My Instagram

Thursday, August 26, 2010

FB In Animal Kingdom

Some of us spend a lot of time updating our status on FB. And some of us spend more time to check and comment on their friends’ status updates. But, have you ever thought how would it be if animals also have FB?

Cicak: Tuan rumah baru beli reket elektrik. Kenduri nyamuk panggang la aku malam nih... yes!!

Nyamuk: Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang. Burp, Alhamdulillah.

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak! Besok majikan gua nak buat kenduri kesyukuran besar-besaran. Confirm gua kena sembelih ni. Mana aku nak lari ni?

Cicak: Isteriku tersepit pintu. Tak sempat mengucap. Aku kena tukar status jadi “single” lah kalau macam ni.

Kucing Betina: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

Ayam: Kawan-kawan...kalau esok aku tak update FB...bererti aku dah kena goreng....I luv u all... jangan lupa buat kenduri arwah untuk aku...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict yang gua hantam daaaa. Gua dah positif HIV AIDS ni... uwaaaaaaa. Jatuh la saham gua.

Cicak: Ekor aku putus lagi. Siot punya kucing. Sempat lagi main sergah-sergah belakang pintu. Terkejut beruk aku. Nasib baik tak koma.

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb! Seksi wa cakap lu…

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikut?

Katak: Malam ni nak buat konsert akustik unplugged lah.. Dah lama hujan tak turun ni.. Hangat oii..

Ular: Rasa mcm nk makan lauk tikus putih la malam ni..mana nk cari ek?

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap-tiap malam. Nak tido pun tak senang. Hanjeng punya orang.

Kuda: Terseliuh kaki depan. Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar. Sekarang rehat kat kandang. Recovery. Bulan depan ada race kat Balakong.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab macam siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila laki aku bergerak. Lembab mcm kura-kura

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC kat belakang kedai. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nak ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung jantan dan aku masih muda remaja laa!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah.

Tikus: Aku tengah makan mee goreng mamak kat Al Naz Maju @Precint 9 ni. Meh la join sekali. [Mobile upload].

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut.

Kucing : Petang karang tepat jam 5.00pm, aku nak buat cubaan kedua pegi curi ikan bawal kat pasar. Cubaan pagi tadi dah kantoi. Sia-sia kena terajang.

Itik serati: Hahahhaa. Lawak la ayam serama tu, ade hati jalan tersengguk-sengguk. ...nak tiru gaya aku jalan le tu.. LOL....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang-sorang dalam tangki ni. Dah la broadband lembab.

Ikan parang: Kurang asam punya manusia. Ada ke patut letak gambar profile aku kat depan bekas keropok diorang?

Ikan Jerung: Kenapa takde sorang pun nak add/approve/tag aku ni? :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Rindu la kat dia.

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah Remy, kau kawan aku yang ke 500,000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I ni? Cantik kan? Baru buat re-bonding tadi tau.

Ikan Mas Koki:Macam mana la nak kurus nie?

Don't you think this is true?

16 comments:

KOOKY KASH said...

Takde kerja ka Nik, hari ni? :)

..::EnAikAY::.. said...

Ala.. copy paste je ni.. tak sampai 15 minit pun. hihi...

tsar said...

stray dogs: weh kawan2. jom kita kacau org yg nak gi jogging pagi2 ni.

rusfarizal rusli said...

lawak..lawak... :D

shuklazim said...

Lawak gila siot....hilang ngantuk sebab tergelak

ziff71 said...

Hahahahaha, lawak. My top 3 selection:

Kucing Betina: Anak I yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.

Kuda: Terseliuh kaki depan. Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar. Sekarang rehat kat kandang. Recovery. Bulan depan ada race kat Balakong.

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

..::EnAikAY::.. said...

Zarin,
Stray dog 2: Tak nak ah. Kau gile? Sekali diorang ajak geng2 runners semua campak batu kat hidung kita.. tak pasal2 beraya kat spital kita tahun ni.

Rizal n Shuk,
Gelak tutup mulut... baru la sopan sikit. :)

Ziff,
Merry Go Slow apa khabar? sihat?

Diket said...

Memang karut tapi lawak giler. Tabik spring kat brader yang create ni. Hahaha! Thumbs up for your blog Nik! :)

Zack Yui said...

Nasib baik kita tak dapat baca blog diorang... kalau tak, tak keje laa kita baca blog menatang jer hari2...

..::EnAikAY::.. said...

Shakhir,
Semalam kau yg rasa boring, harini my turn pulak. :)

Zaki,
Kalau pokok kelapa pun tulis blog, agak2 apa dia nak citer eh?

IJAM said...

kreatif, kreatif,..terhibur sikit aku yg tengah mengantuk gila ni..

lawak ikan bilis tu dgn ikan parang tu ...mmg class, mcm mana diorang boleh fikir mcm ni ha...?

K3vski said...

Hahhah very funny, Nik. You have some talent there.

..::EnAikAY::.. said...

Ijam,
Bila dah takde citer fitness nak share, citer tak senonoh mcm ni pun jadilah...

Kevin,
Nope, this is not mine. I just used my copy-paste skills. :)

June Malik said...

adoi, sakit perut gelak .. kesian ikan jerung takde orang nak kawan dgn dia .. rasa2lah kalau cockroach, apa status dia?

gerbera said...

Haha..My brother & his wife create FB account for their 2 cats, Barney & Rico. Takde kerja punya tuan.

Status terbaru Barney : Tuan aku baru beli makanan baru bulat-bulat. Bagus utk bulu-buluku

Status Rico:
Alamak..hari ni nak kena g inject vaksin.Ada 2 jenis kutu kat badan.Gatal2..

Maybe they get the idea from this forward email.

..::EnAikAY::.. said...

Meeza,
Ahahahaa.... tuan kucing tu cuba imagine camne gamaknya hidup sebagai kucing kot... miow miow....