Thursday, November 29, 2007

Goggles baru!

Dua tiga hari kebelakangan ni, bila dah dekat waktu nak balik keje mesti aku akan rasa macam malas nak pegi gym. Bila dah sampai rumah, tengok aje katil yang mesra alam tu mesti rasa macam nak buat terjun junam kat atas katil tu dan terus menyelam kat bawah selimut.

Buat masa ni, satu benda je yang menyebabkan aku tetap pegi jugak gym walau semalas mana pun aku rasa. Benda yang aku maksudkan itu ialah sebab aku dah bayar USD40 untuk monthly pass for the gym. Kalau sehari aku tak pegi gym, aku rasa macam aku rugi USD1.33, iaitu lebih kurang RM4.60 (dah lepas duit beli nasik lemak standard 2 atau 3 bungkus ni).

Jadi, daripada aku layan menyelam kat bawah selimut ada baiknya aku pegi memenatkan badan kat gym. Walaupun penat, paling tidak aku tak rasa bersalah kat diri sendiri. Bengongkah aku kalau aku berfikiran macam ni?

Semalam dah tergerak hati rasa tak nak pegi gym dan nak berehat kat rumah je. Mungkin sebab hari Isnin tu aku dah terlebih workout sejak aku kantoi instructor aku ngelat masa dia spinning. Ye la, dia ngelat, tapi aku tak ngelat. Semestinya aku lebih penat dari dia. So, semalam aku rasa malas nak lari, rasa nak buat yang ringan-ringan je. So I decided to go for swimming instead. Aisey, ter-speaking London pulak.

Tengah siap-siap nak pegi berenang, aku tak jumpa cari goggles aku. Aduhai, kat mana pulak goggles aku melepak ni. Lain kali kalau nak pegi lepak kat mana-mana, bagitau la aku dulu. Puas aku cari merata tempat kat dalam bilik la, luar bilik la, dalam tandas, kat dalam tong sampah pun aku geledah. Tapi tak jumpa gak. Maybe aku tercicir kat mana-mana kot. Nampak gayanya, ada sebijik alasan kukuh untuk aku beli goggles baru.

On the way nak pegi gym, singgah Walmart dulu pegi beli goggles murahan yang baru. Fuhh, goggles baru ni walaupun murah, tapi power dia kuat wooo. Ada zat tongkat ali kot. Aku berenang pun rasa macam laju sikit daripada sebelum ni. Mungkin perasaan aku je kot. Tak pun mungkin aku je yang perasan sorang-sorang.

Bila aku check timing, rupa-rupanya I did 500m in 10minutes. Itu tak campur waktu aku berhenti rehat di antara laps la. Aku masih berenang lap by lap and stop at every laps to recover breathing. So total of 20 laps la semua sekali. Kalau aku berenang straight non stop for 500m, confirm aku karam-singh-walia kat tengah-tengah perjalanan.

Sekian laporan dari bilik berita enaikay blogspot.

p/s: Tiba-tiba pemberita dah kehabisan modal, tak tau nak tulis apa dah. Next time pulak lah ye!

Tuesday, November 27, 2007

Ngelat!

Hahahaha, ada benda kelakar yang aku nak cerita harini. Kalau korang rasa tak kelakar pun, aku tak kisah sebab at least aku dah update blog aku harini.

Begini kisahnya. Harini hari Isnin kan, dan seperti biasa aku pegi gym untuk spinning class la. Kebetulan harini aku sampai gym awal sikit, jadi aku pergunakan masa yang ada untuk memanaskan badan dengan berlari kat threadmil sejauh 3.2km. Mula-mula plan nak lari 1.6km je, tapi terbabas lak. Terlebih stamina kot.

Tepat 6.30pm, baru kitorang start spinning class. Rutin harini lebih kurang sama macam minggu lepas punya, 45 minit plus abs workout bila dah habis spinning nanti. Memandangkan minggu lepas adalah cuti Thanksgiving, maka instructor Jill cakap dia pun tak berapa fit sebab dia dah 5 6 hari tak exercise.

Pun begitu, dia cuba gak laksanakan tugas dia sebagai instructor spinning sebaik mungkin. Tapi, boleh nampak gak la dia macam tercungap-cungap sekali sekala. Seperti biasa, ada masa yang dia akan suruh semua orang tambah resistance bila mendaki naik bukit sambil-sambil tangan dia pun pulas tombol spinning machine dia.

