Aduhai, dah lama aku tak update sampaikan aku hampir lupa password untuk bukak blog ni. Harap-harapnya tak lama lagi aku terus lupa la password aku, supaya aku ada alasan kukuh untuk tak update blog ni. Hehe.
Harini seperti biasa ada spinning class. Spinning class terakhir sebelum masuk tahun baru. Isnin minggu depan gym tutup sebab Christmas eve, Isnin satu lagi pun gym tutup gak sebab new year’s eve. So, first week in 2008 baru ada balik. Siang hari tadi, aku terasa nak buat benda pelik sikit untuk agenda di gym petang nanti. Kebiasaannya kalau orang buat triathlon, dia akan mula dengan swimming, then cycling, then running. Tapi harini aku buat reverse of triathlon. Oleh kerana aku tak terer triathlon lagi, aku cuba buat reverse triathlon dulu. Mana la tau kot-kot aku ada bakat semula jadi kalau buat reverse triathlon. Mula-mula, aku lari 5km dalam masa 27minit. Ada orang cakap laju, tapi aku rasa tak laju langsung sebab aku lari statik je kat atas treadmill. Tapi rasa best la, kaki masih rasa kuat lagi. Plus, heart rate didn’t went up too high. Lepas tu, aku join spinning class lak for 45minit. Yang ni pun aku rasa tak laju, sebab basikal statik, tak gerak ke mana pun. Tapi kaki gerak laju la. By this time baju dah habis basah dek peluh yang bercucuran. Habis air sebotol aku teguk. Pun begitu, harini aku tak ngelat masa spinning. Lepas habis spinning tu, ada abs workout lak. Workout tu 5 minit je, tapi rasa macam hampir nak kiok urat perut aku. Aku banyak ngelat time ni, sebab memang tak larat dah. Lastly, aku pergi berenang pulak. Sungguh tak ku sangka, penat gila rupanya nak berenang lepas berlari dan berbasikal ni. Patut la dalam triathlon diorang suruh berenang dulu. Berenang punya berenang, akhirnya ngam-ngam aku buat 500m, life guard cakap kolam renang dah nak tutup, sebab dah pukul 8pm. Nasib baik dia cakap kolam dah nak tutup, ada alasan la aku nak berhenti berenang. Walaupun harini aku tak rasa macam tak sihat, aku nak pantun sikit. Biasanya time tak sihat je otak aku ligat buat pantun. Terimalah dua rangkap pantun simple sebagai penutup untuk entry harini. Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan,
Badanku penat letih dan lesu,
Update blog-ku hanya sekian. Anak pak lebai sangatlah rajin,
Turun ke laut mencari kerang,
Doakan aku semakin rajin,
Meng-update blog untuk korang.
1 comment:
tade tade.. ngan ngengada nak lupa password pulak. i know ur password, ***********. kalo lupa tanya je i. hehehe..
Post a Comment