Thursday, February 9, 2012

Lepas Gian

Haritu ada cuti weekend yang panjang. Bersambung dari Sabtu sampai Selasa. Time nak tido hari Ahad malam tu, tiba-tiba terlintas nak bangun pagi besok nya untuk buat solo run – 30km. Suatu perkara yang memang dah lama ditinggalkan. “Takde sakit cari penyakit” nama sindrom ni. Harap maklum.

Malam sebelum tido dah siapkan air dalam CamelBak yang dibancuh dengan Glucolin perisa oren. Letak dalam fridge, atau bak kata orang Johor “ice box”, bagi sejuk secukup rasa. Dua-dua henpon aku dah set dua alarm on each phone, to make sure aku tak terbabas tido di hari cuti.

Gedebuk gedebak, 06:35hrs pagi esoknya di dalam gelap-gelap suasana Subuh aku dah start mengorak langkah perlahan dari Kiara menuju ke arah Bukit Aman. Telinga tak tersumbat apa-apa hiburan muzik melainkan alunan lemak merdu burung-burung dan katak-katak yang baru bangun tido. Suasana amatlah gelap bila lari kat incline sebelah KLGCC tu. Sekali sekala melintas laju kereta-kereta kat situ dengan lampu high beam. Lantaklah kalau depa nak terkejut beruk tengok makhluk berlari dalam gelap sorang-sorang. Dalam diam, hati aku masih ragu-ragu samada boleh habiskan jarak 30km ni atau tak. Almaklum ajelah, last time buat long run sebegini jauh ialah tiga bulan lepas.

Dalam keadaan takde apa-apa race yang terdekat, dapat kumpul motivasi untuk berlari sebegini jauh pun dah merupakan sebuah kejayaan yang boleh disebut-sebut di wall FB la. Tengok aje prestasi kecundang tahun lepas, lapan bulan straight aku rehat mengumpul lemak kat perut. Punyalah takde motivasi langsung. Arakian, buat masa ni sementara stok motivasi belum basi, aku belasah je lah apa-apa yang terlintas di fikiran.

Half way bila dah sampai ke Hartamas, lepas panjat bukit-bukit sikit kat depan Plaza Damas dan juga incline yang kat sebelah Masjid Wilayah tu, kaki terasa bersemangat untuk break personal record for 15km. Jarak dari Kiara ke Bukit Aman kalau trace guna MapMyRun ada la dalam 15.3km gitu lebih kurang. Actually aku pun tak tau apa personal best untuk 15km aku. Tapi tiga bulan lepas masa aku buat solo run yang seumpama ni, I clocked 1h35mins. Itu je yang aku ingat. So, aku shift masuk gear lagi satu level up, cuba mendesupkan diri dari simpang Jalan Duta sampai ke Bukit Aman. Kejap-kejap mata aku melilau tengok stopwatch. Tak best la kan kalau dah penat-penat push but still takleh nak break personal record. Maka bermulalah larian ‘game-face’.. ahaha poyo.

Kebetulan pada weekend yang sama ramai yang masih berlari di Hong Kong, dan segelintir berlari di TNF Thailand dan juga cuti-cuti Chap Goh Meh, maka tak ramai runners masa aku sampai kat parking Bukit Aman. Time clocked was 1h28m for the first 15km. Walaupun tak laju sangat pun kalau nak dibandingkan dengan para pelari tegar yang lain, tapi aku rasa sedikit kembang la hidung bila dapat pecahkan rekod piring hitam peribadi.

Decided not to rest for long time, genap 8 minit rehat aku terus re-start stopwatch untuk merakam waktu larian dari Bukit Aman ke Kiara pulak, the second 15km. Ego punya pasal, lupa nak top up teh tarik kurang buih ke dalam CamelBak masa kat parking Bukit Aman tu. Akibatnya.. kita sama-sama nantikan di peranggan yang akan datang.

Baru 9 minit berlari dari Bukit Aman, tiba-tiba degupan jantung jadi tak tentu hala, hilang arah tujuan. Sampai kat satu bus stop tu, aku terpaksa melontarkan bontots ke situ untuk rest and recover. Kaki dah terasa sedikit penat, tapi yang lebih kelam kabut ialah heart rate. Nampak sangat aku masih belum fit untuk long run, bisik ku perlahan (fuhyo, macam bahasa novel siot).