Kebetulan lak kali ni aku dok kat spinning machine yang paling hujung, so aku boleh la usha berapa kali dia pusing tombol spinning machine dia untuk naikkan resistance tanpa dia perasan aku tengok kat dia. Nak tau gak la betapa powernya instructor aku ni.

Ku sangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya instructor tu pun ngelat jugak. Dia tak pusing pun tombol dia, tapi dia buat-buat macam pusing je pastu buat-buat kayuh macam penat gile.

Kantoiiiiiiii!!!!!!

Monday, November 26, 2007

A week in an entry

Pejam celik pejam celik, dah seminggu aku tak update blog rupanya. Kesian korang yang hari-hari datang jengok blog aku ni, aku mintak maaf lah ye. Bukan aku sengaja tak update blog, tapi aku buat-buat macam tak sengaja.

Memandangkan hari dah larut malam, aku nak cuba buat update tentang apa yang berlaku seminggu yang lepas. Macam recap la ni.

Update yang seminggu lepas ialah masa aku baru beli kasut Adidas tu kan. So, a bit recap here.

Sabtu:
Pegi shopping, beli baju, beli seluar, beli kasut. Balik shopping, pegi gym lari for 5km.

Ahad:
Nothing much to do, so aku pegi gym dan lari lagi another 5km.

Isnin:
Seperti biasa, ada spinning class. Kalini, aku gembira sebab akhirnya aku ingat siapa nama instructor tu. Nama dia Jill. Tiba-tiba aku teringat kat kerepek ubi Jack n Jill.

Spinning class kalini kejap aje, sebab Jill ada hal. Biasanya sejam, tapi kali ni 45minit je. Walaupun masanya singkat, tapi penderaannya tak sesingkat yang dijangka. Teruk macam biasa jugak kena siksa atas spinning machine tu. Tapi nasib baik kali ni takde push ups, cuma ada abs workout – a 4 minutes non-stop torture of abs workout yang memeritkan urat saraf perutku yang dah tak berapa boroi ni.

Selasa:
Aku lupa apa aku buat, tapi yang aku ingat aku pegi gym macam biasa untuk berlari. Kali ni cuma larat lari 3.2km je.

Rabu:
Harini last day sebelum thanksgiving holidays. Asalnya memang rasa malas gile nak pegi gym, malas campur ngantuk. Tapi, aku pegi jugak. Mula-mula plan nak lari 5km, tapi tiba-tiba bila kat mileage 3km aku rasa ngantuk dan malas nak lari dah. So, aku bungkus barang-barang dan balik rumah masak, makan dan gedebush tido terbungkang.

Khamis:
Haa, hari Khamis ialah hari Thanksgiving kat seluruh States ni. Company bagi cuti dua hari, Khamis dan Jumaat. Ada sorang colleague kat tempat keje ajak pegi makan ayam belanda panggang kat rumah dia. Kebetulan gym tak bukak harini, so aku pegi je la kat rumah dia. Here are some photos masa kat rumah dia. Sorry guys, rambut aku dah tak nampak tobek sangat sebab dah panjang sikit dah, hehehe.

Tengah melepak kat luar rumah yang sejuk menggigil-gigil.

Tuan rumah berbaju biru dan jirannya sedang bertungkus lumus memanggang ayam belanda yang besar gile. Meleleh air liur aku tengok.

Camera aku ada self timer dan kebetulan aku bawak mini tripod, so boleh la layan posing sorang-sorang.

Posing lagi sekali.

Biasanya time Thanksgiving ni diorang masak ayam belanda, i.e. turkey. Nampak lazat kan? Toksah tanya aku la apa rasa dia, sebab aku tak makan. Camne aku nak makan kalau takde cop HALAL kat bontot ayam belanda tu? Aku cuma makan mashed potato je la sambil telan air liur tengok orang lain melantak ayam belanda panggang tu.

"Posing, posing! Mari kita posing ramai-ramai"

Lagi gambar jejaka-jejaka perasan hensem. Perasan tak aku pakai sweater lain? Itu sebab dah sejuk sangat, aku balik rumah kejap tukar sweater yang tebal sikit. Rumah aku dengan rumah dia dekat je, tak sampai 3 minit naik kereta.

Isn't she cute? I mean, budak kecik tu la.. bukan mak dia.

