My Instagram

Monday, September 22, 2008

Oh Mamak...

Ikuti satu kisah yang berlaku di malam Ahad yang lepas.

Lokasi: Sebuah restoran mamak di area Taman U, Skudai, Johor.
Waktu: Malam laa, kan dah bagitau tadi.

Mamak: Ye bos, duduk duduk. Mau makan apa bos? Minum apa mau?

Me: Apa ada?

Mamak: Semua ada bos, macam-macam ada.

Me: Tayar basikal ada? (haha, aku terbuat lawak bangang)

Mamak: Tayar basikal sudah habis la bos. (eh, dia loyar buruk dengan aku pulak)

Me: Ermm, bagi saya mee goreng mamak unne, roti canai empat segi garing unne, roti bakar unne, dengan teh tarik buih satu inci tinggi unne.

Mamak: Siapppp!!

Dialog ringkas di atas ialah apa yang berlaku malam semalam disebabkan aku nak beralih selera untuk berbuka puasa. Tiba-tiba rasa rindu kat teh tarik dengan roti canai. Sebenarnya nak pekena roti naan tandoori payat, tapi malangnya out of stock. Kecewa sungguh.

2 comments:

Shah said...

Cerita nko ni kan...membuatkan haku teringin nak makan mee goreng mamak masa berbuka nanti *slurppp..oppss..x leh imagine lelebih*

..::EnAikAY::.. said...

Kalau boleh pekena garlic naan dengan tandoori ayam panas panas yang diperah asam limau nipis laaaaaaagi masyuk.

Ayoyo, air liur sudah mau keluar wooo..