles baru!

Dua tiga hari kebelakangan ni, bila dah dekat waktu nak balik keje mesti aku akan rasa macam malas nak pegi gym. Bila dah sampai rumah, tengok aje katil yang mesra alam tu mesti rasa macam nak buat terjun junam kat atas katil tu dan terus menyelam kat bawah selimut.

Buat masa ni, satu benda je yang menyebabkan aku tetap pegi jugak gym walau semalas mana pun aku rasa. Benda yang aku maksudkan itu ialah sebab aku dah bayar USD40 untuk monthly pass for the gym. Kalau sehari aku tak pegi gym, aku rasa macam aku rugi USD1.33, iaitu lebih kurang RM4.60 (dah lepas duit beli nasik lemak standard 2 atau 3 bungkus ni).

Jadi, daripada aku layan menyelam kat bawah selimut ada baiknya aku pegi memenatkan badan kat gym. Walaupun penat, paling tidak aku tak rasa bersalah kat diri sendiri. Bengongkah aku kalau aku berfikiran macam ni?

Semalam dah tergerak hati rasa tak nak pegi gym dan nak berehat kat rumah je. Mungkin sebab hari Isnin tu aku dah terlebih workout sejak aku kantoi instructor aku ngelat masa dia spinning. Ye la, dia ngelat, tapi aku tak ngelat. Semestinya aku lebih penat dari dia. So, semalam aku rasa malas nak lari, rasa nak buat yang ringan-ringan je. So I decided to go for swimming instead. Aisey, ter-speaking London pulak.

Tengah siap-siap nak pegi berenang, aku tak jumpa cari goggles aku. Aduhai, kat mana pulak goggles aku melepak ni. Lain kali kalau nak pegi lepak kat mana-mana, bagitau la aku dulu. Puas aku cari merata tempat kat dalam bilik la, luar bilik la, dalam tandas, kat dalam tong sampah pun aku geledah. Tapi tak jumpa gak. Maybe aku tercicir kat mana-mana kot. Nampak gayanya, ada sebijik alasan kukuh untuk aku beli goggles baru.

On the way nak pegi gym, singgah Walmart dulu pegi beli goggles murahan yang baru. Fuhh, goggles baru ni walaupun murah, tapi power dia kuat wooo. Ada zat tongkat ali kot. Aku berenang pun rasa macam laju sikit daripada sebelum ni. Mungkin perasaan aku je kot. Tak pun mungkin aku je yang perasan sorang-sorang.

Bila aku check timing, rupa-rupanya I did 500m in 10minutes. Itu tak campur waktu aku berhenti rehat di antara laps la. Aku masih berenang lap by lap and stop at every laps to recover breathing. So total of 20 laps la semua sekali. Kalau aku berenang straight non stop for 500m, confirm aku karam-singh-walia kat tengah-tengah perjalanan.

Sekian laporan dari bilik berita enaikay blogspot.

p/s: Tiba-tiba pemberita dah kehabisan modal, tak tau nak tulis apa dah. Next time pulak lah ye!

Tuesday, November 27, 2007

Ngelat!

Hahahaha, ada benda kelakar yang aku nak cerita harini. Kalau korang rasa tak kelakar pun, aku tak kisah sebab at least aku dah update blog aku harini.

Begini kisahnya. Harini hari Isnin kan, dan seperti biasa aku pegi gym untuk spinning class la. Kebetulan harini aku sampai gym awal sikit, jadi aku pergunakan masa yang ada untuk memanaskan badan dengan berlari kat threadmil sejauh 3.2km. Mula-mula plan nak lari 1.6km je, tapi terbabas lak. Terlebih stamina kot.

Tepat 6.30pm, baru kitorang start spinning class. Rutin harini lebih kurang sama macam minggu lepas punya, 45 minit plus abs workout bila dah habis spinning nanti. Memandangkan minggu lepas adalah cuti Thanksgiving, maka instructor Jill cakap dia pun tak berapa fit sebab dia dah 5 6 hari tak exercise.

Pun begitu, dia cuba gak laksanakan tugas dia sebagai instructor spinning sebaik mungkin. Tapi, boleh nampak gak la dia macam tercungap-cungap sekali sekala. Seperti biasa, ada masa yang dia akan suruh semua orang tambah resistance bila mendaki naik bukit sambil-sambil tangan dia pun pulas tombol spinning machine dia.

Kebetulan lak kali ni aku dok kat spinning machine yang paling hujung, so aku boleh la usha berapa kali dia pusing tombol spinning machine dia untuk naikkan resistance tanpa dia perasan aku tengok kat dia. Nak tau gak la betapa powernya instructor aku ni.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya instructor tu pun ngelat jugak. Dia tak pusing pun tombol dia, tapi dia buat-buat macam pusing je pastu buat-buat kayuh macam penat gile.

Kantoiiiiiiii!!!!!!

Monday, November 26, 2007

A week in an entry

Pejam celik pejam celik, dah seminggu aku tak update blog rupanya. Kesian korang yang hari-hari datang jengok blog aku ni, aku mintak maaf lah ye. Bukan aku sengaja tak update blog, tapi aku buat-buat macam tak sengaja.

Memandangkan hari dah larut malam, aku nak cuba buat update tentang apa yang berlaku seminggu yang lepas. Macam recap la ni.

Update yang seminggu lepas ialah masa aku baru beli kasut Adidas tu kan. So, a bit recap here.

Sabtu:
Pegi shopping, beli baju, beli seluar, beli kasut. Balik shopping, pegi gym lari for 5km.

Ahad:
Nothing much to do, so aku pegi gym dan lari lagi another 5km.

Isnin:
Seperti biasa, ada spinning class. Kalini, aku gembira sebab akhirnya aku ingat siapa nama instructor tu. Nama dia Jill. Tiba-tiba aku teringat kat kerepek ubi Jack n Jill.

Spinning class kalini kejap aje, sebab Jill ada hal. Biasanya sejam, tapi kali ni 45minit je. Walaupun masanya singkat, tapi penderaannya tak sesingkat yang dijangka. Teruk macam biasa jugak kena siksa atas spinning machine tu. Tapi nasib baik kali ni takde push ups, cuma ada abs workout – a 4 minutes non-stop torture of abs workout yang memeritkan urat saraf perutku yang dah tak berapa boroi ni.