Jumaat:
Harini cuti lagi. Tak buat apa sangat harini. Petang, pegi gym berenang. Dah lama tak berenang. Punyalah syok dok berendam dalam swimming pool yang hangat tu. Temperature kat luar sekarang dah sejuk gile, almost freezing dah. At the end, aku berenang for 500m aje. Berenang ulang alik 20 laps campur berehat untuk sedut nafas di antara laps, in total I spent half an hour in the water that day. 20 laps x 25m = 500m. Err, betul ke calculations aku ni. Kalau tak betul, korang kira sendiri lah.

Sabtu:
Sabtu yang boring, siang hari takde cerita best kat tv, pastu takde idea nak update blog. At last, aku pegi gym lagi untuk berlari. Harini ok sikit sebab aku boleh lari 5km under 30minit, or actually in 29minit 20saat. Ok la tu kan, masih tak berapa bedesup lagi.

Ahad:
Ahad pun boring gak, so aku pegi gym lagi sekali untuk berenang pulak. Kali ni pun aku berenang 500m. sambil-sambil berenang aku dok senyum-senyum tengok budak-budak dok buat terjun tiruk dari papan anjal kat swimming pool tu. Macam best je, tapi aku segan nak join sebab aku budak besar, depa budak kecik. Nanti kalau aku buat terjun gaya macam nangka busuk jatuh dalam sungai kang, depa gelak guling-guling pulak.

Begitulah ringkasan tentang apa yang berlaku sepanjang seminggu yang lepas. Fuhh, penat jugak nak buat recap seminggu ni. Mungkin kali ni je aku buat recap seminggu macam ni sebab aku ada rasa bersalah sikit-sikit sebab lama tak update. Next time, forget it!

Kreativiti Seluas Angkasa

Pada suatu hari, ada sorang kawan baik aku ni dia tanya samada aku ada gambar yang cun gile ke tak. Aku jawab, nanti aku cari kat dalam bilik simpanan gambar-gambar peribadi aku. Cari punya cari punya cari, aku terjumpa la sekeping gambar yang aku cukup suka. Bukan sebab gambar aku tu cun gile dan bukan sebab aku tengah gile kat pompuan cun, tapi sebab pemandangan kat belakang gambar tu cukup indah, cukup syahdu, cukup menenangkan. Kalau tak caya, cuba tengok gambar asal kat bawah ni.

Macho tak gambar model ski tu? Sebenarnya gambar di atas ni diambil masa aku kat Jepun, bulan Disember 2002. Masa tu aku pegi main ski for the first time, ada sorang colleague Japanese ajar aku main ski. It was like a dream comes true.

Anyway, aku tak nak cerita lagi pasal aku main ski ni. InsyaAllah next time kalau aku ada mood aku buat satu entry khas pasal aku main ski, ada kisah menarik di sebaliknya. Tapi kalini, aku nak citer pasal bagaimana kreativiti seorang sahabat ni menyebabkan gambar aku kat atas tu jadi banner yang indah permai macam kat bawah ni.

Aku memang tau sahabat aku ni memang amatlah kreatif. Maka beliau dengan berbesar hati telah menghadiahkan banner ni kat aku, dia suruh aku letak kat blog aku supaya berseri-seri sikit. At least ceria sikit blog aku walaupun aku malas update. Hahaha.

Kepada Fajar Seluas Angkasa, jasamu amat ku hargai!
(Psst, nanti aku bagi gambar cun-cun lagi ye)

Monday, November 19, 2007

AdiZero LT2

Masa zaman aku di sekolah menengah dulu, aku selalu main volleyball. Hampir tiap-tiap petang aku main volleyball, hujan ke panas ke semua aku belasah. Macam yang pernah aku ceritakan dulu, aku minat jugak nak main tennis tapi terpaksa batalkan niat suci tu atas beberapa sebab. Salah satu sebab ialah kerana court tennis tu berada betul-betul di sebelah dorm budak perempuan, dan aku takleh concentrate main tennis sebab aku asyik dengar “feewit, feewwwwiiiiitttt”, pekik sorak penyokong dari belakang langsir dorm diorang.

Ada sekali tu, aku pukul bola tak kena, pastu aku dengar budak-budak pompuan dok gelak terguling-guling dari dalam dorm, terus aku angkat barang-barang dan bagitau member aku, “Wei, jom balik jom, hujan dah turun la”. Member aku tengok langit yang terang benderang masa tu sambil buat muka pelik kat aku. Aku jalan cepat-cepat keluar dari court tennis tu sambil buat-buat tak dengar suara budak-budak pompuan dok gelak.

