Sunday, January 20, 2008

Greetings from LAX!

Tamat sudah dua minggu work training kat Dallas. Banyak benda baru yang aku belajar. Dalam masa yang sama, aku berjumpa dengan kawan baru. Yang paling menarik, aku berkenalan dengan seorang manusia yang mempunyai sifat dan perangai yang sama sebijik dengan aku. Seolah-olah aku tengok diri sendiri di dalam tubuh badan orang lain. Weird, but interesting.

Sepanjang dua minggu kat Dallas ni, jauh jugak kitorang merantau especially merantau untuk bertukar-tukar restoran halal yang ada kat sini. Dan semalam pulak, sempat pegi tengok wayang bersaiz gergasi. Memang besar sungguh panggung wayang tu. Berbaloi la dengan harga tiket yang mencecah USD10.00. Worth every single dollar.

At this very moment, aku sedang merempat kat Los Angeles Tom Bradley International Airport. Ada lagi sejam dua sebelum kaunter check-in dibuka, dan selepas 2 jam check-in nanti baru la boleh boarding masuk kapal terbang. From LA aku terbang ke Taipei dulu which will takes about 18hours of flying. Lepas transit kat Taipei selama 1.5hours, baru la terbang pulak selama 4.5hours untuk sampai KLIA. Teramatlah boring sebab kali ni aku kena travel sorang-sorang je. Member sorang lagi terpaksa sambung training kat sini.

Nasib baik jugak kat airport ni ada internet, boleh la aku conteng-conteng sikit untuk blog entry kali ni. Lepas ni tak tau la bila pulak aku nak update blog. Once aku dah start keje kat Johor nanti, aku sendiri pun akan terkejut kalau aku ada masa untuk update blog. I surely will be very busy. No promise, anyway I will try my best to update.

Just want to share some photos with you all. Tapi, gambar ni ialah gambar masa aku balik Malaysia bulan September 2007 lepas.

Ni gambar masa mula-mula sampai kat airport.

Ni la rupa keadaan orang yang sedang kebosanan tapi masih sempat kontrol macho.

Yang ni pulak rupa bentuk manusia yang sedang kebosanan tapi tak sempat nak kontrol macho.

Kali ni, aku balik ke Malaysia sekejap je. Selepas sebulan berada kat Malaysia, aku kena datang ke US balik. Sambung training sikit lagi. Final episode!

To Siti n Zack, if you are reading this blog, thanks guys. I enjoyed knowing both of you. Keep in touch!

Oklah, aku dah nak log-off. Nak pegi check-in dulu. It's about time to begin my long hours jurney. Doakan keselamatanku!

1 comment:

niefeng said...

dah balik mesia ke nik???