Selasa:
Aku lupa apa aku buat, tapi yang aku ingat aku pegi gym macam biasa untuk berlari. Kali ni cuma larat lari 3.2km je.

Rabu:
Harini last day sebelum thanksgiving holidays. Asalnya memang rasa malas gile nak pegi gym, malas campur ngantuk. Tapi, aku pegi jugak. Mula-mula plan nak lari 5km, tapi tiba-tiba bila kat mileage 3km aku rasa ngantuk dan malas nak lari dah. So, aku bungkus barang-barang dan balik rumah masak, makan dan gedebush tido terbungkang.

Khamis:
Haa, hari Khamis ialah hari Thanksgiving kat seluruh States ni. Company bagi cuti dua hari, Khamis dan Jumaat. Ada sorang colleague kat tempat keje ajak pegi makan ayam belanda panggang kat rumah dia. Kebetulan gym tak bukak harini, so aku pegi je la kat rumah dia. Here are some photos masa kat rumah dia. Sorry guys, rambut aku dah tak nampak tobek sangat sebab dah panjang sikit dah, hehehe.

Tengah melepak kat luar rumah yang sejuk menggigil-gigil.

Tuan rumah berbaju biru dan jirannya sedang bertungkus lumus memanggang ayam belanda yang besar gile. Meleleh air liur aku tengok.

Camera aku ada self timer dan kebetulan aku bawak mini tripod, so boleh la layan posing sorang-sorang.

Posing lagi sekali.

Biasanya time Thanksgiving ni diorang masak ayam belanda, i.e. turkey. Nampak lazat kan? Toksah tanya aku la apa rasa dia, sebab aku tak makan. Camne aku nak makan kalau takde cop HALAL kat bontot ayam belanda tu? Aku cuma makan mashed potato je la sambil telan air liur tengok orang lain melantak ayam belanda panggang tu.

"Posing, posing! Mari kita posing ramai-ramai"

Lagi gambar jejaka-jejaka perasan hensem. Perasan tak aku pakai sweater lain? Itu sebab dah sejuk sangat, aku balik rumah kejap tukar sweater yang tebal sikit. Rumah aku dengan rumah dia dekat je, tak sampai 3 minit naik kereta.

Isn't she cute? I mean, budak kecik tu la.. bukan mak dia.

Jumaat:
Harini cuti lagi. Tak buat apa sangat harini. Petang, pegi gym berenang. Dah lama tak berenang. Punyalah syok dok berendam dalam swimming pool yang hangat tu. Temperature kat luar sekarang dah sejuk gile, almost freezing dah. At the end, aku berenang for 500m aje. Berenang ulang alik 20 laps campur berehat untuk sedut nafas di antara laps, in total I spent half an hour in the water that day. 20 laps x 25m = 500m. Err, betul ke calculations aku ni. Kalau tak betul, korang kira sendiri lah.

Sabtu:
Sabtu yang boring, siang hari takde cerita best kat tv, pastu takde idea nak update blog. At last, aku pegi gym lagi untuk berlari. Harini ok sikit sebab aku boleh lari 5km under 30minit, or actually in 29minit 20saat. Ok la tu kan, masih tak berapa bedesup lagi.

Ahad:
Ahad pun boring gak, so aku pegi gym lagi sekali untuk berenang pulak. Kali ni pun aku berenang 500m. sambil-sambil berenang aku dok senyum-senyum tengok budak-budak dok buat terjun tiruk dari papan anjal kat swimming pool tu. Macam best je, tapi aku segan nak join sebab aku budak besar, depa budak kecik. Nanti kalau aku buat terjun gaya macam nangka busuk jatuh dalam sungai kang, depa gelak guling-guling pulak.

Begitulah ringkasan tentang apa yang berlaku sepanjang seminggu yang lepas. Fuhh, penat jugak nak buat recap seminggu ni. Mungkin kali ni je aku buat recap seminggu macam ni sebab aku ada rasa bersalah sikit-sikit sebab lama tak update. Next time, forget it!

Kreativiti Seluas Angkasa

Pada suatu hari, ada sorang kawan baik aku ni dia tanya samada aku ada gambar yang cun gile ke tak. Aku jawab, nanti aku cari kat dalam bilik simpanan gambar-gambar peribadi aku. Cari punya cari punya cari, aku terjumpa la sekeping gambar yang aku cukup suka. Bukan sebab gambar aku tu cun gile dan bukan sebab aku tengah gile kat pompuan cun, tapi sebab pemandangan kat belakang gambar tu cukup indah, cukup syahdu, cukup menenangkan. Kalau tak caya, cuba tengok gambar asal kat bawah ni.

Macho tak gambar model ski tu? Sebenarnya gambar di atas ni diambil masa aku kat Jepun, bulan Disember 2002. Masa tu aku pegi main ski for the first time, ada sorang colleague Japanese ajar aku main ski. It was like a dream comes true.

Anyway, aku tak nak cerita lagi pasal aku main ski ni. InsyaAllah next time kalau aku ada mood aku buat satu entry khas pasal aku main ski, ada kisah menarik di sebaliknya. Tapi kalini, aku nak citer pasal bagaimana kreativiti seorang sahabat ni menyebabkan gambar aku kat atas tu jadi banner yang indah permai macam kat bawah ni.

Aku memang tau sahabat aku ni memang amatlah kreatif. Maka beliau dengan berbesar hati telah menghadiahkan banner ni kat aku, dia suruh aku letak kat blog aku supaya berseri-seri sikit. At least ceria sikit blog aku walaupun aku malas update. Hahaha.

Kepada Fajar Seluas Angkasa, jasamu amat ku hargai!
(Psst, nanti aku bagi gambar cun-cun lagi ye)

Monday, November 19, 2007

AdiZero LT2

Masa zaman aku di sekolah menengah dulu, aku selalu main volleyball. Hampir tiap-tiap petang aku main volleyball, hujan ke panas ke semua aku belasah. Macam yang pernah aku ceritakan dulu, aku minat jugak nak main tennis tapi terpaksa batalkan niat suci tu atas beberapa sebab. Salah satu sebab ialah kerana court tennis tu berada betul-betul di sebelah dorm budak perempuan, dan aku takleh concentrate main tennis sebab aku asyik dengar “feewit, feewwwwiiiiitttt”, pekik sorak penyokong dari belakang langsir dorm diorang.

