My Instagram

Monday, January 7, 2008

I’m not dead yet! (though this blog almost died)

Aku dah cuba sedaya upaya untuk melupakan password blog aku ni, tapi masih tak berjaya. Asyik teringat-ingat je kat password blog ni. Maka, harini aku terpaksa mengambil keputusan drastik untuk meng-update blog yang hanya orang-orang yang special je baca, iaitu korang.

Terima kasih kerana masih setia bersama blog yang update segan mati tak mahu ni. Terus terang, aku tak pasti berapa orang yang masih tengok blog ni. Tapi yang aku tau, setiap kali orang datang ke blog ni mesti mengharapkan ada update. At least boleh dijadikan sebagai bahan bacaan bed time stories sebelum tido. Selagi ada orang yang tengok blog ni, selagi itulah aku akan cuba update (cheh, poyo punya ayat, memalukan diri sendiri je).

Oleh itu, saya dengan sukacitanya menujukan beberapa rangkap pantun untuk anda semua sebagai tanda penghargaan yang tak terhingga.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Nak naik bot terasa mual,
Blog tak update janganlah marah,
Kalau marah nanti kena jual.

Harapkan pagar, pagar makan padi,
Harapkan enaikay (update blog), dia buat-buat tak reti.

Tindakbalas kimia berbeza-beza,
Bergantung pada jenis pemangkin,
Sedaya upaya akan ku cuba,
Update blog sekerap mungkin (poyo lagi sekali).

Okay, aku pun tak sure nak tulis apa utk update pertama di tahun 2008 ni. Kalau nak buat re-cap, memang tak daya aku nak ingat balik apa yang dah berlaku sejak hampir 3 minggu lepas. Oleh kerana itu, aku nak cuba re-cap setahun, 2007 (ntah apa-apa). Ramai blogger yang buat review pasal kejadian-kejadian sepanjang tahun lepas. So, supaya orang tak cakap aku ketinggalan zaman, aku pun nak buat benda yang sama jugak.

January, 2007
Setahun yang lepas, aku masih bekerja kat company lama, sebuah multi-national company dari negara matahari terbit. 6 tahun lebih aku memeras ugut, eh silap, aku memerah tenaga membanting tulang mencari rezeki dengan bekerja sebagai macai. Pada waktu ni, aku dah sedar aku tak patut duduk lama kat sini. Maka, aku dah mula memandai-mandai menghantar resume kat company lain dengan harapan boleh jadi macai kat tempat lain pulak.

Alhamdulillah, lepas dah hantar lebih kurang 20 resume, ada satu company panggil untuk interview (company tempat aku keje sekarang ni la). Untuk pergi first round interview, aku terpaksa bohong sunat kat bos aku dengan mengatakan aku ada urusan bank kat KL. Inilah interview kedua dalam seumur hidup aku.

I survived the first round interview, dan diorang pulak yang berkobar-kobar nak panggil aku untuk second round interview. Dua minggu lepas tu, aku pergi second round interview. Everything went well, dan diorang suruh aku tunggu diorang call untuk tahu jawapan muktamad.

February, 2007
Sejak sibuk menghantar banyak resume untuk cari kerja, aku dah ada tabiat baru – check email setiap setengah jam. Manalah tau, kot-kot ada lagi company lain yang panggil interview. Aku dah takde hati nak keje kat company Jepun tu. Rasa amat terdesak untuk cari keje kat tempat lain.

Tunggu punya tunggu, akhirnya pada pertengahan bulan, aku diberitahu aku diterima bekerja kat company yang panggil aku interview haritu. Sejurus selepas mendapat panggilan dari company baru tu, aku terus hantar surat letak jawatan. It was a big havoc kat department tempat aku keje tu, sebab kawan-kawan ofis dan bos-bos aku semua tak sangka bila dapat tau aku nak berambus dari tempat tu. One month from then, aku akan melangkah keluar dan takkan masuk ke kilang Jepun tu lagi dah.

