Di pagi Jumaat nan indah berseri,
Cuaca mendung nyaman terasa,
Hormon pantunku tetiba tinggi,
Mari tengok apa hasilnya.
Anak haruan anak keli,
Berenang bersama bersuka ria,
Akibat dah lama sangat tak lari,
Maka side stitch datang menjelma.
Nasi lemak ayam berempah,
Dimakan bersama sambal berlada,
Pabila side stitch dah makin parah,
Mula lah gelabah tak tentu hala.
Mata terpejam mulut ternganga,
Melayan cerita movie yang horror,
Stretching dah buat tak hilang juga,
Nampak sangat aku tak terer.
Poco-poco ramai yang tengok,
Di KLCC Park they “move-it move-it”,
Bila dah side stitch lari pun tak syok,
Muka pun kelat menahan sakit.
Selalu bersukan banyak faedahnya,
Badan pun sihat otak pun cerdas,
Nak hilangkan side stitch senang caranya,
Traininglah selalu janganlah malas (macam saya!).
Ikan siakap goreng bercili,
Tomyam udang ‘terbaek’ juga,
Cukuplah dulu sampai di sini,
Hormon dah turun ke paras biasa.
Dengan kata lain… dah takde idea nak pantun la ni.
Have a nice weekend y’all!!
9 comments:
Ada orang terlepas kandang ka?
Tu dia aih! Warmup pun dah 7 rangkap + 3 kat blog aku. Dah sama panjang dengan teks khutbah sat lagi. Kau tak try buat side-step kat poco-poco? Sure hilang side-stitch tu :]
Syah,
Lebih baik terlepas kandang daripada terlepas spital bahagia...
Shakhir,
Kalau lagu step-by-step aku hafal la.. lagu faveret masa zaman Budak Baru Di Atas Tembok (NKOTB) dolu-dolu.
Lol .. Ada humph .. I nak reply satu line pun tak jadi ,
Juney,
Kalau satu line mmg tak jadi pantun... jadi FB status je...
keje oi...MC ka?
best pantun ni..mcm pantun org kecewa..
Satu line : hari ini balik jb :0(
Ijam,
Ini bukan kuciwa.. ini pasrah... hehe
Juney,
How's JB nowadays?
Jb? Apa tu?? Lol .. Sigh
Post a Comment