Ada sekali tu, aku pukul bola tak kena, pastu aku dengar budak-budak pompuan dok gelak terguling-guling dari dalam dorm, terus aku angkat barang-barang dan bagitau member aku, “Wei, jom balik jom, hujan dah turun la”. Member aku tengok langit yang terang benderang masa tu sambil buat muka pelik kat aku. Aku jalan cepat-cepat keluar dari court tennis tu sambil buat-buat tak dengar suara budak-budak pompuan dok gelak.

Sebab tulah aku beralih kepada sukan volleyball, sebab court volleyball jauh dari dorm perempuan. Tapi berbaloi jugak aku main volleyball, sebab aku dilantik jadi kapten pasukan sekolah.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal kasut, macamana boleh melencong pasal citer dorm perempuan lak aku pun tak pasti. Ok, masa main volleyball kat sekolah menengah dulu, aku cuma pakai kasut Pallas Jazz je. Kasut tu best, sebab ia ringan, dan murah, dan tak cantik sangat menyebabkan takde orang berminat nak kebas. Sampai koyak-koyak aku pakai kasut tu. Kalau waktu pendidikan jasmani pun, kasut tu jugaklah yang aku pakai. Kiranya kasut Pallas Jazz tu jadi kasut sukan aku la.

Masa zaman universiti, aku tak bersukan sangat maka takde la kasut sukan sepanjang zaman tu. Lepas tu, masa zaman mula-mula kerja aku ada join diorang main badminton. So, aku beli la sepasang kasut badminton ni, kalau tak salah aku jenama Carlton. Setahun sekali, company akan adakan pesta sukan antara jabatan. Inilah peluang aku untuk main volleyball lagi. Tapi, zaman ni dah tak berapa best main volleyball, sebab stamina dah lingkup dan jugak perut boroi tidak mengizinkan aku lompat tinggi-tinggi. Pun begitu, kasut badminton tu jugaklah yang aku pakai untuk main volleyball.

Masa nak datang States ni, aku ada beli sepasang kasut sukan jenama Power. Tak sampai 3 minggu aku pakai untuk berjalan-jalan, tapak dia dah nak tercabut. Terpaksala aku beli kasut sukan lain kat sini. Aku beli jenis yang murah-murah je, sebab aku tak focus untuk sebarang jenis sukan. Just a general type of running shoes yang aku boleh pakai untuk pegi gym, kayuh basikal, jogging dan driving kereta.

Pada hari Sabtu yang lepas, aku pegi shopping. Niat asal nak window shopping je, tapi akhirnya aku terpaksa tenyeh jugak credit card aku sebab aku beli macam-macam pakaian sukan. Shorts Nike sepasang, sweater dua pasang, baju dry fit dua pasang, sepasang Reebok dan sepasang Nike tapi dua-dua kaler hitam, dan yang paling aku tak sangka aku akan beli ialah sepasang kasut running brand Adidas, the AdiZero LT2. Lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni la. Tapi kasut yang aku beli ni pun kaler hitam, with yellow stripes.

Punyalah aku seronok dapat beli kasut ni dengan harga yang amatlah murah. Walaupun perit rasa di hati bila mengenangkan betapa banyaknya nilai yang aku dah gores-dan-menang kat credit card aku tu, tapi mulut aku masih mampu tersenyum sebab happy dapat beli running shoes.

Sampai je rumah, aku tukar sports attire dan pakai kasut AdiZero baru tu, terus pegi gym. Dan aku test power kasut baru tu dengan berlari sejauh 3.1miles (5km) dalam masa lebih kurang 30minit sambil tersenyum kambing.

Harini pun, aku pegi gym sekali lagi sebab nak test power kasut baru tu. Mana tau kot-kot harini lebih power dari semalam. Tapi, aku cuma boleh lari another 3.1miles with same timing as the day before. Still very slow, but I’m happy because at last I could run 5km non-stop.

Aku rasa malam ni baik aku tido sambil pakai kasut tu, supaya power dia boleh menyerap masuk kaki aku banyak-banyak.

p/s: Aduhai, bila la gaji nak masuk ni??

Setahun Jagung

Kadang-kadang, ada kenalan yang cakap macam ni kat aku,

“Eh Nik, best eh kau boleh pegi keje kat oversea. Pegi Jepun la, pegi States la. Mesti seronok dapat pergi negara orang kan? Jeles aku”.

Begitulah kata-kata kebanyakan orang. Tiada apa yang salah dengan apa yang diorang cakap tu. Kalau pada hari-hari biasa, selalunya aku akan jawab macam ni,

“Best ke? Takde la best sangat. Biasa-biasa je, dah terpaksa.”

Tapi, pada hari Jumaat lepas, aku tengok ada satu memo terpampar kat skrin Nokia 6280 aku: “Nov. 16th, Nurin’s 1st Birthday”.

Dan pada hari Jumaat yang lepas, aku masih berada di States dan Nurin berada di Malaysia.

Pada hari itu, kalau ada orang tanya aku samada best ke tak boleh keje kat oversea lama-lama, mungkin ni jawapan aku,

“Best ke kalau kau takleh berada bersama anak pertama kau untuk menyambut hari lahirnya yang pertama?”

p/s: Happy 1st Birthday Nurin, daddy loves you so much!

Thursday, November 15, 2007

2 x 2

Kadang-kadang, apa yang kita rancang kita tak dapat. Kadangkala juga, apa yang kita tak rancang itulah yang kita dapat.

Ada orang kata, usaha tangga kejayaan. Ada juga yang kata, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih.

Ish, poyo sungguh! Sesungguhnya aku tak pandai buat penulisan berpoyo-poyo di khayalak ramai ni.

Sebenarnya nak habaq mai, harini aku gumbira. Kegembiraan ni bermula sejak semalam. Apa yang gembira sangat ni? Gembira sebab semalam dan hari ni, buat pertama kalinya aku berjaya lari 2 miles tanpa henti selama dua hari berturut-turut. Sebab tu la tajuk entry harini 2 x 2 (literally means 2 miles for 2 consecutive days, non stop). Pada aku, kalau aku boleh lari 2 miles (3.2km) tanpa henti dalam masa 20minit ni kira dah cukup bagus la buat masa permulaan ni. Harapnya lepas ni boleh increase mileage dan improve timing lagi. Sebab dulu, paling hebat yang aku pernah buat pun ialah lari tanpa henti sejauh 1.5 miles (2.4km) je, itu pun sekali je dan dah rasa semput macam siput sedut. This is a positive improvement for myself. Target aku bukannya tinggi sangat pun, cuma kalau boleh aku teringin nak ajak Superman lumba lari dengan aku, itu je.