March, 2007
Pada hari terakhir aku kat company lama, aku di suruh buat ucapan ringkas untuk department engineering aku je la. Ucapan perpisahan la kononnya. Aku tak sangka, sebak rasa di dada untuk mengucapkan selamat tinggal kat diorang (uwekkkk… nak muntah!!). Walaupun bagitu, ucapan perpisahan yang poyo itu berjaya menyebabkan beberapa orang termenangis secara tak sengaja. Aku pun terpaksa berucap slow-slow sambil kontrol macho, sebab aku pun rasa sebak time tu.

Menjejak kaki ke company baru, banyak perubahan dalam hidup aku bermula. It was exciting though. At least, takde la boring sangat.

April, 2007
April fool!!! Aku tak banyak ingat apa yang berlaku dalam bulan ni, cuma banyak kena pegi training kat Kemaman, dan sibuk menguruskan hal ehwal untuk datang work training kat US. Gedebuk gedebak, kejap je dah habis bulan April.

May, 2007
Pertama kali aku travel naik flight for more than 30 hours from KLIA to Los Angelas. Ya ampun, tak laratnye. Punyalah lama duduk dalam kapalterbang, terus sakit pinggang sampai tak larat nak mengorat pramugari-pramugari MAS tu. Rugi, rugi.

Seminggu dua dok kat Duncan, Oklahoma (tempat training), aku dah rasa bosan yang amat. Maka, tercetus idea untuk aku mula berjinak-jinak dengan hobby baru yang aku ciplak dari hobby seorang kawan kat Malaysia – triathlon.

Bukan senang rupanya nak start sukan endurance ni, especially sebab aku start from ground zero balik. Takde stamina langsung. Sukan endurance macam triathlon ni tak sama dengan sukan-sukan dalam gelanggang yang aku biasa main dulu zaman muda remaja. Ketiga-tiga acara dalam triathlon iaitu swimming, bike and run, aku tak pernah buat dulu. Kalau setakat berenang katak, naik basikal BMX masa zaman belum bersunat dulu dan berlari-lari masa berebut kat kantin sekolah dulu pernah la. Tapi, untuk buat ketiga-tiga acara ni untuk jangka masa yang panjang memerlukan latihan bertubi-tubi, kekuatan fizikal dan mental.

Bak kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Sebab lain kenapa aku bersukan semula ialah untuk menjaga kesihatan. Kolesterol aku tinggi, dan aku tak nak mati disebabkan serangan sakit jantung. So, aku fikir kalau aku start bersukan secara aktif ni sedikit sebanyak aku boleh kuatkan otot jantung aku dan juga mengurakan kolesterol.

Satu lagi sebab ialah aku nak buktikan bahawa lelaki yang dah berkahwin dan dah ada anak tak semestinya jadi B.O.R.O.I.

June, 2007
I don’t know what happened during this month. Very routine I guess. Keje, makan, sukan, makan, tido, makan. Eh, banyaknya aku makan.

July, 2007
All the while, aku dapat ilham dan motivasi dan semangat untuk start sukan triathlon ni daripada blog kawan-kawan la. Nampak macam seronok je tengok diorang dok training tiap-tiap minggu. Then, bila diorang dah pegi race samada race marathon ke, half-marathon ke, 5k run ke, 10k run ke, sprint distance triathlon ke, duathlon ke, half ironman triathlon ke, diorang akan update blog dengan gambar-gambar dan cerita-cerita pasal kejayaan masing-masing.

Tiba-tiba, tangan aku jadi gatal dan aku pun start buat blog sendiri. Tertubuhnya enaikay blogspot dotcom ni pada awalnya sekadar untuk mengisi masa lapang di waktu malam yang sunyi, sambil-sambil nak buat online diary pasal aku punya personal training in triathlon la.

At that time, I would say blog and triathlon training complement each other. Maksud aku, kalau aku takde mood untuk update blog, aku akan pegi gym untuk training atau pegi cycling supaya aku ada modal untuk update blog. Dan bila aku malas nak pegi training, aku akan pegi training jugak supaya aku ada benda untuk aku ceritakan kat blog.

