Friday, December 3, 2010

Gambatte SCSM Runners!

Oleh kerana hormon pantun saya hari ini sangat tinggi menchanak, terpaksalah saya kumandangkan beberapa rangkap pantun merapu moden untuk tatapan rakan-rakan yang akan berjuang di tanah seberang Selat Tebrau pada hari Ahad ini.

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Training dah sudah prepare pun sudah,
Waktu berjuang tiba masanya.

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Flight dan hotel sudah dibayar,
Jangan lah sampai tak jadi pergi.

Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Mulakan langkah satu persatu,
Berhenti halfway dibuat jangan.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Korang semua pelari tegar,
Apa nak takut apa nak heran.

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Pelari dah ramai bersesak-sesak,
Yang penting jaga keselamatan.

Modal berpantun dah makin kurang,
Otak dah beku idea dah tiada,
Good Luck All The Best kepada korang,
Semoga berjaya di Singapore sana.

P/s: Oh ye, pesanan penaja sikit. Adalah dengan ini ingin dimaklumkan bahawa EnAikAY tak masuk acara marathon kat SCSM tahun ni ye. Jangan percaya kepada dakyah-dakyah yang disebar oleh parti "Lambung Sakan" tu. Sekian, terima kasih. Hehehe.

18 comments:

Yimster said...

Chewah ... mood berpantun lak. Timakasich Inche Nik bebanyak! Bagus tu killing time and not killing self hahaha

EnAikAY said...

Enjoy your sub-4 kat SCSM Yim!
Abang misai boleh!

June Malik said...

hahah, sure made my morning :) salute u and ur pantun laa .. wish i am that creative .. i pun sibuk nak packing today ha ha, good luck to all RBU's , see u all there

EnAikAY said...

Juney,
It depends on the hormone level la... hihi

Ms Road Runner said...

hehehe... pandai abang nik berpantun pada pagi ni.. ;P thanks for this! definitely made my morning! :)

EnAikAY said...

Woops.. please don't call me abang nik lah.. terasa geli bulu ketiak i... hehehehe.
Anyway, all the best in Singapore Nana. Do your best, and come back with a wonderful race (or jalan2) report ok.
Have fun!

Diket said...

Saya beli pantun tuan:

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..nak pi adidas warehouse :D

Permatang rimba bersuluh terang,
Ranting bersilang taut pegaga,
Dagang hamba jauh di seberang,
Membanting tulang buat keluarga...balik kampung rindu masakan ibu daaa :D

Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari lorong mak nyah;
Terima kasih wahai King Lanun,
Kalau tuan ada lagi la meriah...kan kan kan?

EnAikAY said...

Wah, tersergam indah aura remaja purba di situ, walaupun ada bau2 macam copy paste from Google. hihi.
Ok, saya jual balik, harga diskaun ni.

Kacang melilit si kayu jati,
Terlilit rapi di celah dahan,
Sudah ku tahu hajatmu tadi,
Shopping dulu marathon kemudian.

Dagang tuan jauh di seberang,
Dagang hamba mengkuang layu,
Ke kampung halaman tuan berdagang,
Rindu nak tido celah ketiak mak la tuuu....

ok.. last one, sementara stock masih ada.

Seri Andalas indah berseri,
Tempat Haza berlatih berentap,
Bukannya sengaja tak nak pergi,
It's ok lah, wa nak rehat sekejap.

Diket said...

OK aku tak nak beli dah. Bro, solat kat mana? Boleh lunch sama?

EnAikAY said...

Kau dah sampai JB ke?
Kalau kau nak belanja aku lunch, kita pegi lunch kat Hotel Thistle jelah.
Air kosong kat situ sedap...

Anonymous said...

ok, my turn..

tan tan tan
tun tun tun
tin tin tin
ten ten ten

all d best for SCSM to all my friends !


hihihih,
-Julie-

EnAikAY said...

Aik, ini pantun zaman mana lak ni? Hihihi.

Diket said...

Rasanya tu sajak Pian Habib.

EnAikAY said...

Bukan lagu M.Nasir ke tu?

Khadeeja Shah said...

Mmg boleh jadi mantra la pantun nihh....nice!

RaYzeef said...

Eh Nik, bukan ko beli bib Ian ke?

Jumpa di Kota Singa yer :)

Deo said...

good luck bro

IJAM said...

oi tidur oi....