Masa aku sekolah dulu, aku suka bersukan. Tapi, sukan-sukan yang aku join semua jenis sukan yang dimainkan kat dalam gelanggang atau padang. Contohnya seperti sukan bola tampar, hoki, ping pong, tenis, handball, dan sukan video games. Masa bersukan beramai-ramai ni, kadang-kadang kita tak sedar yang kita penat, sebab riuh rendah dan jugak jenis sukan-sukan macam ni ada banyak iklan. Kejap-kejap time out la, bola keluar gelanggang la, tali kasut tercabut la, seluar terlondeh la, tak pun kena kad merah dan kena keluar padang sebab mencarut kat pengadil.

Tapi, kalau dalam pertandingan sukan berlari, tak sempatnya nak iklan-iklan. Penat ke tak penat ke, kena lari jugak. Kalau tak lari, kita akan samada jadi kalah, atau jadi tak menang. Pilihlah yang mana hendak.

Pastu pulak, kita berlari ni sorang-sorang je. Kalau masa sukaneka sekolah rendah tu boleh la lari beramai-ramai guna terompah gajah tu. Sebab tu lah walaupun sukan berlari ni nampak macam mudah sebab tak perlukan apa-apa special skills, tapi ramai yang tak sanggup nak buat sukan berlari ni.

Satu lagi, sukan berlari ni ialah jenis sukan endurance, kecuali kalau kita specialize dalam acara lari pecut atau lari jarak pendek. Itu lain cerita la. Bukan senang nak dapatkan kekuatan endurance. Kena praktis sampai berbulan-bulan dengan penuh disiplin. Kalau setakat lari tak sampai 10 minit pastu lencong pegi lepak kedai mamak setengah jam sambil pekena teh tarik dengan roti canai, memang salah strategy la. Kalau hari-hari buat macam tu, tak lama lagi nanti ada orang hantar sms “Welcome to Boroi Club”.

Tiba-tiba aku rasa aku sendiri pun blur dengan apa yang aku tulis harini. Sebenarnya niat aku ialah nak cetus minat korang untuk mulakan kehidupan yang sihat dengan bersukan. Tak kiralah sukan apa pun yang korang nak buat, asalkan bersukan. Dan salah satu sukan paling senang yang mungkin korang boleh cuba ialah sukan berlari. Mula sikit-sikit dan pelan-pelan dulu, bila badan dah rasa mantap baru la korang boleh ajak Superman lumba lari.

Walaupun haritu aku kecewa sebab rambut aku sedikit tobek, tapi harini aku gembira sebab aku rasa stamina aku bukan sahaja dah semakin pulih malah semakin meningkat. Harap-harapnya, satu hari nanti aku boleh lari dengan lebih jauh, lebih laju, lebih kerap, dan lebih penat!

P/s: Korang rasa Superman baca tak blog ni?

Wednesday, November 14, 2007

One step further

Oleh kerana semalam aku terkesima disebabkan rambut tobek, aku terlupa nak cerita kisah dan pengalaman aku join spinning class untuk kali kedua sebelum pegi potong rambut tu. So, beginilah lebih kurang cerita yang berlaku pada hari Isnin semalam.

Seperti biasa, pukul 6.30ptg spinning class tu akan bermula. Masa aku sampai kat gym tu, semua orang biasa dah ada, instructor pun dah ada. Aku strech kaki dan peha lebih kurang, adjust ketinggian saddle spinning machine tu dan aku terus panjat naik. Time for warm up.

Setting resistance on flat road condition, then kayuh sederhana laju untuk hampir 10 minit. Peluh mula keluar dah sikit-sikit. Genap-genap 10 minit instructor tu suruh tinggikan resistance dan start acara memanjat bukit yang memang aku tak nanti-nantikan langsung. Hampeh.

Lepas kayuh gaya panjat bukit sambil terjelir-jelir lidah selama 5 minit gitu, baru lah boleh lepak kejap. Bukannya lepak macam lepak kat kedai mamak tu. Tapi maksud lepak di sini ialah kayuh sederhana laju dalam keadaan flat road resistance je. Bertuah la kalau boleh pegi lepak kat kedai mamak, boleh pekena teh tarik dulu. Tapi apakan daya, apa yang boleh dibuat waktu tu cuma teguk air kosong sikit, basahkan tekak yang tengah kemarau tu.

Nampaknya, workout spinning harini ada kelainan sikit. By this time, kitorang dah berkayuh selama 15minit lebih dah. Tiba-tiba, instructor tu cakap yang maksudnya berbunyi, “Mari kita buat workout push up pulak. Mari, mari, jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri”.

“Eh, apa lak ni?” aku buat-buat tanya diri sendiri. Padahal memang aku dah tau kena buat workout push ups sebab sebenarnya memang instructor tu dah cakap awal-awal yang spinning class harini ada mix dengan workout push up dgn workout abs.

Mula-mula ingat kena push up sikit-sikit je. At first, sorang kena buat 15 kali push ups. Ok la lagi, rasa selambe je. Lepas tu, dia tambah lagi suruh buat another 15 push ups. Mampus! Time ni dah rasa menggigil-gigil dah tangan. Dah habis 15 kali, dia suruh rehat kejap untuk bernafas. Lepas tu dia tambah lagi suruh buat 10 push ups.

Instructor: “Come on guys, I know you can do it. Come on!”

Ye la, kitorang je yang kena buat segala push ups tu. Dia tak buat semua pun push ups, tunjuk sikit-sikit je. Boleh la dia nak cakap “come on” la, “come off” la.

Nak je aku cakap, “I don’t want to come anymore”, boleh tak?

Dah settle segala push ups tu, back to spinning machine. Masa untuk berkayuh lagi. Kali ni, torture panjat bukit. Starting from easy hill, then naik ke medium hill, akhir sekali buat difficult hill. Time ni dah berkayuh sambil berdiri la, memang tak larat nak kayuh kalau duduk atas saddle. Heart beat mencanak-canak naik. Aku control je la, tak kayuh kuat-kuat sangat pun, sebab takut jantung aku tercabut skru. Malam-malam ni susah nak kena pegi cari workshop pinjam screw driver.