Pada waktu ni, aku cuma aktif berbasikal je. Ada basikal pinjam, aku belasah je la kayuh almost everyday. Berenang dan berlari aku tak buat sangat.

August, 2007
Untuk test power, aku masuk fun ride 47km semasa The Dehydrator, Duncan. Memang best rupanya masuk race atau fun ride macam ni. Boleh berkayuh beramai-ramai. Walaupun pada awalnya aku tak yakin aku boleh kayuh sejauh 43km, tapi akhirnya berjaya jugak. More stories here and here.

Tak lama lepas tu, aku try kayuh lebih jauh. Aku join dengan frequent rider yang selalu buat weekly long distance cycling. For my first and only (as at this moment) longest ride was a good 100km. Kisah selanjutnya boleh dibaca di sini.

Lepas je buat 100km tu, aku seolah-olah terus berhenti buat outdoor sport ni, sebab musim panas kat sini terlalu panas. Pernah sekali suhu kat sini cecah 38 atau 39 celcius. Maka, bermulalah penurunan aktiviti sukan aku.

September, 2007
Pada pertengahan bulan, ngam-ngam hari kedua Ramadhan aku balik Malaysia. Boss suruh balik sekejap, sebab ada urusan. Ofis baru aku ialah kat Johor, maka tiap-tiap minggu terpaksalah aku drive naik turun Johor-KL untuk jumpa ahli keluarga.

Keje kat ofis baru pun boleh tahan sibuknya. Diorang baru nak start operasi, so banyak benda-benda baru yang nak kena selesaikan. Menarik, tapi memenatkan.

Sebab tu la sepanjang tempoh kat Johor ni aku tak update blog sangat. Alasan kukuh! Hehe.

October, 2007
Selamat Hari Raya AidilFitri! Alhamdulillah, aku boleh sambut hari raya bersama isteri dan anak, dan aku sempat balik kampung untuk jumpa mak ayah aku.

Ada perkara sedih time ni, on the way aku nak balik ke Kota Bharu dari Alor Setar, aku accident. Ayah aku harap sangat aku sempat sampai KB sebelum waktu makan malam, sebab semua ahli keluar dah ada kat KB. Tengahari tu aku accident, dan terpaksa pegi balai polis untuk buat report dan sebagainya. Kereta aku agak teruk jugak, bonet kemek, bumper depan pecah, bonet tepi belah kanan pun pecah, lampu kanan pun pecah. Cuma, nasib baik enjin dan brek dan radiator masih ok.

Bila dah selesai urusan kat balai polis kat Kota Setar tu, jam menunjukkan pukul 3pm. Aku congak-congak dalam kepala, aku perlu lebih kurang 6 jam untuk drive dari Alor Setar ke Kota Bharu. Dalam keadaan tak pasti samada lampu kereta aku masih mampu menyala ke tak, aku teruskan jugak perjalanan ke Kota Bharu dalam keadaan hari yang semakin gelap.

Bila sampai kat pekan Grik, waktu dah hampir Maghrib. Aku nyalakan lampu kereta, rupa-rupanya lampu besar tak nyala. Ya Allah, boleh ke tak aku nak drive dalam hutan gelap gelita ni. Nak je aku cari mana-mana hotel kecik kat Gerik tu untuk bermalam dan sambung perjalanan keesokan pagi. Tapi, aku tak nak kecewakan hasrat ayah aku yang dok tunggu kitorang untuk makan malam bersama-sama.

Aku baca apa-apa doa yang patut, then aku bawak jugak kereta dalam keadaan gelap gelita tu. Apa yang aku boleh buat ialah follow kereta kat depan. Sebab kalau kereta aku sorang-sorang je, memang aku tak nampak apa kat depan. Kalau kereta depan laju, laju lah aku kena follow. Kalau kereta depan terlalu slow, aku akan potong dan kejar mana-mana kereta kat depan (kalau ada). Tapi, nasib baik ada la. Sekali dua pernah jugak aku bawak selaju 120km/h dalam keadaan takde lampu tu sebab nak kejar kereta kat depan.

