Thursday, June 3, 2010

I-T-B

Sebelum ini pernah berlaku,
Sejak tiga tahun yang lalu,
Bila sakit datang bertamu,
Mulalah aku berpantun melulu.

Terasa heran pun ada juga,
Hormon pantun naik menggila,
Jika sukar hendak percaya,
Kat sini ada kat sini pun tertera.

Menunggu giliran punyalah lama,
Otak ligat menjana idea,
Dah boring tak tau nak buat apa,
Mengarang pantun pun elok juga.

Mana perginya doktor ku ini,
Patients dah datang bertubi-tubi,
Kerja kat ofis pun banyak lagi,
Kalau tak siap mampus la nanti.

Berjumpa doktor ada sebabnya,
Menilai penyakit yang sedang ada,
Ada dramanya ada kisahnya,
Ayuh kita tengok dan baca.


Me: "Hi doc! Good afternoon."
Doc: "Haa, good afternoon. How are you?"
Me: "Ok la, not so bad. A bit tired. I did some little running last weekend."
Doc: "I see. So, sakit apa ni?"
Me: "ITB la doctor."

The doctor gazed at me without blinking. There was a little pause in the conversation. And as he tried to write something on the notepad...




Me: "Hmmmm...I Tengah Batuk la doctor.... mintak ubat batuk sikit boleh?"


P/s: Pantun di atas dicipta semasa sedang boring menunggu giliran nak jumpa doktor kat klinik tengahari tadi

22 comments:

ian yusof said...

hahah ... why don't you try Raja Lawak next season .... I know the people behind this show .. :)

p/s - YEEESSS, no 1

iamsyah said...

chissss! wa tertipu...

and the cartoon was hilarious!

ian yusof said...

phieew... that was close ... merely 2 secs away ...macam my Sundown gak ...

Anonymous said...

Lawak la korang berlumba-lumba ni! haha.

ziff71 said...

wahhh, Ian is a no 1 RBU commentator...hhahahaha.

Aku pun mula2 ingat King Lanun kene ITB pasal pirate 84k :)

ziff71 said...

Ian, I think your blog's host server lately selalu down. Couldnt access.

iamsyah said...

hahhhaha, Ian, I need to get a smartphone jugak lah... very der close tuh hahahahah

Julin Julai said...

phew, ingatkan sorang lagi got knee pain.
tajuk sensasi cam harian metro..kehkeh

EnAikAY said...

Ian,
Are you on some kind of "revenge campaign" now?
We all know you used to be among the last to comment... :)

Syah,
Psst.. u wanna know how to beat Ian?
I can 'assist' u... kih kih kih

Haza,
Depa lumba haram ni...

Ziff,
Ian was only 2sec behind Syah.. it was a close call for him this time.
Let see for how long he can be the 'juara bertahan'.. hehe.

EnAikAY said...

Julin,
Harian metro tu.. i think dah patut di tapis dah.. letak rating 18SX ke, 18SG ke...

June Malik said...

anak dara nama bibi
sungguh manis jeling mana
nasib baik u ITB
lutut saya sebesar mangga

hari hari pergi menjala
ikan besar jauh jauh pergi
hati saya tak tentu hala
nanti baca kat anak mami

:)

IJAM said...

i la yg paling last ni, ciss...
revenge...
tapi persaingan sihat takpe kan...
nasib baik takde FB...few of my friends crashing down with FB...
Blogger also...try not too carried away..huhu...
Back to Nik's pantun : best jugak pantun ni..boleh masuk raja lawak ni...
did you notice that i'm the one who first comment in ian's Tribute TT session? ehem..

Yimster said...

adoi tipah tertipu lagi oleh raja lawak

aku last!!! dapat hadiah ek?

Diket said...

The next time kau pirate any run, we'll be waiting for syair or gurindam pulak. Is there any particular syndrome or side effect from post pirate-race? Or is it from excessive pirating behaviour?

ian yusof said...

buaya ada di sungai yang tenang
kalau terjumpa jgn dok gatai nak bela
wahai kak june anak mami p. pinang
your pantun doesn't rhyme laaa

.... kihkihkih ...

RaYzeef said...

Raja Lanun Nama Diberi
Lawak Dibuat Bisa Terperi
Ramai Orang Tertipu Lagi
Penamat Entri Sudah Lari

Pergi Kedai Membeli Ikan
Ikan Dibeli Jatuh ke Simen
Juara Komen Milik Ian
Boleh Digelar Raja Komen

Raja Stokin Raja Benua
Lari Ultra Sampai Letih
Jangan Lupa RBU Semua
Ahad Nanti Kita Mengeteh

EnAikAY said...

June,
Good try.. good try.
At least it's funny.. hihi.

Ijam,
Kau pun join lumba haram? :)

Yim,
Hihi.. abang misai sudah kenaaa... :)

King Mambo,
Besok pagi LSD jadi tak?

Ian & Ray,
Ahaa.. now i have some pantun sparring partner... :)
Nice.

Unknown said...

Raja Lanun sudah ditabal
Raja Lawak masih dicari
Korang memang pandai berpantun syair tapi yang aku pelik korang nie banyak betul lah masanya berblogging nie. Takde kerje ke nak buat kat opis?

IJAM said...

curi2 masa je, esok mesti ada org pakai vest sundown kat setia eco tu...

June Malik said...

tak rhyme ke? lol ..well the jeling mana should have been jeling manja lol .. nanti2 i brush up my skills .. then u all know anak mami ni pandai pantun hahaha

Jaja Shah said...

ya ampun, baca komen korang pun dah lawak giler ni haaa

EnAikAY said...

Zaki,
Kitorang kat ofis mmg kadang2 takde keje.. tapi kalau kat library tak tau la.. hihihi.

Ijam,
Normal la tu... takkan nak pakai running vest time shopping kat Tesco pulak kan?

June,
Here's a practice for you.. buat pantun yg rangkap terakhirnya berakhir dgn perkataan 'yikes'. hehehe.

Jaja,
There's more to come.
Have u not noticed, ini bukan blog sukan lagi dah.. ini blog dah nak transform jadi pentas "artis2" weekend warriors mengembangkan bakat2 drama, pantun, syair serta lawak2 spontan.

Aksi mat ComPit pun ada (COMmentor remPIT) ahahah...