Dah selesai 15 minit kayuh panjat bukit, relax kejap. Lepas tu, kena buat workout push ups sekali lagi. Muka aku dah toye dah, rasa macam nak give up je. Terbayang kena buat lagi 30 kali push ups.

Instructor: “Ok guys, let’s do this again. We’ve done it before, we can do it again! Come on, give your best shot”.

Aku: “Baiklahhhh”, aku cakap sambil buat suara macam ala-ala Doraemon gitu. Tapi, aku cakap dalam hati je la. Takkan nak cakap betul-betul kot. Nak mampus?

Dah sudah workout push up kali kedua tu, sambung spinning balik. Kali ni buat speed work pulak. Bergilir-gilir, kejap spinning sambil duduk, kejap spinning sambil berdiri. Kayuh laju-laju macam nak kejar mat rempit yang tengah buat lumba haram. Aku dah tak larat gile dah, kaki dah penat sebab kayuh lama, tangan lak dah menggigil-gigil sebab penat dek penangan kena buat push ups yang beribu-ribu lemon tu. Tepat jam 7.30pm, baru la instructor tu suruh stop.

Tak habis kat situ, kena pulak buat workout abdomen. Instructor tu tunjuk sikit lebih kurang macamana nak buat. Hmm, nampak dia buat macam easy peasy je. Tapi bila aku yang buat, rasa nak terkeluar air mata sebab muscle abdomen aku rasa macam nak terkoyak. Itu bermakna workout tu berkesan.

Bila dah nak bersurai tu, instructor tu tanya la aku apa pendapat aku tentang workout harini. Secara tak sengaja mulut aku jadi gatal dan cakap “Well, I like the abs workout. And I think it’s great to do this kind of mix workout, for upper body and lower body.”

“Good, we can do it again for next session then. See you next week!”, instructor tu cakap.

Konon-kononya nak bermanis mulut la cakap itu bagus la ini bagus la. Betul lah apa yang orang cakap, “kerana mulut badan binasa”. Padan muka aku!

Next week, aku kena bawak ubat gatal letak kat mulut aku.

Tuesday, November 13, 2007

Tobek!

Orang kata, kalau kita ni keje sebagai seorang yang professional, kita kena ada imej yang kemas. Baju kena kemas, seluar pun kena kemas, kasut kena pakai yang sesuai, dan tak lupa juga rambut kena kemas, sebolehnya berambut pendek.

Oleh sebab yang demikian, berbekalkan USD15 aku pegi ke kedai gunting rambut yang aku rasa agak murah la. Kalau kat kedai lain, mungkin kena ada USD25 baru boleh gunting rambut. Lepas balik dari gym tadi, dalam keadaan yang penat aku pegi ke salon tu dengan berbekalkan hasrat untuk potong rambut bagi nampak kemas. Dah 2 bulan setengah aku tak potong rambut, maka bayangkanlah rambut aku dah jadi macam rambut Lion King. Mengerbang tak ingat dunia. Kalau lagi seminggu aku tak potong rambut, confirm ada lebah akan datang berkampung kat dalam rambut aku.

Sampai kat salon tu, aku cakap nak potong rambut. Datanglah sorang pekerja kat situ, dia suruh aku duduk. Dan berlakulah dialog drama swasta seperti berikut:

Barber: "So sir, how do you want your hair cut to be this time?"

Me: "Hmm, just make it thin on the sides and at the back please. And just take off a little bit from the top. I don’t want the top part to be very short because I have a hard hair and it will all stand up if it gets very short."

Barber: "Aha, ok."

Pastu, dia pun start la ambik gunting dengan sikat. Sebaik dia start gunting rambut aku tu, aku dah rasa semacam je. Rasa macam minah ni tak berapa pandai potong rambut orang lelaki. Oh ya, lupa nak bagitau, masa aku sampai ke salon tu, ada dua orang je tukang gunting, dua-dua minah saleh. Aku memang dah pernah datang ke salon ni, tapi tukang gunting yang pernah gunting rambut aku dulu dah balik kot, ye lah sebab dah malam. Mungkin syif dia dah habis.

Ok, back to the story. Mula-mula potong tu aku dah rasa tak sedap hati. Tapi takpe, aku biarkan dia teruskan keje dia. Tak lama tu, dah start jadi senget sebelah.

Me: "Oh, can you make it balance on this side as well? Make it like this." (Sambil aku tunjuk-tunjuk lebih kurang macamana aku nak rambut aku dipotong).

Barber: "Aha, ok."

Dia potong lagi, lepas tu jadi terpendek kat belah sini pulak. Aduss, camne ni.

Me: "Err, I think you better make it thinner a bit here."

Barber: "Aha, ok."

Zup zap zup zap dia potong, akhirnya jadi tobek!!! Ya ampunnn mak datuk nenek kebayan!! Habis tobek rambut aku. Oh tidaakkk!!

Aku rasa geram gile macam nak je aku ambik mesin potong rambut tu, pastu aku nak botak-botakkan rambut minah tu yang berwarna warni macam warna aiskrim Paddle Pop. Nasib baik tahap kesabaran aku masih berada di zon berjaga-jaga, belum lagi masuk zon merbahaya.

Aku pun heran. Adakah minah tu tak paham aku punya English, ataupun dia ingat aku cakap bahasa Iban tapi bunyi macam English, ataupun perkataan “Aha, ok” tu ialah jawapan rasmi dia untuk semua jenis soalan yang customer tanya tak kiralah samada dia paham ke tak paham apa yang customer nak.

Apa yang aku paling pasti, aku punya azam untuk tahun 2008 ialah aku tak nak pegi potong rambut dengan minah tu lagi. Biarlah rambut aku jadi macam Lion King atau jadi sarang lebah ke, asalkan rambut aku tak tobek sudah. Lagipun, kalau rambut aku jadi sarang lebah, boleh jugak aku rasa madu lebah free.

Aku rasa macam nak ambik gambar rambut aku yang tobek ni dan publish kat blog, tapi camera aku pun dah mogok sebab tak sanggup nak tengok rambut aku yg tobek ni.

Besok, mungkin aku kena pakai tudung nak pegi keje.

Saturday, November 10, 2007

Atama ga itai!*

Dua tiga kucing berjalan,
Sambil berjalan tersepak batu,
Harini aku tak pegi bersukan,
Kerana ada sebab tertentu.

Budak-budak bermain kotak,
Bermain kotak terhenjut-henjut,
Pergi bersukan memanglah hendak,
Tetapi kepala berdenyut-denyut.