Sebab tulah aku beralih kepada sukan volleyball, sebab court volleyball jauh dari dorm perempuan. Tapi berbaloi jugak aku main volleyball, sebab aku dilantik jadi kapten pasukan sekolah.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal kasut, macamana boleh melencong pasal citer dorm perempuan lak aku pun tak pasti. Ok, masa main volleyball kat sekolah menengah dulu, aku cuma pakai kasut Pallas Jazz je. Kasut tu best, sebab ia ringan, dan murah, dan tak cantik sangat menyebabkan takde orang berminat nak kebas. Sampai koyak-koyak aku pakai kasut tu. Kalau waktu pendidikan jasmani pun, kasut tu jugaklah yang aku pakai. Kiranya kasut Pallas Jazz tu jadi kasut sukan aku la.

Masa zaman universiti, aku tak bersukan sangat maka takde la kasut sukan sepanjang zaman tu. Lepas tu, masa zaman mula-mula kerja aku ada join diorang main badminton. So, aku beli la sepasang kasut badminton ni, kalau tak salah aku jenama Carlton. Setahun sekali, company akan adakan pesta sukan antara jabatan. Inilah peluang aku untuk main volleyball lagi. Tapi, zaman ni dah tak berapa best main volleyball, sebab stamina dah lingkup dan jugak perut boroi tidak mengizinkan aku lompat tinggi-tinggi. Pun begitu, kasut badminton tu jugaklah yang aku pakai untuk main volleyball.

Masa nak datang States ni, aku ada beli sepasang kasut sukan jenama Power. Tak sampai 3 minggu aku pakai untuk berjalan-jalan, tapak dia dah nak tercabut. Terpaksala aku beli kasut sukan lain kat sini. Aku beli jenis yang murah-murah je, sebab aku tak focus untuk sebarang jenis sukan. Just a general type of running shoes yang aku boleh pakai untuk pegi gym, kayuh basikal, jogging dan driving kereta.

Pada hari Sabtu yang lepas, aku pegi shopping. Niat asal nak window shopping je, tapi akhirnya aku terpaksa tenyeh jugak credit card aku sebab aku beli macam-macam pakaian sukan. Shorts Nike sepasang, sweater dua pasang, baju dry fit dua pasang, sepasang Reebok dan sepasang Nike tapi dua-dua kaler hitam, dan yang paling aku tak sangka aku akan beli ialah sepasang kasut running brand Adidas, the AdiZero LT2. Lebih kurang macam dalam gambar di bawah ni la. Tapi kasut yang aku beli ni pun kaler hitam, with yellow stripes.

Punyalah aku seronok dapat beli kasut ni dengan harga yang amatlah murah. Walaupun perit rasa di hati bila mengenangkan betapa banyaknya nilai yang aku dah gores-dan-menang kat credit card aku tu, tapi mulut aku masih mampu tersenyum sebab happy dapat beli running shoes.

Sampai je rumah, aku tukar sports attire dan pakai kasut AdiZero baru tu, terus pegi gym. Dan aku test power kasut baru tu dengan berlari sejauh 3.1miles (5km) dalam masa lebih kurang 30minit sambil tersenyum kambing.

Harini pun, aku pegi gym sekali lagi sebab nak test power kasut baru tu. Mana tau kot-kot harini lebih power dari semalam. Tapi, aku cuma boleh lari another 3.1miles with same timing as the day before. Still very slow, but I’m happy because at last I could run 5km non-stop.

Aku rasa malam ni baik aku tido sambil pakai kasut tu, supaya power dia boleh menyerap masuk kaki aku banyak-banyak.

p/s: Aduhai, bila la gaji nak masuk ni??

Setahun Jagung

Kadang-kadang, ada kenalan yang cakap macam ni kat aku,

“Eh Nik, best eh kau boleh pegi keje kat oversea. Pegi Jepun la, pegi States la. Mesti seronok dapat pergi negara orang kan? Jeles aku”.

Begitulah kata-kata kebanyakan orang. Tiada apa yang salah dengan apa yang diorang cakap tu. Kalau pada hari-hari biasa, selalunya aku akan jawab macam ni,

“Best ke? Takde la best sangat. Biasa-biasa je, dah terpaksa.”

Tapi, pada hari Jumaat lepas, aku tengok ada satu memo terpampar kat skrin Nokia 6280 aku: “Nov. 16th, Nurin’s 1st Birthday”.

Dan pada hari Jumaat yang lepas, aku masih berada di States dan Nurin berada di Malaysia.