Sampai kat KB, dah pukul 10.30pm. Semua ahli keluarga kat KB keluar untuk tengok keadaan kereta aku tu. Diorang macam tak percaya aku masih boleh sampai KB malam tu, sebab lampu dah takde.

Yang aku terharu ialah, diorang semua tak makan malam lagi walaupun dah pukul 10.30pm, semata-mata sebab nak tunggu aku sampai KB. Dalam keadaan yang penat, aku cepat-cepat tolong diorang hidang makanan, dan makan bersama-sama. Semasa makan, aku menangis dalam hati sebab terharu ayah aku sanggup tunggu kitorang sampai KB walaupun dah lewat. Aku tau, benda yang paling ayah aku suka ialah makan bersama anak-anak cucu dia. Dan, hanya malam itu ajelah kitorang berpeluang untuk berkumpul seluruh ahli keluarga secara lengkap (nobody’s missing), sebab pagi besoknya kakak aku dan adik aku akan balik ke tempat diorang bekerja.

Seminggu sebelum Oktober tamat, aku terbang semula ke US untuk sambung training.

November, 2007
Setibanya di US, aku aktif berlatih sukan triathlon balik. Aku beli sepasang running shoes, dan goggles baru. Basikal dah takde, dah pulangkan kepada tuan dia dah. Lagipun, cuaca semakin sejuk dan aku tak larat nak berkayuh basikal dalam cuaca sejuk. So, aku kerap berlari kat gym dan jugak berenang.

Nak start running balik bukan senang. Tapi, dalam susah payah tu, I increased my running and swimming mileage little by little.

Paling jauh aku mampu lari buat masa ni ialah 2 atau 3km aje, kat atas treadmill. Dan paling jauh aku boleh berenang cuma beberapa ratus meter je. Paling banyak pun 300m kot.

December, 2007
Aku tau sukan endurance ni perlukan training yang berterusan. Tanpa putus asa, aku teruskan jugak berlari dan berenang sekerap yang aku boleh. Di penghujung bulan ni, aku dah boleh lari 5km dalam masa lebih kurang 30minit, dan dah boleh berenang 500m dalam masa 15minit. Pernah sekali aku berjaya berenang sejauh 1000m, slow and steady dalam masa lebih kurang 28minit.

January, 2008
Pada 1 January yang lepas, aku pecahkan rekod peribadi aku. Aku berjaya lari 9.3km dalam masa 57minit (on the road, not on treadmill). Lebih seronok sebenarnya untuk berlari on the road, cuma kena tengok keadaan cuaca la. Kalau sejuk sangat tu, tak elok gak buat outdoor sports ni.

Sekarang ni, aku berada di Dallas untuk work training selama 2 minggu. Not sure yet how is it going to be with my sports training. I hope I can still do some running while I’m here. Tengok keadaan lah.

Ya ampun, dah 3 muka surat aku mengarang update blog kali ni. (Biasanya aku tulis guna Word dulu secara offline, then baru copy paste kat blog. Malas nak online lama-lama).

Semoga korang puas hati dan gumbira dapat baca update blog re-cap of 2007 yang panjang lebar ni. Tahun depan pulak aku update ye! Muahahahahaha.

4 comments:

fajar said...

tu dia! sekali dia update, punya la berjela. nasib la masuk dlm kategori sedap juga dibaca. hehehe.

best apa ni. idea tu ada kan. cuma malas je. hahah

Anonymous said...

Keji giler nak apdet tawun depan... hehehehe...

bola2api said...

"Satu lagi sebab ialah aku nak buktikan bahawa lelaki yang dah berkahwin dan dah ada anak tak semestinya jadi B.O.R.O.I."

hahahah.. aku pulak, aku nak buktikan bahawa isteri and mak orang tak semestinya gemok!

all the best to both of us in our quest!

Anonymous said...

wah wah wah.....kalu buat karangan BM masa SPM, kepanjangan dia mmg boleh lepas tapi bab2 nahu mmg hancus, tapi pe2 hal pun, mmg enjoy baca hg nyer citer...yg oct 07 tu touching abis - defina