My Instagram

Wednesday, September 24, 2008

Kuuusss semangat..

"Makcik, lauk apa yang best untuk berbuka malam ni?" aku bertanya kepada makcik tukang masak kat cafe tempat aku kerja ni.

"Oh, malam ni makcik masak spesel gitu. Ada ikan goreng kicap, ada ayam goreng kicap, ada kupang goreng ala-kicap, sup sayur campur udang, bla.. bla.. bla" kata makcik tu dengan sedikit slang kejawaannya. Maklumlah, kat Johor kan ramai dari keturunan jawa.

Secara adatnya, lebih kurang begitulah cerekarama antara aku dengan makcik cafe tu hampir tiap-tiap malam di bulan Ramadhan ni. Bila keje dah banyak macam ni, aku prefer untuk berbuka puasa kat ofis je. Kebetulan cafe masih dibuka sehingga ke waktu berbuka sebab ada ramai staff lain yang buat overtime. Lepas berbuka, aku sambung kerja sikit lagi, then baru chalo balik rumah untuk berudu, eh silap.. beradu laa.

Petang tadi, ada skrip tambahan.

"Makcik, harini saya nak makan lauk ini, lauk itu, lauk itu dan itu dan ini", sambil aku menunjuk-nunjuk lauk apa yang aku nak pehalap harini. "Lepas tu, saya nak air nescafe ais gelas besar satu, pastu air mata kucing sebotol, pastu air soya bean sebotol, dengan air kosong segelas".

Aku dahaga gile harini. Mungkin sebab aku tak terbangun sahur pagi tadi, atau mungkin sebab aku banyak berpeluh dek kerja keras di lapangan (chewah). Maksudnya, aku tak banyak buat keje ofis la harini, aku masuk production floor buat labour work almost the whole day. Well, half the day lah to be slightly honest.

Tiba-tiba, makcik tu cakap yang aku ni dah nampak makin kurus.

"What? Kurus? Aku dah makin kurus? Oh my God!!!"

Cuba korang teka dalam intonasi dan perasaan yang macamanakah bila aku cakap ayat di atas tu?

A) Perasaan terkejut seolah-olah aku baru hilang 15kg dalam sekelip mata
B) Perasaan poyo sambil tersenyum kambing kat makcik cafe tu
C) Perasaan gembira dan tersenyum riang sambil mengusap-usap perut yang kononnya kurus
D) Perasaan lapar dan dahaga gile macam orang tak cukup makan

Kuusss semangat..

3 comments:

deejay said...

jgn kurus sangat
nanti aku nampak gemuk
hehe

[i] said...

e) ko gelak2 dan teringat nak letak dlm blog

jilly said...

hehe.. tp betul, u looked SO KURUSSS when I was u last time. Lupe pulak nak mention ari tu. U shud gain at least 5 more kgs!! logik tak? hehehe