Sumur di ladang tersedia ada,
Ramai musafir menumpang mandi,
Sejak di pejabat sudah terasa,
Bagaikan migraine menyerang lagi.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Bila migraine menyerang kepala,
Aku hanya sekadar bertahan.

Buah cempedak di luar pagar,
Galah yang panjang dihulur-hulur,
Balik keje aku terdampar,
Di atas sofa aku tertidur.

Puas sudah ku letak baja,
Harum kemboja tak kunjung tiba,
Sesudah tidur aku terjaga,
Sakit kepala sudahpun reda.

Haruslah kita bersopan santun,
Pertahankan adat tradisi Melayu,
Tak sangka pula aku berpantun,
Walaupun mata sudahpun layu.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai blog ini biarlah nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bertemu kekasih di tepi telaga,
Bergelak ketawa tersenyum ceria,
Tanpa ku sangka tanpa ku duga,
Akhirnya blog ini terupdate jua.

Kalau terjumpa jarum peniti,
Lekas disimpan di dalam peti,
Terima kasih daun keladi,
Besok lusa datanglah lagi.

*Atama ga itai (Japanese) = Sakit kepala!

Friday, November 9, 2007

Mim alif lam alif sin

Sesapa yang suka tido dalam kelas masa subjek bahasa jawi time sekolah rendah dulu, confirm tak paham apa tajuk entry harini. Dan kalau sesapa yang tertido bila baca blog aku ni, aku nak pesan la sikit.

“Jangan la macam tu kawan, terasa hina tau kalau korang baca blog ni sampai tertido. Aku tau la blog ni tak best macam buku cerita Harry Porter”.

Lepas balik keje harini, aku layan melentok jap kat atas sofa sambil tengok tv dan sambil nak tunggu masuk waktu Maghrib. Mata dah rasa kuyu semacam je, terus terdetik rasa malas nak pegi gym harini. “Aahhh…. Layan buat taik mata best gak ni”, aku berkata di dalam diriku. Chewah, macam drama swasta la pulak dialog ni.

Kejap pejam, kejap celik. Then, kejap je celik, pejam lama-lama sikit. Lepas tu, terus aku pejam mata. Tapi dalam hati masih dok fikir samada nak pegi gym atau nak teruskan production taik mata. Memang rasa malas gila.

Tiba-tiba, aku teringat pesan seorang kawan. Dia cakap, “Kalau kau tak nak jadi malas, kau buat-buat la rajin”. Mula-mula tu aku rasa macam kelakar pulak pesanan penaja tu. Tapi, bila aku perah otak dan fikir betul-betul, ada betulnya jugak.

Untuk membuktikannya, maka mata yang baru tengah syok terpejam tu aku bukak balik luas-luas macam mata puntianak-harum-sebab-banyak-pakai-bedak. Aku masuk bilik, settlekan apa-apa yang patut, zoom aku keluar pegi gym.

Sesampai kat gym, aku buat spinning setengah jam, lepas tu aku lari pulak kat treadmill 10 minit, lepas tu aku bertungkus-lumus pulak buat abdomen workout untuk break down one big pack to become six smaller packs on my tummy. Tak tau la bila boleh nampak result. Rasa macam nak terkeluar air mata buat workout untuk abdomen ni. Dalam hati sempat gak aku fikir, “Kalau susah sangat nak dapatkan six packs ni, baik aku pegi kedai beli pen marker kaler brown then aku lukis je gambar six packs kat perut aku ni. Habis cerita”.

Rupa-rupanya berkesan jugak pesanan kawan aku tu. Aku buat-buat je rajin nak pegi gym, at last aku pegi jugak gym walaupun rasa malas.

Dan sebenarnya aku rasa malas nak update blog harini. Sebab pertama ialah aku takde idea (alasan sebenarnya malas), sebab kedua ialah aku penat (alasan sebenarnya ialah malas). Tapi aku buat-buat jugak macam orang yang rajin update blog. Hasilnya, terupdate jugak blog aku harini. Niat asal nak tulis satu perenggan je, tengok-tengok dah lebih 120 patah perkataan. Kalau masa PMR dulu dah boleh submit dah karangan ni kat cikgu, sebab dah lebih 120 patah perkataan.

Wei, korang toksah kira la. Memang confirm dah lebih 120 patah perkataan. Kalau tak caya, kira la! Hahaha…

P/s: Mesti ada yang berkata "macam siut je".

Thursday, November 8, 2007

Satu rumah, dua iklim

Kalau kita sebut pasal Greenhouse, ramai yang dah tau apa itu Greenhouse. Secara ringkasnya, Greenhouse ni diperbuat daripada kaca dan fungsinya ialah untuk memerangkap haba supaya pokok-pokok yang jenis tak tahan sejuk dan selalu menggigil boleh hidup di dalamnya dengan aman dan damai tanpa sebarang perang saudara sesama mereka. Biasanya, Greenhouse dibina di negara-negara beriklim sejuk. Dengan erti kata lain, kat luar Greenhouse tu sejuk gile, kat dalam Greenhouse tu suam-suam kuku la. Kalau panas sangat, “die hard” (mati keras) la pulak pokok-pokok kat dalam tu. Takde maknanye.

Pun begitu, apartment yang aku duduk kat States ni aku tak tau nak letak nama kaler apa. Kalau nak dikategorikan sebagai Greenhouse, takleh. Sebabnya, apartment cabuk di bandar koboi ni walaupun agak ketinggalan zaman, namun ia ada ciri-ciri canggih yang aku baru discover sejak musim panas haritu. Ciri-ciri canggih yang aku maksudkan itu ialah, kat dalam apartment ni ada dua jenis iklim yang berbeza yang wujud pada waktu yang sama.

Pelik? Atau canggih? Atau, aku saja je buat cerita tipu supaya korang tengok blog aku selalu ada update?

Dalam bulan Ogos yang lepas, kat sini musim panas. Pernah sekali dua suhu kat sini cecah dekat-dekat 40 Celcius. So, paham-paham ajelah kalau kat luar rumah pun dah panas macam tu, kat dalam rumah yang terkurung ni boleh diibaratkan macam oven yang menunggu kuih raya untuk dibakar la. Nak menjadikan cerita ni lebih lemak berkrim disukai ramai, kat dalam apartment ni cuma ada satu je aircond/heater yang dipasang di living hall rumah ni. Rumah ni ada dua bilik, tapi dalam tiap-tiap bilik apa pun tarak. Nasib baik ada lampu, katil dan almari baju.

