Friday, September 12, 2008

What a morning

5:00am
Alarm clock henpon Nokia aku berbunyi, untuk kejut aku bangun sahur la ni. Lepas off alarm tu, aku pejam mata balik. Kononnya nak sambung lagi mimpi indah barang seminit dua, sementara waktu imsak masih agak jauh. Kat Johor ni, imsak pukul 5.30am dan makanan yang aku makan untuk sahur simple je. Within 15minit dah boleh ngap semua sekali.

5:20am
Tengah syok layan mimpi ntah apa-apa, tiba-tiba aku tersedar. Tengok jam dah pukul 5.20am. "Alamak..!!". Terus loncat pegi basuh tangan, gosok gigi versi express-rakyat, then seperti seorang triathlete amatur yang ada target masa untuk finish race, begitu jugak aku pagi tadi. Target untuk habiskan se-tapau nasi + 2 ketul ayam goreng dalam masa 5 minit.

Hasilnya? Alhamdulillah, aku tak tercekik. But, I won't do it again.

6:45am
Biasanya aku akan tido balik lepas sahur dan subuh. Tapi harini rasa agak tak keruan, takleh nak lelap. So, seawal pagi aku dah berambus pegi ofis. Angkut semua beg dan barang-barang yang nak dibawa balik ke KL petang nanti masuk kereta, borak seminit dua dengan jiran sebelah rumah yang juga ex-schoolmate aku sebab kebetulan dia tengah sidai baju, then.. zoom.. pegi keje.

7:00am
Sesampainya kat ofis, aku bukak pintu ofis, pasang laptop, then aku raba poket seluar kanan, kiri, belakang. "Aiseyman, tertinggal wallet la pulaaakk". Adus, camne ni. Nak tak nak, kena gak balik rumah ambik wallet.

Zoom, back to the house.

7:30am
Security guard tengok aku masuk ofis buat kali kedua, muka dia macam berkerut. Entah apa yang dia fikir pun tak tau lah. Mungkin dia agak aku ni mental tak sihat kot di pagi-pagi Jumaat ni asyik keluar masuk ofis. Tak kisahlah.

Baru je nak masuk pintu besar ofis, "Aiseyman, camne boleh terlupa bawak badge pulak ni?" Di zaman sekarang ni, banyak pintu ofis guna access card yang juga merupakan badge pekerja kita tu. Baru aku teringat, aku letak badge kat dalam kereta masa balik ke rumah tadi. Dah jadi lumrah, aku cuma pakai badge masa kat ofis je. Masuk kereta, aku terus letak badge kat dalam glove compartment.

Maka, terpaksa la aku menapak balik ke kereta untuk ambik badge. Sesampainya kat kereta, "Alamaaak.... tayar belakang kereta aku bocor la pulaaakkk..." Punyala besar paku yang melekat kat tayar tu, baru sangat je kena agaknya. Masih berbunyi lagi angin keluar dari tayar, ppsssssss...

"Adusss, macamana nak buat ni? Nak panggil bomba tolong tukar tayar kereta aku ke, atau nak panggil ambulan (bawak aku pegi spital sebab over-stressed)?"

Nak tak nak, aku sendiri jugak yang kena tukar tayar kereta. Tak sampai 10 minit, dengan tangan yang dah hitam legam, peluh yang mula keluar sikit-sikit, selesai tugas menukar tayar. Exercise pagi-pagi.

Masuk balik ke ofis, aku terfikir "What a morning. I wonder how today will end".

1 comment:

Anonymous said...

huhuhu....aku yg baca pon tensen...ingatkan tadi masuk blog ni nak release tensen...Dugaan bulan puasa tu...Sesungguhnya termasuklah anda dlm golongan orang2 yg sabar...Amiin.