Monday, April 7, 2008

Mati hidup semula

Genap lebih kurang 2 bulan setengah blog aku mati-segan-hidup-tak-mau. Bulan lepas, aku ada hajat nak letak gambar batu nisan dengan tajuk “Innalillahi wainna ilaihi raji’uun” kat blog ni, tapi sebab password blog ni ialah “berpantang maut sebelum ajal”, so tak jadi lah aku nak buat kenduri arwah.

Dipendekkan cerita, sejak balik dari States bulan Januari lepas, sibuk bukan kepalang kat ofis. Aku tak set langsung jadual untuk buat fitness training. Running shoes Adidas aku bawak ke hulu ke hilir, tapi tak pernah aku pakai. Bahkan, kasut tu tak pernah dikeluarkan dari beg pun. So, running was totally out of the story. Zero.

Pasal swimming pulak, sempat la sekali aku test power kat 50m swimming pool. Tak sempat berenang jauh pun, stamina hancur berkecai! Habis sakit segala urat saraf.

About cycling, it was a new thing for me now as I just got myself a road bike! Yes, a road bike. Baru dapat dua hari lepas. It’s a second hand bike though, Trek 1200. Tapi aku tak kisah sangat, sebab aku cuma perlukan hembusan semangat baru untuk start buat fitness training balik. A big thanks to Aini for helping me to get the road bike (nanti aku transfer duit kat kau ye). Now that I have my own road bike, lebih senang la aku nak join mana-mana cyling group. Itu pun bergantung setakat mana aku “tak-malu” untuk join diorang.

Sabtu lepas aku test power my first road bike tu. Aku join Aini and the gang kat Putrajaya for an easy ride (for them, not for me) of 30km, Putrajaya-Dengkil-Putrajaya. This was my first ever fitness activity in Malaysia, a big milestone for myself. Mula-mula diorang plan nak buat 40km, aku dah cuak sikit. Maklumlah, my last long ride was in last year, hmm, aku lupa bulan berapa. But at the end they decided to only do 30km, since ramai newbies (I’m the newest newbie in the group) yang baru join. Itu pun aku bawak 3 Powergels, just in case takut aku ter-bonk-ang di tengah jalan.

Nak dijadikan cerita, aku memang tak fasih sangat pasal jalan kat Putrajaya. Dan aku punya GPS dalam kepala otak tak berfungsi pulak on that day. So, on the way out from masjid Putrajaya tu aku follow diorang aje lah. Banyak jugak traffic lights kat dalam Putrajaya ni rupanya, so banyak tempat kena berhenti. Kaki aku dah menggatal nak kayuh laju-laju, tapi kena sabar dulu sebab aku tak nak sesat sorang-sorang kat Putrajaya kalau aku kayuh kat depan.

Bila dah lalu kat main highway ke Dengkil tu, diorang cakap “okay, straight je!”. Aku pun tekan minyak cukup-cukup, banzaaiiii!!! Cuba nak kejar dua orang mamat kat depan. Aku ambik kesempatan on a downhill untuk henjut cukup-cukup, up to 57km/h on my speedometer. Puas hati aku! Pastu on the flat road, aku maintain dalam 31km/h je, pacing dengan diorang. Not bad gak mamat-mamat newbies ni.

Sampai kat u-turn point dekat dengan toll, kitorang stop for a short break. Lepak bawah pokok kejap sambil tunggu yang lain sampai. Lepas tu, kitorang patah balik ke Putrajaya. Aku jalan dulu, maintaining around 30km/h on the flat road sambil sekali sekala buat gaya aero-position. Saja la nak testing. Sakit gak belakang dan leher nak kena stay in aero-position, lagi-lagi sebab takde aero bar, dan tulang belakang lak memang masih keras sebab lama tak stretching.

Then, bila jumpa je rolling hills sebijik dua, aku dah rasa macam nak ter-bonk-ang. Tengok speedometer, baru 22km. ada lagi around 8km to go. Dalam hati dok fikir nak telan Powergel ke tak, sikit je lagi nak sampai. At last, aku teguk je air dan teruskan panjat bukit. Mula-mula tu aku dah jauh kat depan, tapi bila dah dekat nak masuk area Putrajaya, aku stop untuk tunggu diorang sebab aku tak tau simpang mana nak ambik untuk balik ke masjid Putrajaya. Kesian aku. Di kesempatan tu lah, si Aini tunjuk power dia, selamba-dog je dia potong aku masa panjat bukit sambil senyum kambing. Ada gak aku terlintas nak turun dan tolak basikal, tapi takut kena gelak dengan diorang. Looks like aku kena kuatkan main muscles for climbing hills. Putrajaya, I’ll be back, insyaAllah.

Putrajaya made me think twice on ever trying either Broga, or Fraser, or even Genting Sempah hills. But on second thoughts, I’ve done 100km when I was in the States with steep rolling hills as well. Anyway, my journey here has just started and I just need more trainings and more long rides with those experience riders to improve myself.

2 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

fajar said...

at last. dpt gak baca updates dr dia. kalau tak, asik2 salam dari LAX aje.

at least, u got the gut to join them nik! teruskan! :)