Sambung balik larian sambil-sambil mengawal rentak degupan jantung. Ternyata short break aku tadi tak mencukupi, ataupun aku dah ter-mendesupkan diri tanpa sedar. Maka aku pun terbongkang lagi sekali dan terpaksa berhenti rehat kejap semasa melayan lenggok-lenggok bukit kat Jalan Bukit Tunku tu. Heart rate amat mengganas, tak berani aku nak push takut diserang sawan mengkarung.

Tukar plan. Tukar balik ke gear paling rendah, layan perasaan lari slow sikit. Matahari dah makin meninggi, dan aku sedar air dalam CamelBak aku dah makin mengering. Congak-congak dalam kepala hotak, ada lagi 10km. Kaki dah makin penat, peha dah terasa akan terkena renjatan cramp tak lama lagi. Bermulalah mental game. Kuatkah aku untuk mengawal nafsu daripada menahan teksi? Jeng jeng jeng…

Penangan ‘mileage shock’ ni sangat memeritkan. Kalau program training untuk marathon, biasanya perlahan-lahan mileage dinaikkan from week to week. Ini tak, ribut takde taufan takde tiba-tiba gatal kaki nak buat 30k. In the name of ‘nak test power’, aku teruskan jugak perjalanan tanpa menahan teksi walaupun dah lebih lima bijik teksi lalu di sepanjang laluan aku tadi.

Lepas je cross flyover Jalan Duta, peha dah sengal lain macam. Signs of cramp setting up semakin ketara. Tak pernah-pernah aku training long run sampai cramp peha. So, orang cakap alang-alang menyeluk pekasam kan… so aku belasah la jugak lari pelan-pelan sambil tahan sakit maskels peha. Bila dah tak tahan sangat sakit cramp, aku berjalan. Yang aku heran, bila berjalan je cramp makin menjadi-jadi. Apa-ke-hey-nya…

Pun begitu, jiwa masih tekad nak pecahkan rekod lagi. The previous solo 30km run, total time was 3h15m. So dalam hati aku, walau dapat 3h14m pun jadilah. Run walk run walk je lah. Jiwa dah kacau, especially bila air dalam CamelBak dah kering kontang, dan aku ada lagi 7km sebelum tamat larian, dan matahari pada jam 9 pagi amatlah menduga akal.

Duit ada bawak RM30. Lepas sebijik teksi, lagi beberapa bijik lalu. Aku dah terlintas bestnya duduk dalam teksi berhawa dingin tu. Tapi aku fikir, kalau aku naik teksi, aku takkan cukup 30km, dan aku takkan tau samada aku boleh pecahkan piring hitam lagi sebijik atau tak.

Mak aih, panjangnya aku melalut.

Oklah, to cut long story short (aku tau korang dah boring baca). Akhirnya aku habiskan jugak larian 30km tu dalam masa 3h9m (i.e. the second 15km done in 1h40m). Yes, kembang hidung aku sekali lagi. Peha memang dah kesakitan, tekak dah kering kontang, kaki memang dah tersangat lunyai tak larat nak berdiri, tapi kepala hotak sempat lagi fikir pantun apa nak letak dalam status DailyMile….

Sepandai-pandai tupai melompat,
Akhirnya jatuh di atas batu,
Akibat LSD dah lama tak buat,
Baru 30K lunyai kakiku.

7 comments:

RaYzeef said...

terbaek coretan letihan dalam bahasa Novel..eh nik pinjam novel ombak rindu kau? aku pon nak tulis blog dlm bahasa novel :p

congrats bai pecahkan rekod piringhitam peribadi..berdesup tu :)

Julin Julai said...

mak aih, larian geli-gelian pun ada taiming..patutpun terel

EnAikAY said...

Ray,
Aku baca novel tu online aje bro... (nampak sangat menipu kan?)

Julin,
Orang dah lama tak masuk race macam saya ni memang kemaruk nak tulih rekod timing training cik Julin... takde terer mana pun... saja buat catatan peribadi je utk tatapan di hari tua.

June Malik said...

Ish ish ish ..memang gian betul ni lol

Unknown said...

Ini nama dia larian buang tebiat :p

rusfarizal rusli said...

lu nak jadi aper ni bro lari jauh2..apa2 pon wa saspek sama lu dan jelezzz sungguh hamba... dammmm....tahniah rekod peribody tu :)

EnAikAY said...

Juney,
Once in a while je.. nothing serius :)

Captain,
How do you know? U pun biasa buat eh?

Hanchik,
Wa nak jadi kuat dan mantap macam lu la bro... itu pasal kena training lebih sikit... hehe