Saturday, November 10, 2007

Atama ga itai!*

Dua tiga kucing berjalan,
Sambil berjalan tersepak batu,
Harini aku tak pegi bersukan,
Kerana ada sebab tertentu.

Budak-budak bermain kotak,
Bermain kotak terhenjut-henjut,
Pergi bersukan memanglah hendak,
Tetapi kepala berdenyut-denyut.

Sumur di ladang tersedia ada,
Ramai musafir menumpang mandi,
Sejak di pejabat sudah terasa,
Bagaikan migraine menyerang lagi.

Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Bila migraine menyerang kepala,
Aku hanya sekadar bertahan.

Buah cempedak di luar pagar,
Galah yang panjang dihulur-hulur,
Balik keje aku terdampar,
Di atas sofa aku tertidur.

Puas sudah ku letak baja,
Harum kemboja tak kunjung tiba,
Sesudah tidur aku terjaga,
Sakit kepala sudahpun reda.

Haruslah kita bersopan santun,
Pertahankan adat tradisi Melayu,
Tak sangka pula aku berpantun,
Walaupun mata sudahpun layu.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai blog ini biarlah nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Bertemu kekasih di tepi telaga,
Bergelak ketawa tersenyum ceria,
Tanpa ku sangka tanpa ku duga,
Akhirnya blog ini terupdate jua.

Kalau terjumpa jarum peniti,
Lekas disimpan di dalam peti,
Terima kasih daun keladi,
Besok lusa datanglah lagi.

*Atama ga itai (Japanese) = Sakit kepala!

9 comments:

Anonymous said...

Wahhhhhhh...sungguh menarik tertarik ko memang dabommm lah pantun2 encik Nikfa ini... Terharu biru saya yang membacanya...hihihihi...

EnAikAY said...

Ini je la saki baki bakat semula-tak-jadi yang aku ada.

*Jilly* said...

ekekeekeke.. awak ni lawak lah nikfa. haha..

niefeng said...

sakit kepala pun jadi mu ni nik hahahhah, tp tahniah sbb creative
aku pun dah lama tak bersukan daaa, sabor aje la, sukan aku sekarang makan open house aje heheheh

EnAikAY said...

niefeng... ni aku bagi pantun sebijik utk mung..

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh bersukan dia bagi alasan,
Pegi open house dia yg paling laju.

semoga terhibur ye niefeng!

*Jilly* said...

Adik dia cakap, adik perempuan abang dia ajak adik lelaki dia pegi kedai beli hadiah utk abang adik perempuan dia. Siapakah dia? hehehe

Haha.. dia adalah abang adik dia. akakakakaka

bola2api said...

oits.. dah takde keja ke kat situ ?? HAHAHHAHAHAH

EnAikAY said...

Aini, ko nak employ aku jadi tukang sorak kau ke?

Anonymous said...

*Tgh imagine nik dgn pom2 terlompat2 cheering for Aini