Pada hari itu, kalau ada orang tanya aku samada best ke tak boleh keje kat oversea lama-lama, mungkin ni jawapan aku,

“Best ke kalau kau takleh berada bersama anak pertama kau untuk menyambut hari lahirnya yang pertama?”

p/s: Happy 1st Birthday Nurin, daddy loves you so much!

Thursday, November 15, 2007

2 x 2

Kadang-kadang, apa yang kita rancang kita tak dapat. Kadangkala juga, apa yang kita tak rancang itulah yang kita dapat.

Ada orang kata, usaha tangga kejayaan. Ada juga yang kata, mahu seribu daya tak mahu seribu dalih.

Ish, poyo sungguh! Sesungguhnya aku tak pandai buat penulisan berpoyo-poyo di khayalak ramai ni.

Sebenarnya nak habaq mai, harini aku gumbira. Kegembiraan ni bermula sejak semalam. Apa yang gembira sangat ni? Gembira sebab semalam dan hari ni, buat pertama kalinya aku berjaya lari 2 miles tanpa henti selama dua hari berturut-turut. Sebab tu la tajuk entry harini 2 x 2 (literally means 2 miles for 2 consecutive days, non stop). Pada aku, kalau aku boleh lari 2 miles (3.2km) tanpa henti dalam masa 20minit ni kira dah cukup bagus la buat masa permulaan ni. Harapnya lepas ni boleh increase mileage dan improve timing lagi. Sebab dulu, paling hebat yang aku pernah buat pun ialah lari tanpa henti sejauh 1.5 miles (2.4km) je, itu pun sekali je dan dah rasa semput macam siput sedut. This is a positive improvement for myself. Target aku bukannya tinggi sangat pun, cuma kalau boleh aku teringin nak ajak Superman lumba lari dengan aku, itu je.

Masa aku sekolah dulu, aku suka bersukan. Tapi, sukan-sukan yang aku join semua jenis sukan yang dimainkan kat dalam gelanggang atau padang. Contohnya seperti sukan bola tampar, hoki, ping pong, tenis, handball, dan sukan video games. Masa bersukan beramai-ramai ni, kadang-kadang kita tak sedar yang kita penat, sebab riuh rendah dan jugak jenis sukan-sukan macam ni ada banyak iklan. Kejap-kejap time out la, bola keluar gelanggang la, tali kasut tercabut la, seluar terlondeh la, tak pun kena kad merah dan kena keluar padang sebab mencarut kat pengadil.

Tapi, kalau dalam pertandingan sukan berlari, tak sempatnya nak iklan-iklan. Penat ke tak penat ke, kena lari jugak. Kalau tak lari, kita akan samada jadi kalah, atau jadi tak menang. Pilihlah yang mana hendak.

Pastu pulak, kita berlari ni sorang-sorang je. Kalau masa sukaneka sekolah rendah tu boleh la lari beramai-ramai guna terompah gajah tu. Sebab tu lah walaupun sukan berlari ni nampak macam mudah sebab tak perlukan apa-apa special skills, tapi ramai yang tak sanggup nak buat sukan berlari ni.

Satu lagi, sukan berlari ni ialah jenis sukan endurance, kecuali kalau kita specialize dalam acara lari pecut atau lari jarak pendek. Itu lain cerita la. Bukan senang nak dapatkan kekuatan endurance. Kena praktis sampai berbulan-bulan dengan penuh disiplin. Kalau setakat lari tak sampai 10 minit pastu lencong pegi lepak kedai mamak setengah jam sambil pekena teh tarik dengan roti canai, memang salah strategy la. Kalau hari-hari buat macam tu, tak lama lagi nanti ada orang hantar sms “Welcome to Boroi Club”.

Tiba-tiba aku rasa aku sendiri pun blur dengan apa yang aku tulis harini. Sebenarnya niat aku ialah nak cetus minat korang untuk mulakan kehidupan yang sihat dengan bersukan. Tak kiralah sukan apa pun yang korang nak buat, asalkan bersukan. Dan salah satu sukan paling senang yang mungkin korang boleh cuba ialah sukan berlari. Mula sikit-sikit dan pelan-pelan dulu, bila badan dah rasa mantap baru la korang boleh ajak Superman lumba lari.

Walaupun haritu aku kecewa sebab rambut aku sedikit tobek, tapi harini aku gembira sebab aku rasa stamina aku bukan sahaja dah semakin pulih malah semakin meningkat. Harap-harapnya, satu hari nanti aku boleh lari dengan lebih jauh, lebih laju, lebih kerap, dan lebih penat!

P/s: Korang rasa Superman baca tak blog ni?