My Instagram

Friday, April 11, 2008

Superstar talking

Hari Selasa lepas adalah hari keputeraan al-Sultan Johor, so seluruh negeri Johor cuti. Di kesempatan itu, aku bangun seawal 6 pagi dan bergegas-gegas macam mawas untuk pegi ke ofis sebab aku kena join teleconference pada pukul 7pagi. Hangin ke tak hangin kalau hari cuti pun kau kena datang ofis pukul 7 pagi?

Anyway, alang-alang aku dah masuk ofis pukul 7pagi, aku stay la sampai tengahari. Perut dah lapar gile macam orang kebuluran sebab ter-miss sarapan. By lunch time, aku berambus dari ofis, pegi jalan-jalan cari makan dulu. Lepas makan, aku pegi swimming sekejap. Saja nak loosen up upper body muscles.

Topic sebenar yang aku nak cerita ialah pengalaman aku jumpa para cycling superstars kat Johor pada Rabu malam. Biasanya diorang ada sesi mengayuh setiap Rabu malam. Ada geng road bike, ada geng mountain bike. Yang menariknya ialah pasal bahasa-bahasa yang diorang guna pakai di dalam perbualan harian selepas berkayuh berpuluh-puluh kilometer. Contohnya;

“Fuhyoo, selambe je kau panjat bukit tiga-tujuh tiga-lapan tadi. Nampak steady je”, kata seorang cyclist kepada cyclist sorang lagi.

“Ish, mana ada. Mamat kat depan tu lagi power, dia buat empat-tiga empat-lima kat flat. Confirm tak boleh kejar”, jawab cyclist yang sorang lagi tu.

“Uish, power tu. Patut la susah aku nak ikut masa dia tarik tadi. Asyik nak putus je. Last last, putus jugak. Aku rasa kepala lutut mamat tu ada enjin turbo kot”, keluh cyclist pertama tadi.

Mula-mula tu aku terkedu jugak dengan bahasa diorang ni. Tapi lama-lama sikit tu baru la aku paham apa maksud istilah-istilah superstars tu.

Note:
1) “tiga-tujuh tiga-lapan” = 37km/h or 38km/h, kelajuan standard masa diorang kayuh panjat bukit. Gilo apo?

2) “empat-tiga empat-lima” = 43km/h or45km/h, kelajuan standard masa diorang kayuh di atas flat road. Tulang besi ke apa diorang ni?

3) “…tarik…, …putus…”= haa, yang ni susah nak explain. Korang kena join cycling group baru boleh paham. Ada paham?

No comments: