Monday, November 26, 2007

Kreativiti Seluas Angkasa

Pada suatu hari, ada sorang kawan baik aku ni dia tanya samada aku ada gambar yang cun gile ke tak. Aku jawab, nanti aku cari kat dalam bilik simpanan gambar-gambar peribadi aku. Cari punya cari punya cari, aku terjumpa la sekeping gambar yang aku cukup suka. Bukan sebab gambar aku tu cun gile dan bukan sebab aku tengah gile kat pompuan cun, tapi sebab pemandangan kat belakang gambar tu cukup indah, cukup syahdu, cukup menenangkan. Kalau tak caya, cuba tengok gambar asal kat bawah ni.

Macho tak gambar model ski tu? Sebenarnya gambar di atas ni diambil masa aku kat Jepun, bulan Disember 2002. Masa tu aku pegi main ski for the first time, ada sorang colleague Japanese ajar aku main ski. It was like a dream comes true.

Anyway, aku tak nak cerita lagi pasal aku main ski ni. InsyaAllah next time kalau aku ada mood aku buat satu entry khas pasal aku main ski, ada kisah menarik di sebaliknya. Tapi kalini, aku nak citer pasal bagaimana kreativiti seorang sahabat ni menyebabkan gambar aku kat atas tu jadi banner yang indah permai macam kat bawah ni.

Aku memang tau sahabat aku ni memang amatlah kreatif. Maka beliau dengan berbesar hati telah menghadiahkan banner ni kat aku, dia suruh aku letak kat blog aku supaya berseri-seri sikit. At least ceria sikit blog aku walaupun aku malas update. Hahaha.

Kepada Fajar Seluas Angkasa, jasamu amat ku hargai!
(Psst, nanti aku bagi gambar cun-cun lagi ye)

4 comments:

*Jilly* said...

ahahaha.. nak jugaakkkk!!! onegaiii!! heheheeh.. muka tak malu.

fajar said...

ahaks. malunya. bukanlah terror sgt pun. main2 je tu. saja suka2.

jilly, nak buatkan boleh aje. just give me the best pic of yours. and bgtau, nak konsep apa. rasanya utk org perempuan lg senang kot. curly2 and flowery. kot!

EnAikAY said...

Jilly, ada sebutir pantun utk awak.

Sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
suruh update blog dia bagi alasan,
tapi bila mintak banner dia buat2 muka tak malu.

hehehe. jgn marah aaaa.

bola2api said...

best nya.. patut la cantik.. fajar yg buat..