My Instagram

Wednesday, October 21, 2009

Off-Season-ing

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Saya memang dah lama tak lari,
Terasa fitness dah makin kurang.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh carboloading memang saya laju!!

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Baru 10km dah rasa mengah,
Kalau 20km lupakan aje!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Bila nak training saya cakap “malas lar”,
Bila nak race saya cakap “ini boleh mati!”

Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Badan dah rasa letih dan lesu,
Tak turun training, nah rasakan!

Buah cempedak di tepi tebing,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak dah malas nak training,
“Off-season mode” dijadikan alasan.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke Langkawi..
Alang-alang terus buat Ironman.

[Hahaha.. tingginya angan-anganku]

Tee Dough Lar Ghee Sir Darp

16 comments:

Anonymous said...

nasib ada banatal2 to cover wahai cik Nik ehe~

..::EnAikAY::.. said...

Anony: Ini 'sopan' mode punya gaya tido. Mode tido kurang sopan pun ada, tapi takleh letak gambar kat blog la.. bahaya danger zone woooo!! Hihhihi.

missjewelz said...

2 , 3 kucing berlari , mana nak sama si kucing belang..2,3 orang tak training, mana nak sama ngan cik nik sorang... huhuh..selamat beristirehat encik nik.byk lagi boleh dibuat utk jaga ur fitness level..many many ways..tak seemestinya kena lari, kayuh beskal dan swim hari.... apa yg many many way tuh? lu pkie la sendiri !!! -nabilzz raja lawakzzzz-

..::EnAikAY::.. said...

MJ,
Hahaha.. sebab tu la kena tido.. baru seronok nak pikir (atau training) dalam mimpi.

amsyah said...

fuh... memang best lah pantun demo... tapi demo power... terus berdesup je...

..::EnAikAY::.. said...

Syah,
Mana ada berdesup, itu cuma ilusi optik semata2. :)

Diket said...

Hahaha...punya la penat karang pantun sampai terlolap! Kalau badan kata rehat, rehat lah kita. Cool bro. Sometimes kita perlu masa utk muhasabah diri :)

..::EnAikAY::.. said...

Diket,
I think my #1 most favorite hobby of all is SLEEP!!! hehehe.

Anonymous said...

Tinggi2 burung kelicap,
Terbang jauh hingga ke teluk,
Bab tidur memang la sedap,
Lebih2 lagi bila ada bantal peluk,

p/s: peluk wife lg Sir Dharp. ;D

-ShahM-

..::EnAikAY::.. said...

ShahM,
Wah wah wah.. berbalas tembakan nampak!

Berenang di laut berlari di darat,
Training triathlon rasa terhibur,
Waktu penat kita rehat,
Waktu mengantuk kita tidur.

Ada lagi.. ada lagi..

Kalau tuan terer dan handal,
Cubalah lari beratus batu,
Bila nak blogging dah takde modal,
Mulalah saya kuat merapu.

Hahahaha...

K3vski said...

Hahhahah, awesome stuff! You're quite the poet. I shall not contribute with my very rusty BM!

..::EnAikAY::.. said...

Kevin,
Never try, never know.
Just like triathlon.. right? Hihihi.

shuklazim said...

2, 3 kucing berlari
manakan sama sikucing belang
kalau nak masuk ironman hajat dihati
rasanya dah kena start training dari sekarang

dah register belom?

..::EnAikAY::.. said...

Wah, Shuklazim pun boleh tahan jugak ye..
Ok, ok... mari kita berbalas2 tembakan lagi.

Kucing berlari terjatuh pula,
Tikus di tepi tergelak ketawa,
Hajat di hati memanglah ada,
Cuma belum tiba masanya.

Ada lagi.. ada lagi...

Dua tiga itik berenang,
Mana nak sama si itik serati,
Nak jadi Ironman bukanlah senang,
Sokongan korang amatlah dihargai.

The Corporate Athlete said...

masuk ke tandas berteran-teran,
akibat minum air tak didih,
jom jadikan Ironman 2011 sebagai sasaran,
err ....boleh ker nih?

..::EnAikAY::.. said...

Ooo.. Encik Ian pun suka main tembak2 ye.. hambek ni!

Kenapa minum air tak masak,
Perut dah sakit barulah merana,
Nak jadi Ironman memanglah senak,
Trainingnya gila tak ingat dunia.

Ada lagi.. ada lagi...

Petang-petang tengok Ultraman,
Bergaduh bertumbuk dengan raksaksa,
Kalau rasa nak jadi Ironman,
Kenalah training secukup-cukupnya.