My Instagram

Friday, December 10, 2010

Apa Khabar Ku?

Alhamdulillah diriku sihat,
Walaupun perut dah makin bulat,
Keje kat ofis berlipat-lipat,
Nak makan pun rasa dah macam tak sempat,
Nak baca blog dah rasa tak larat,
Nak tulis blog sendiri lagilah penat,
Tak lama lagi password pun tak ingat.

Tapi apa boleh buat,
Di dunia ini begitulah adat,
Sekejap lapang sekejap terjerat,
Bila senang bolehlah berehat,
Bila dah busy nafas pun tersekat,
Syukurlah badanku masih sihat,
Akal pun masih berputar ligat.

Walaupun cuma sekadar sekerat,
Cerita dah basi story dah berkarat,
Inilah aje yang aku larat,
Kepada korang masih ku ingat,
Pembaca setia dan juga peminat,
Waktu rehat ku dah hampir tamat,
Di sinilah aje yang aku sempat,
Semoga bertemu di lain tempat.

Oh, I miss group running so much...

20 comments:

KOOKY KASH said...

nice.

Diket said...

Label "killing time" tak boleh apply sebab tak relevant dengan pantun/sajak kau yg terjerat. Anyway, keep on posting bro. kalau pantun 6 rangkap tak dapat, 2 rangkap pun takpe.

p/s. 2011 ada IM la! ngeh ngeh ngeh

amsyah said...

cakpong cakpong...

gerbera said...

Ini versi tak sempat, kalo versi sempat tak tau la berapa panjang .

..::EnAikAY::.. said...

Thanks Kash.
R u still up for long runs during weekends? Lama dah tak lari dgn u.

Shakhir,
Ini bukan sajak daa.. ini acapella.

Syah,
Good luck for biathlon eh?

Meeza,
Versi "Tak-Ada" pun i boleh buat... Hihihi

Zack Yui said...

Boleh tulis berkajang tu, kira ok laa tu bro.. dah, gi sambung buat keja! :P

IJAM said...

woi apa ni, mcm main tipu dlm industri blog je ni...
tapi takpe, asalkan ada idea...

June Malik said...

hahaah i loike,miss u bro :) kami tak lupa, jauh di pena dihati tetap setia :)

..::EnAikAY::.. said...

Zaki,
Don't let me start with all those pantun like...

kajang pak malau kajang berlipat,
makan satay kajang mmg terangkat!!

Ijam,
Ini bukan tipu.. ini putar alam namanya.

Juney,
Hihihi... (dunno what to say)

Izrin said...
This comment has been removed by the author.
Izrin said...

wah, masa break pon can come out with such poem. nice.. :)

Julin Julai said...

macamana perut mkin bulat tapi makan tak sempat..aii? masuk cacing ke?

..::EnAikAY::.. said...

Izrin,
Oo... adakah ini yg dinamakan poem?
Saya ingatkan syair daaa...

Julin,
Time keje je tak sempat makan, tapi time malam2.. biasanya ter-overdose nasi goreng kampung jugak.

Fong said...

nice pic =) kat mane yek?? hehe..

jiha-run-for-life said...

sama la kite..kat Impian mas pun batang hidung ko dah x nmpak yek..hehe

missjewelz said...

begitu puitis....!

missjewelz said...

jiha : kat mana la batang idong nik nampak yekk....hahaha..

..::EnAikAY::.. said...

Fong,
Hehe.. buat-buat tanya pulak.

Jiha,
Kat impian mas training time malam yang gelap, mmg la tak nampak batang hidung.

Julie,
Dulu ada niat nak masuk kelas sastera, tapi kena tendang masuk kelas aliran sains. Itu la pasal.... hihi

jiha-run-for-life said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

me too....-Day O