Tuesday, October 7, 2008

10 steps to change your clutch

Di sini akan ditunjukkan beberapa basic steps untuk menukar clutch kereta anda sekiranya anda dapati tiba-tiba anda tak boleh memasukkan gear kereta anda dan menyebabkan anda tersadai di rumah tak boleh pergi kerja seperti yang saya alami semalam (hanya untuk kereta manual transmission, kereta auto aku tak tau).

Step 1: Cabut tayar kiri dan kanan. Lepas tu, cabut jugak drive shafts kiri dan kanan.

Step 2: Cabut bateri sel basah tu dulu. Kemudian, cabut beberapa cable yang bersangkutan dengan clutch sebab lepas ni kita kena keluarkan gear box. Mintak tolong sesapa yang ada dekat situ untuk membantu anda sementara anda mengambil gambar mereka.

Step 3: Oleh kerana gear box tu berat, mintak tolong dua orang yang gagah perkasa untuk menurunkan gear box tu dari bawah kereta.

Step 4: Inilah yang dinamakan clutch housing. Sila buka clutch housing ni dulu.

Step 5: Ini pula ialah clutch plate (if I'm not mistaken la) yang rosak. Kalau anda perasan, boleh nampak sebuah spring yang tersembul keluar di bahagian atas tu. Itulah yang menyebabkan clutch anda tersangkut lantas menghalang anda untuk tukar gear sebab clutch dah tak boleh berfungsi. Maka, gantilah ia dengan yang baru. Benda ni senang di dapati di mana-mana kedai spare parts.

Step 6: Jika anda dapati getah penutup drive shaft anda sudah pecah dan grease mula keluar, adalah elok jika anda terus ganti getah penutup drive shaft tu. Alang-alang dah bukak benda alah tu kan, tukar je terus.

Step 7: Pasang balik segala menda alah yang anda dah cabut dan bukak tadi. Pastikan takde skru yang terlebih atau terkurang.

Step 8: Test drive dulu kenderaan anda untuk memastikan gear dan clutch anda berfungsi dengan baik.

Step 9: Keluarkan dompet anda, dan serahkan kad kredit ataupun cash anda sejumlah lebih kurang RM400 kepada workshop tempat anda repair kereta tu sebagai menghargai usaha murni diorang tolong anda tukar clutch kereta yang rosak. Jangan lupa untuk memberi ucapan terima kasih kepada diorang.

Step 10: Cuba-cubalah senyum walaupun berat hati memikirkan camnela nak recover balik duit RM400 yang aku dah plan baik punya untuk beli road bike trainer lepas raya ni. Anyway, bersyukurlah dengan apa yang ada, betul tak?

Uwaaaa.. rosak plan aku!!!

Sekian, semoga berjaya!

2 comments:

Anonymous said...

Hahahhahaha..!!! Sakit ginjal dan hempedu haku baca entry yang ni..!!! *sambil gelak guling2

EnAikAY said...

Kalau dah peringkat sakit hempedu.. tak lama dah tu.. ehem ehem.. haha.