Masa musim panas haritu, aku belasah je la pasang aircond tu full blast tak ingat dunia. Kat living hall terasa sejuk macam winter la, tapi sedikit habuk pun tak terasa sejuk kat dalam bilik aku walaupun aku dah bukak pintu bilik luas terkangkang. Tapi aku tido takde la terkangkang. Kalau tido malam-malam tu siap berpeluh lagi. Nak tak nak, terpaksa la pegi jumpa Encik Walmart Superstore untuk beli kipas angin untuk letak kat dalam bilik.

Sekarang ni dah masuk musim sejuk pulak. Kalau waktu pagi, suhu tu selambe je mencecah 5 Celcius. Kalau waktu malam, buat masa sekarang ni purata suhu lebih kurang 15 Celcius gitu la. Maka, aircond yang ada kat living hall ni, konon-kononnya boleh bertukar macam transformers menjadi heater la. Tapi, agaknya transformer ni terencat akal gamaknya, tak berapa panas sangat angin yang keluar. Sekadar menghangat-hangatkan-taik-ayam je kat living hall ni. Tapi kat dalam bilik, rasa macam nyaris-nyaris nak turun salji dah. Punyalah sejuk.

Oleh sebab yang sedemikian, maka baru sekejap tadi sekali lagi aku terpaksa pegi jumpa member lama, iaitu Encik Walmart Superstore untuk beli sebijik portable heater fan yang cute supaya aku dah tak terketar-ketar kat dalam bilik macam orang kena sawan. Tapi, bila tengok diri sendiri terketar-ketar kat dalam cermin, rasa macam nak tergelak pun ada.

Sebab tu lah aku cakap apartment aku kat sini ni canggih, sebab ada dua musim dalam satu masa.

Masa musim panas, kat living hall jadi macam iklim winter sonata sebab pasang aircond full blast, dalam bilik masih panas macam oven.

Masa musim sejuk pulak, kat living hall rasa macam iklim hangat-segan-sejuk-tak-mau sebab pasang heater, tapi kat dalam bilik rasa macam tempat tidur beruang kutub je.

Wednesday, November 7, 2007

Aku dah penat

Aku rasa macam dah takde semangat nak update blog ni. Mungkin sebab penat nak fikir idea untuk update dalam English kot. So, mulai hari ni, aku nak jual rojak. Mintak maaflah kepada mana-mana pencinta bahasa, kerana bukan niatku nak jadikan blog ni tempat belajar bahasa. Dan sesungguhnya, murid-murid yang nak belajar bahasa tak sepatutnya tengok blog banyak sangat, sebab buat perabih boreh jo belanja duit buat beli buku teks sekolah. So, kalau sesapa ada rasa nak komplen tu, simpan dalam hati ajelah ye. Terima kasih.

Mungkin jugak aku rasa penat nak update blog sebab takde aktiviti menarik yang berlaku. Tapi, sejak awal minggu ni, aku dah start lari-lari sikit kat jalanraya, pastu semalam aku dah korbankan duit sikit untuk melayakkan aku masuk ke pintu fitness centre kat sini dengan gaya selamba sambil tersenyum kambing walaupun takde sapa pun kat fitness centre tu kenal aku. Poodachit!

Semalam (Isnin), hari pertama masuk gym balik selepas hampir dua bulan tak buat apa-apa aktiviti sihat. Dengan secara tak sengajanya, aku join sama itu spinning class.

Me: Excuse me, can I join this spinning class? (Amboi, sopan santun lemah gemalainya aku. Mentang-mentang instructor tu pompuan)

Instructor: Oh yeah, no problem. Feel free to join. What is your name?

Me: My name is Nik. Nice to meet you.

Instructor: I’m *** (Alamak, macamana aku boleh lupa la nama dia ni?). Nice to meet you too. So, have you ever used the spinning machine? Do you know how to do the settings?

Me: Yeah, I’ve used it before. I think I know how to set it up. (Sambil aku teraba-raba nak cari tombol mana yang aku patut pulas untuk naikkan tempat duduk menda alah tu)

Tak lama lepas tu, instructor tu pasang lagu kuat yg amat dengan radio dia yang diletak kat sebelah spinning machine aku. Ntah lagu disco apa la yang dia pasang aku pun tak tau. Dia cakap, spinning class ni 1 jam, dan dia cakap objektif kelas kali ni ialah untuk memenatkan kaki kita. Aku fikir, ada ke objektif lain selain dari memenatkan kaki? Kalau letak objektif untuk berlatih berlakon buat-buat penat macam gaya orang tengah lumba Le Tour de France takleh ke?

10 minit pertama, warming up. Kayuh sederhana laju sambil membayangkan tengah kayuh beskal on flat road. Tiba-tiba aku terbayang ada seekor lembu nak lintas jalan daaa, nasib baik aku sempat brek. Kalau tak, kenduri gulai lembu la jawabnya.

Lepas tu, instructor tu dah start suruh naikkan resistance. Biar kayuh rasa berat, rasa macam kayuh time panjat bukit. Aku dah takleh nak bayangkan bukit ke apa ke, aku terbayang nak cakap “bye-bye” je kat diorang semua dan berambus dari situ. Tapi, nak jaga standard punya pasal aku teruskan kayuh jugak la.

Lama gak kena kayuh ala-ala climbing ni. Kejap kayuh sambil duduk, kejap dia suruh kayuh sambil menonggeng tapi tak boleh goyang bontot, lepas tu suruh kayuh sambil berdiri pulak. Aku dah rasa macam nak terkentut je asyik layan dia kayuh climbing ni. Rasa macam terbakar je otot-otot peha aku.

Lepas habis acara climbing, dia suruh pulak buat speed work, iaitu kayuh laju gile tak ingat dunia akhirat.

Instructor: Are you ready for it? Ready, set, GO!!!

Aku tengok semua orang kayuh laju-laju. Aku pun buat jugak la. Kayuh laju macam gaya pro cyclist selama lebih kurang 15 saat. Then aku slow down dan buat gaya lidah terjelir pulak sebagai menandakan aku dah penat nak mampus sambil tengok diorang kayuh macam orang hilang akal.

