My Instagram

Thursday, October 23, 2008

Pancit day

Di dalam kesamaran hujan renyai-renyai semalam, aku nekad untuk pergi kayuh basikal bersama-sama geng yang biasa lah. Mungkin sebab keadaan pada masa tu seolah-olah macam hujan tak nak berhenti, tak berapa ramai geng yang turun untuk kayuh. Ada la dalam 6 7 orang je. Kalau cuaca baik bulan terang mengambang, biasanya boleh cecah berbelas-belas orang. Road bikers pun ada, mountain bikers pun ada.

Sesampainya di tempat berkumpul yang biasa, dah ada dua tiga orang yang sedang bersiap-siap. Aku pun join sekali la. Around 9pm, we made the move. Diorang ni memang bagus, bila berkayuh time malam semua orang guna blinkers (lampu merah kelip-kelip) for safety purpose.

Tak habis satu pusingan, sorang mamat ni pancit tayar belakang. Terus DNF (Do Not Finish the training).

Lepas aku dah habis buat dua pusingan, ada orang bagitau sorang lagi mamat pancit tayar. Tak tau la tayar depan ke belakang. DNF lagi sorang.

Habis buat tiga pusingan, aku retired sebab aku dah 'pancit'. Orang lain continue buat 4 atau 5 pusingan.

Sambil-sambil aku lepak tu, nampak sorang mamat berjalan kaki sambil heret basikal dia. Tayar depan dia pancit rupanya. Another DNF.

Tak sampai 3 minit lepas tu, ada sorang lagi telefon bagitau tayar depan dia pancit. Sorang mamat terus pergi rescue dia, bawak pump dan sebagainya. Very supportive.

Begitulah alkisahnya tentang hari ke'pancit'an yang berlaku semalam.

No comments: