1) Training hari-hari pun tak kisah. Infact, lagi banyak training lagi terasa ‘high’.
2) Hujan ke, panas ke, tak menjadi faktor penghalang. Kalau hujan boleh training dalam gym. Kalau panas di siang hari, boleh training di waktu malam.
3) Waktu bangun pagi di hari minggu adalah lebih awal daripada waktu bangun pagi di hari kerja. Semata-mata sebab nak keluar awal untuk pergi long rides or long runs.
4) Adakalanya sanggup makan nasi putih dengan ayam rebus je, demi nak dapatkan low fat percentage supaya bertambah fit dan lean.
5) Merata alam sanggup ku jejaki untuk pergi race events.
6) Pilihan makanan dan kuantiti makanan adalah untuk replenish tenaga yang telah diguna semasa training. Sangat berdisiplin.
7) Setiap kali nak masuk race, mesti training betul-betul supaya boleh buat PB baru.
8) Kalau kena muscle cramp semasa race masih boleh senyum sambil berkata, “Aaah.. biasa la tu. Orang kata no pain no gain kan”.
9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri me-maintain berat badan.
10) Orang kata, badan sihat otak cerdas. Nak blogging pun terasa happy, idea flowing like water fall bak kata orang putih.
Bila dah tak fit dan bergelumang dengan virus MALAS…
1) Kalau boleh hari-hari tak nak training. Buat apa nak training kalau tak masuk race, kan?
2) Eish… orang kata tak elok dok kat luar time jerebu ni.. tak gitu?
3) Pagi hari minggu la yang paling tak senonoh. Kalau bukan nyaris-nyaris nak jadi subuh gajah, subuh dinasour la jawabnya… ish ish ish. Teruk betul.
4) Makan ayam rebus? Buang tebiat ke apa? KFC kan ada…
5) Merata alam sanggup ku jejaki bila ada orang ajak makan…
6) I can’t think of any other reason… semua orang makan sebab nak kenyang… kan kan kan? Mana ada sebab lain...
7) Langsung tak tau apa race event minggu depan dan minggu-minggu yang akan datang. Majlis open house raya ada la...
8) Jangankan muscle cramp, baru kena gigit nyamuk pun dah menyumpah seranah tujuh keturunan. Kesian nyamuk tu...
9) Tiap-tiap kali timbang berat badan, terasa makin menyampah.
10) Orang kata, badan pun lesu lidah pun kelu. Dah lapan kali terasa macam nak tutup terus je blog ni.
Drama betul budak EnAikAY sorang ni... kan?