Second last sebelum betul-betul last, climbing pulak lagi sekali. Time ni, instructor suruh naikkan resistance setinggi yang boleh, final climb la katakan. Tapi, aku buat-buat pusing je tombol resistance tu, tapi sebenarnya tak pusing pun. Maka, aku pun teruskan berkayuh dengan gaya orang climbing dan muka buat-buat macam tengah struggle. Tapi hakikatnya, aku tersenyum girang di dalam hati. Hahaha, tipu diri sendiri.

Tak lama lepas tu, cooling down. Akhirnya berjaya jugak aku memenatkan kaki dan meng-kebas-kan punggung. Lepas tu, jalan macam sedikit terkangkang-kankang macam orang tak betul je. Maklum ajelah, dah dekat dua bulan tak kayuh basikal. Skill kayuh basikal aku pun dah nyaris-nyaris nak jadi basi dah.

Anyway, I survived! (dengan bontot yang kesakitan)

Sunday, November 4, 2007

I don’t know, but…

In working life, we used to be asked lots of questions by our managers, colleagues, customers and also suppliers. Some of those questions might be straight forward and we could give the answers straight forward. But, what if the questions are those which you have totally no idea what are the answers should be.

So, how do you answer?

The most common answer I frequently heard is, “Sorry, I don’t know.” Period.

Imagine you are the questioner. What do you feel when you get this kind of answer? Definitely, you’ll feel disappointed, wouldn’t you?

And now, imagine that you are the one who had to give such an answer. How do you feel? Don’t you feel bad? It may have given the impression to the questioner that you know nothing much.

When I started working with a western company, I realised something is different in the way they give the answer for a question which they do not know the answer.

“Sorry, I don’t know. But, I will find the answer for you.”

Or,

“I don’t know, but I know someone who does know the answer to your question.”

To some, this may not have any significant difference at all. But for me, there’s a huge different between saying only “I don’t know” and saying “I don’t know, but…”

Previously, I used to only say I don’t know this I don’t know that. My answers ended there. It made me feels like I’m not professional enough for my job. It made me looks stupid.

However, after I changed the way I answer, I feel more positive as well as it gives me extra push to be more proactive in work. As a human being, it is impossible for us to know everything in the world at one single point of time. But, God gave us such a brain that can absorb lots of things, depending on how much effort you put to feed your brain. We also have plenty of friends or colleagues who may know the answers that we don’t. Why hesitate to ask?

We shouldn't stop ourself when we can always go further to find the answers.

Don’t limit your challenges, challenge your limits!

Thursday, November 1, 2007

I've Been Tagged!

This is the first time I've been tagged by somebody. This one is in Malay language, and here it goes.

Ape nama blog kamu?
Apa punya soalan daa. Kalau dah baca tag ni kat sini, ini la nama blog nya. Sudah gaharu cendana pula, ketiak berbulu buat-buat tak tahu pula.

Sejak tahun bile kamu memblog?
2007

Kamu ingat lagi tak tarikh hari pertama kamu buat entry?
Sunday, 15 July 2007, 17:33 CT (American Central Time)

Siape yang mempengaruhi/mendorong kamu berblog?
Pengaruh pertama datang dari fajar seluas angkasa, dia antara yang terawal di kalangan kitorang yg buat blog. Lepas tu, jadi part time blogger untuk taiping9495.blogspot pulak. Masa tu la belajar sikit-sikit macamana nak manage blog. Then, masa dah bosan bila mula-mula dok kat States ni, rasa terdorong nak buat blog sendiri yang lebih kurang sama macam blog Ramblings by Aini the triathlete.

Family kamu tahu tak kamu memblog?
Ntah lah belalang, lupa lak nak interview diorang. Diorang tau kot.

Kamu ketagih tak dengan blog?
Takde la ketagih sangat, sikit-sikit tu ada la.

Kamu rase seronok tak memblog ni?
Bergantung kepada idea. Kalau hari yang ada banyak idea untuk update blog, seronok gak la. Waktu yang paling seronok ialah masa baca komen-komen dari pembaca. Ada komen-komen yang kelakar, ada yang sedikit kureng asam tapi kelakar, ada yang serius tapi kelakar, dan ada yang nampak macam kelakar tapi tak kelakar langsung.

Ade pendapat yg mengatakan, majoriti bloggers ni lebih ke arah "syok sendiri". Ape pendapat kamu?
Pendapat sapa ni? Sungguh kurang sopan pendapatan dia. Nak cakap syok sendiri pun, mungkin kurang tepat la. Sebab, setiap pembaca blog akan pilih untuk baca blog-blog yang diorang syok baca aje. So, sama-sama syok la. Blogger pun syok, blog readers pun syok gak. Begitulah pendapatan saya yang tak seberapa ni.

Ape laman web/blog yang kamu suke lawat? Berikan 3.
Allo kawan, 3 mana cukup!
(i) website company – tak suka sebenarnya, tapi terpaksa lawat tiap-tiap hari
(ii) semestinya blog tepen 9495 batch 4 pkp la
(iii) blog kawan-kawan

Berapa kerap kamu lawat ketiga-tiga web/blog tu dalam sehari?
Sekerap mungkin. Eh, getah sekerap berapa RM sekilo sekarang ye?

Dalam banyak-banyak entry kamu, entry ape yang kamu rase paling:
(i) Thrilling?

Yet to come.

(ii) Kontroversi?
Tak main la kontroversi-kontroversi ni. Ini bukan blog celebrity.

(ii) Bahagia?
Setiap entry yang membuat pembaca tersengih atau terkekek-kekek sendirian kat depan komputer diorang. Ada ke entry macam tu so far kat dalam blog ni, rasa macam takde je?

(ii) Down to earth?
Takde kot.

(iii) Sedih ya amat?
Benda yang sedih-sedih tu, simpan dalam hati je la. Tak nak kepoh-kepoh.

Kamu pernah tak rase nak stop dari terus memblog?
Ada, semalam dah nyaris-nyaris rasa macam nak buat sembahyang jenazah kat blog ni sebab dah takde semangat nak update blog. Nasib baik ada orang tag. Seronok gak buat tag ni rupanya. Tapi, kalau hari-hari kena buat tag tak syok aaa.

Kamu nak 'Tag' soalan ni pade sape? Berikan nama 5 rakan bloggers kamu.
Agak-agak, kalau bagi tag ni kat webmaster website Berita Harian ke Utusan Malaysia Online ke, diorang letak kat suratkhabar diorang tak?