My Instagram

Tuesday, January 15, 2008

Dallas, oh Dallas

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri,
Hidup di Dallas makan tak ingat orang,
Hinggakan perut boroi sendiri.

Seminggu yang lepas, aku datang ke Dallas untuk work training selama dua minggu. Negeri Dallas ni agak hebat, banyak bangunan-bangunan tinggi. Takde dah kuda atau lembu macam kat Duncan dulu. Jalanraya agak sesak, terutama masa peak hours. Just like home (KL).

Hari pertama sampai ke Dallas, takde la excited sangat. Gitu-gitu je la. Ronda-ronda cari tempat makan. Untungnya kat sini, kat bandar besar macam ni ada banyak kedai-kedai halal. Agak senang nak cari makan. Bukak je internet, berduyun-duyun kedai makanan halal boleh jumpa.

Untuk menyenangkan pemahaman korang, aku nak cuba senaraikan apa makanan-makanan yang aku dah belasah sepanjang seminggu yang lepas.

Sabtu
Lunch – nasi beriani ayam tanpa tulang
Dinner – aku makan crayfish malam ni. Not bad la, rasa dia macam udang, rupa dia macam baby udang galah. (Ada orang company belanja maa, rezeki jangan ditolak)

Ahad
Breakfast – makan kat hotel je
Lunch – buffet Iranian food (2 pinggan aje aku makan, tak banyak) Dinner – tak makan malam, sebab lunch tadi lewat at 4pm. (nak jimat duit sikit)

Isnin
Breakfast – macam biasa, kat hotel je
Lunch – makan mashed potato kat café office
Dinner – aku jumpa dua orang rakan baru yang kebetulan stay kat hotel yang sama. Dua rakyat Malaysia yang baru sampai dari Miri. So, aku ajak diorang ke majlis makan malam besar-besaran kat sebuah restoran halal. Kalau tak silap, kitorang pegi makan buffet Mediterranean food lagi. Lepas makan, sendiri bayar.

Selasa
Breakfast – macam biasa lah.
Lunch – aku dah lupa. Tapi makan sempoi-sempoi aje la kat café ofis. Tak padan dengan sempoi, harga mahal gile.
Dinner – aku bawak diorang pegi makan malam at another halal restaurant. Aku makan chicken roll, lebih kurang macam kebab ayam la, tapi besar sikit.

Rabu
Malas nak cerita pasal breakfast, korang paham-paham sendiri jelah. Penat nak ulang cerita banyak-banyak kali.
Lunch – aku keluar lunch dengan budak-budak Miri tu, makan kat Japanese restaurant. Seafood je la yang boleh makan.
Dinner – kitorang pegi makan teriyaki chicken with rice, pun kat kedai halal jugak. Siap ada discount $0.50 sebab kedai tu baru bukak.

Khamis
Lunch – aku dah lupa aku makan apa. Tapi yang pasti, aku makan sesuatu yang mengenyangkan la.
Dinner – harini kitorang jumpa satu lagi restoran halal. Aku makan chicken beriani lagi sekali.

Jumaat
Lunch – alahai, tak ingat la pulak apa aku makan harini. Aku patut ambik gambar la lain kali, baru senang ingat apa aku makan.
Dinner – aku dah kehabisan modal. Dah tak tau nak pegi makan kat mana. At last, pegi makan kat kedai semalam. Tapi kali ni aku makan chicken leg tika. Lebih kurang macam tandoori chicken served with nan, tapi rasanya lebih sedap dan menawan kalbu.

Sabtu
Lunch – kitorang pegi shopping sakan kat outlet mall. So, dekat kol 3pm baru rasa macam kebuluran. Cepat-cepat aku drive pegi restoran yang kitorang pegi dinner on Tuesday night. Aku belasah sepinggan chicken beriani lagi.
Dinner – malam tu kitorang pegi keluar tengok wayang. Lepas wayang, pegi makan kat IHOP. Konon-kononya macam pegi supper la. Aku makan fries with cheese sandwich aje, kids meal. Itu pun macam susah nak telan semua. Untuk makluman, restoran kat US ni food portion dia amatlah besar. Sungguh dahsyat nafsu makan diorang kat US ni. Nafsu makan aku kecik sikit je daripada nafsu makan diorang.

Ahad
Lunch – kitorang pegi lunch kat sebuah restoran yang bernama Genghis Grill. Kat sini sempoi gile. Dia bagi kita sebijik mangkuk, then kita boleh pilih macam-macam benda yang mentah untuk diorang masakkan untuk kita. Kita boleh pilih macam-macam seafood, then pilih sayur kalau nak, then kita ambik perencah-perencah yang kita nak guna untuk masak. Lepas tu, kita bagi semua ramuan tu kat tukang masak then dia akan grill kan semua sekali mengikut bahan-bahan yang kita bagi kat dia. So, kalau tak sedap, salahkan diri sendiri lah ye.
Dinner – oleh kerana lunch dah makan banyak sangat macam orang tak ingat dunia, malam dah tak larat nak makan. Tapi, kitorang tetap keluar untuk lepak-lepak dan borak-borak kat Starbucks.

Isnin (harini)
Lunch – aku keluar lunch kat Japanese restaurant lagi sekali.
Dinner – ni aku baru balik dari sebuah halal restaurant yang aku baru jumpa. Aku makan chicken sandwich sebesar lengan aku ni haa. Ada sorang budak dari Miri tu tak habis makan, so aku dengan penuh rasa berbesar perut tolong habiskan chicken sandwich dia.

Aku ada masa lagi seminggu kat Dallas ni, tak tau la apa lagi yang bakal aku makan untuk malam-malam berikutnya. Bila balik Malaysia nanti kalau ada sapa-sapa ternampak aku terlebih boroi daripada biasa, jangan salahkan aku, tapi salahkan Dallas.

Sekian, aku dah kenyang. Aku nak tido.

4 comments:

Anonymous said...

Makan,makan,makan..pastu tido...makan,makan then tido..mau tak boroissss... ahhahahhahaha... Fitness routine amacam beb? Sudah ke laut kaa?? Kekekeke...

Anonymous said...

ya Rabbi, hg ni makan ke melantak nik?

nnt, bukan jer perut, muka pn cam belon.... :P -defina

..::EnAikAY::.. said...

Anonymous, my fitness routing sedang berehat. Nanti akan ada Fitness - The Return! hehe

Defina,
Bukan ke lebih comel kalau muka jadi bulat macam belon?

Anonymous said...

Fitness the Return eh? Ala2 pilem laks..ahaks... BTW, bulat macam Doraemon la best..lagi cute! Hehehe...